Monday, April 13, 2009

Datuk Seri Najib harus segerakan penjelasan skop peranan dan fungsi kementerian

DSN harus segerakan memberi penjelasan tentang peranan, fungsi dan skop bidang setiap kementerian dengan segera terutamanya kementerian-kementerian baru dan kementerian-kementerian yang telah digugurkan.

Kesegeraan ini penting supaya ruang ini tidak dipolimekkan dengan tekanan-tekanan dan "demand" yang bukan-bukan dari mereka yang sedang mencari isu untuk melemahkan kewibawaan kepimpinan DSN.

Rakyat masih menunggu halatuju kemana DSN ingin mengemudikan bahtera Malaysia ini melalui gagasan ONEMALAYSIA dengan ONE CABINET TEAM.

6 comments:

  1. fungsi fungsi jawatan, dan kalau boleh tu, telus kepada KPI, hehe, baru laa rakyat pun boleh nilai apa KPI mereka

    www.armyofhope.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Usahawan Melayu dah risau seolah-olah tak ada Kemnenterian Pembangunan Usahawan mereka tidak dibela.Masih mengharap tongkat untuk berjaya. Title Bumiputra amat berharga,projek tak buat pun Bumiputera dah dapat komission.Makan atas angin menjadi amalan hidup usahawan Bumiputera.

    ReplyDelete
  3. Pegidah.. dah berjaya baru berani cakap pasal tongkat la pada hal dulu kalau tak kerna tongkat tu nak masuk U belum tentu lagi. Kerna tongkat tu lah banyak org melayu dapat reja dalam kjaan, tak sedaq diri kalau bersaing dalam sektor swasta belum tentu lagi.. Jangan jadi kacang lupakan kulit bagi chance pada orang lain merasa pula .. jangan pandai cakap saja

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pulak? Bumiputra yang xdak 'cable',dok makan gaji berbelas tahun dgn company kontraktor Bumiputra daripada klas D hingga Klas A (G7),lepas tu makan gaji pulak dengan perunding,jangan kata nak terus jadi main-con,nak mintak job sebagai sub-con pun xdak kontraktor bumiputra yang ikhlas nak membantu bagi job,nak senang bagi kat Ah Chong.....alasan mereka yang selalu diucapkan,bukan xmau bagi...tapi orang kita nie xleh nak buat,tapi yang heran tu... bagi kat Ah Chong,yang dok jadi 'site supervisor','clerk of work',co-ordinator'dan sebagainya ada jugak orang melayu(Bumiputra).Yang sebenarnya bila bagi kat Ah Chong xpayah nak fikir susahx(Total Sub )lagipun bila Ah Chong Atur Kerja,senang nak "Kowtim" dengan orang melayu nie....Bagi bumiputra yang mampu mengadakan company serta lesen kontraktor(PKK)berserta ada 'back-up' dari atas untuk dapatkan job.Tu yang puak-puak macam kami nie xleh nak tumpang makmur,makan gaji dari dulu sampai sekarang,nak 'set-up'company,nak makanpun cukupx saja...Bagi yang dah dapat peluang tu....asyikx lepas dia,dia lagi habis macam-mana?,pasai mereka nie...tergolong dalam UMNOPUTRA,kalau setakat ahli biasa xdak apa le...harap dok tampal poster saja le...Tapi yang lagi xpatut tu...bukan dari kalangan ahli UMNO, ada.. yang dok dapat job Mega....lepas tu.... ada profit mereka nie pulak yang jadi 'supporter'lawan balik UMNO,jadi macam lepas anjing tersepit,bukanya nak sanggah dari dalam,takut nanti job xdapat...merekax ini lah yang menjadi sebahagian manusia dua rupa.....Kenapa UMNO xnanmpak,pasai yang jadi ketua Bahagian pun duduk lumbax nak dapat projek,dia xkisahpun siapa empunya lesen,janji boleh dapat komission...mana tidaknya yang cari profil company bukan dia...proksi yang buat kerja nie... ,Bagi mereka yang asalnya susah kini dah menjadi senang mulalah yang ini xkena...sana xbetul ditambah pulak dengan kebenarannya maka itulah yang menjadikan UMNO xreleven.Bagi ahli biasa macam kami nie memang teriniaya dibuatnya....dari dulu sampai sekarang xdapatpun tongkat sakti....Wallahuallam.

    ReplyDelete
  5. Skop, peranan dan fungsi tu wujud ke? Kurang-kurang kena semak balik dulu kan?

    Ok bagi 3 bulan, lepas tu barulah nak buat KPI. Benda KPI tu pula ambil masa tak kurang daripada 3 bulan, tum-tam-tum-tam 6 bulan. Dengar-dengar si Khaled tu pun dah bising memahat pada meja di kementeriannya. Belum apa-apa lagi, dah siap nanti macam mana pulak agaknya? Itu baru satu kementerian. Entah berapa ekor lagi yang akan buat bising.

    Kesimpulan: penilaian bagi menteri-menteri tak pernah dilakukan sebelum ini.

    Dia kata jangan beri tahu rincian KPI tu pada rakyat! Mak datuk, kan gajinya rakyat bayar? Oi Khaled, kan stail bos kamu sekarang ialah melafazkan perkataan "rakyat" 100x dalam sehari? Lainlah kalau Khaled kata aku ni Mafia c/o Lanun Selat Melaka.

    Jadi pada prinsipnya banyak perlu dibetulkan dulu, seperti bermula dengan benda kelabu yang dah pekat dalam kepala si Khaled tu, sebelum menteri-menteri Najib mencanai KPI.

    Ha, kepala Najib akan jadi licin mereninlah nampaknya. Jadi nasihat saya pada Najib: usah nak harap yang penilian KPI itu boleh dilaksanakan 6 bulan lagi.

    Sang Bwana

    ReplyDelete
  6. ada atau tkda kpu itu x menjadi isu utama,jika ada sekalipun jika atitude pegawai2 dgn karenah birokasi yg byk apa kementrian atau dsar kjaan buat xtercapai

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.