Thursday, May 28, 2009

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

9 comments:

  1. Salam Mummy,

    Chek asal tak jauh dari kg kubang buaya.. dekat dengan jalan mengkuang iaitu jalan telaga ayaq..

    Orait..

    ReplyDelete
  2. P Ramlee meninggal dunia pada umur 44 tahun. Sepanjang usia 44 tahun beliau telah menjadi lagenda seperti umornya 100 tahun.
    Bagaimana kita yang berumor 50 tahun, 60 tahun ini?
    Apa hasil yang kita tinggalkan?

    ReplyDelete
  3. Salam..pada hari ini 29 mei 1973 adalah hari pemergian Allahyarham Tan sri P ramlee...alfatehah..

    ReplyDelete
  4. "Diiiii maaaana...kan kuuuuu caari gannnntiiii..." Al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Mat Gagah,,, hasil yg aku ado ialah 3 isteri, 9 anak n 2 cucu,,,,,,,, ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Pak Oncu, 3 isteri tu boleh tinggal aman damai ke?
    Minggu lepas Ustaz Akhil dan isteri dah gaduh dengan isteri pasal nak kahwin dengan Waheeda.
    Ustaz pun tapi bila nak kahwin mengikut sunnah nabi telah diduga hebat oleh isteri.
    Bagaimana Pak Oncu?

    ReplyDelete
  7. PAK ONCU..

    BOLEH AJAR ILMU BERPOLIGAMI?

    ILMU TU TAK TERTULIS DALAM BUKU..

    ReplyDelete
  8. Ilmu nie tak boleh dituntut dan di ajari,,,smua hanyalah kekuatan iman dan keyakinan diri sendiri,,,kalu yakin buleh...ompek pun buleh,,

    ReplyDelete
  9. pakai aja ilmu p ramlee dalam madu 3

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.