Friday, June 26, 2009

Wajah baru blog Mummyrokiah.

Sejajar dengan gelombang perubahan sociopolitik wargadunia di mana kuasa rakyat telah mula membawa perubahan warna yang kadangkala sukar diramal maka blog Mummyrokiah juga mengambil pendekatan untuk mengubah sedikit wajahnya.

Perubahan warna kuasa dunia, Amerika Syarikat yang berubah dari puteh kepada hitam menjadi ilham visual latar belakang blog Mummyrokiah.

Visual yang lama berada di dalam simpanan ini diambil disekitar tahun 1983/84 di Kelang, Selangor. Mummyrokiah yang baru sahaja ”graduate” berada di belakang orang ramai di dalam visual tersebut.

Yang menarik untuk perhatian ialah slogan "Suara Rakyat Suara Keramat". Semasa ini Che Det sedang berucap untuk meraih keyakinan rakyat Selangor kepadanya.

3 comments:

  1. Wajah blog saja ke berubah?Wajah Mummy tak berubah ke?
    Bila nak pakai tudung dan tutup aurat?

    ReplyDelete
  2. Hi.mummy rokiah..

    Saya amat tertarik dengan wajah baru blog mummy. Namun apa ada pada wajah? Yang pentingnya isi. Bagi saya pandangan dan komen mummy adalah amat menarik dan exclusive serta liberal tidak taksub dengan mana-mana pihak. Keep it up.Good luck.

    ReplyDelete
  3. mami cerita sikit pasai umno sg petani awat sampai macam tu

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.