Thursday, July 30, 2009

Bernas dilacurkan , bukti kegagalan Malaysia Incorporated

Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Bernas sebuah syarikat strategik di dalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

Bernas ditukarkan dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994 yang kononnya atas dasar Malaysia Incorporated dan di senarai awamkan pada tahun 1997. Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.

Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.

"Tuai padi antara masak besok jangan layu-layuan,. Jika beras telah menjadi dedak di masa itu hilang keruan"

29 comments:

  1. Tanam padi atas bumbung. Idea dari UMNO suatu ketika dulu.

    ReplyDelete
  2. PENJELASAN DARI BERNAS:
    29 Julai, 2009 22:06 PM

    Penguasaan Saham Firma Hong Kong Tidak Jejaskan Bernas

    KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menjelaskan bahawa penguasaan 31 peratus jumlah sahamnya oleh Wang Tak Co Ltd, sebuah firma pelaburan yang berpengkalan di Hong Kong, tidak menjejaskan Bernas.

    Ini kerana ia tidak akan mengakibatkan perubahan struktur penguasaan dan pengurusan syarikat Bernas," katanya dalam satu kenyataan yang mengulas satu laporan akhbar tempatan mengenai perkara tersebut di sini Rabu.

    Selepas penyenaraian Bernas di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 25 Ogos, 1997, hala tuju dan pengurusan Bernas adalah di bawah kawalan penuh Lembaga Bernas yang diwakili secara adil oleh para pemegang saham utama dan minoriti syarikat, termasuk kerajaan sebagai pemegang saham khas yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

    Sebagai syarikat tersenarai awam, kenyataan itu berkata urusan perniagaan Bernas adalah tertakluk di bawah terma dan ketetapan Bursa dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal pembelian saham oleh mana-mana pihak yang bebas membeli di pasaran terbuka.

    Namun, sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.

    Ini dinyatakan di dalam peruntukan dan syarat yang termaktub di dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat serta Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan Malaysia pada tahun 1996, kata kenyataan itu.

    Antaranya, di bawah Artikel 3 (1) menyatakan bahawa mana-mana penggabungan yang boleh mengakibatkan pindahan kuasa atau pengurusan syarikat kepada mana-mana individu atau firma asing atau mana-mana firma kawalan asing adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    Di bawah Artikel yang sama, katanya selain daripada individu yang tersenarai, sebarang individu atau wakil mana-mana pihak yang ingin dilantik dalam Lembaga Pengarah perlu mendapat persetujuan bertulis daripada Pemegang Saham Khas.

    Kenyataan itu menyatakan bahawa Artikel 8 dan 9 Memorandum dan Tataurusan Syarikat menyatakan bahawa pemegang saham khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi Lembaga Pengarah atau pemegang saham Bernas atau sebarang peruntukan dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat sekiranya kerajaan mendapati ia perlu berbuat demikian demi kepentingan nasional dan keselamatan negara.

    Sehubungan itu, dengan keyakinan dan kerjasama erat pihak kerajaan, sebarang risiko ke atas penguasaan pelabur asing dalam industri strategik seperti padi dan beras dapat dibendung, bersandarkan peruntukan dan ketetapan tersebut, kata Bernas.
    -- BERNAMA

    KOMEN MUMMY :
    MUMMY TIDAK NAMPAK ADA DI DALAM MEMORANDUM DAN TATACARA URUSAN SYARIKAT YANG MENYATAKAN BAHAWA:

    1. SAHAM-SAHAM, KEUNTUNGAN DARI SAHAM ATAU APA-APA JUGA PENDAPATAN DARI SAHAM BERNAS MESTILAH BERLEGAR DIKALANGAN PETANI,PESAWAH DAN PENGUSAHA INDUSTRI YANG BERSANGKUTAN DENGANNNYA SAHAJA.

    2. SAHAM-SAHAM BERNAS HARUS DIKAWAL DAN DIPASTIKAN SUPAYA TIDAK DIMANIPULASIKAN OLEH PENYANGAK-PENYANGAK PASARAN SAHAM ATAU "MARKET RAIDERS" ATAU "INSIDER TRADERS".

    4. PERSOALANNYA JIKA BENAR PENGUASAAN EQUITY FIRMA HONG KONG, WANG TAK CO.LTD TIDAK AKAN MENJEJASKAN KUASA KAWALAN DAN PENGURUSAN BERNAS, MENGAPAKAH WANG TAK CO.LTD BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBELI SAHAM BERNAS DI PASARAN TERBUKA? APAKAH MUSLIHAT PERNIAGAAN MEREKA?

    APA JUGA PENJELASAN DI ATAS KERTAS HAKIKATNYA MASIH ADA "GREY AREA" YANG TIDAK AKAN MENJAMIN HAK PESAWAH DICEROBOH.

    ReplyDelete
  3. http://pkrpasdap.blogspot.com

    yang 'jahanamkan' bernas ialah Pakatan sebab depa tak bernas

    ReplyDelete
  4. itu sbb sentiasa mencari alasan untuk naikkn harga beras ye..

    beras kurang dalam pasaran
    harga mengeluarkn beras meningkat la

    rupanya..oooo gini ye

    ReplyDelete
  5. BERNAS 30 % sellout was due tof Liberelisation.

    KPI's and KRA's must be accompanied with OBJECTIVES.
    Here are some.
    1.Reduce Foreign legal and illegal workers and illegal immigrants from 3.2 million (plus floating from Indonesia and China) to zero.
    (will reduce food imports and high subsidy on rice and flour and oil)
    2.Reduce number of single foreign women entering the country by 30 day one time entry social visas.
    3.Increase the medical charges rates(RM1.00) for foreigners using goverments clinik and hospitals to 30RM.Cease providing free maternerty support services to foreign pregnant women(mostly Indonesian)
    4.Increase pump prices (and reduce subsidy) for petrol sales to foreign registered vehicles in the northen states and Johore.
    5.Increase the number of immigration dept computers to keep track of overstayers.(PRC Indon Bangladesh and Nigerian)
    6.Impose the quota of second home applicants.
    7.Increase rice production acreage with opening of state owned farms as part of food security.
    8.Increses navy and police patrols at marine fishing ground to bring fish piracy by foreign fisheremen to zero.
    9.Increase food security by implementing food warehouses.
    10.Iplement registration of foreigners rented residential addresses.
    11.Increase and charge school fees to Malaysiam born children of foreign parents,(some schools in selangor KL have 50% enrollement of foreign(indonesian)children in their classes.
    12.Cease providing free textbooks to malaysian born children of foreign parents.
    13.Deport immediately all those foreigners in detention camp,(save tax money and convert to school building,PLKN or technical vocational workeshops.
    kindly allow further comments of Govt efficiency of taxes paid.
    After all 1.3 million govt servants cost 40 billion RM annually,therefore Malaysia1 must be for Malaysian interests.
    Mah Ngah Tong.

    ReplyDelete
  6. KPI's and KRA's must be accompanied with Objectives.
    1.Reduce Foreign legal and illegal workers and illegal immigrants from 3.2 million (plus floating from Indonesia and China) to zero .
    2.Reduce number of single foreign women entering the country by 30 day one time entry social visas.
    3.Increase the medical charges rates(RM1.00) for foreigners using goverments clinik and hospitals to 30RM.Cease providing free maternertity support services to foreign pregnant women
    4.Increase pump prices (and reduce subsidy) for petrol sales to foreign registered vehicles in the northen states and Johore.
    5.Increase the number of immigration dept computers to keep track of overstayers.
    6.Limit the quota of second home applicants.
    7.Increase rice production acreage with opening of state owned farms as part of food security.
    8.Incresese navy and police patrols at marine fishing ground to bring fish piracy by foreign fisheremen to zero.
    9.Increase food security by implementing food warehouses.
    10.implement regsitartion of foreigners rented residential addresses.
    11.Increase and charge school fees to Malaysiam born children of foreign parents,(some schools in selangor KL have 50% enrollement of foreign(indonesian)children in their classes.
    12.Cease providing free textbooks to malaysian born children of foreign parents.
    13.Deport immediately all those foreigners in detention camp,(save tax money and convert school building to PLKN or techical vocational wrkeshops.
    Blog owner MrJUST Read, kindly allow further comments of Govt efficiency of taxes paid.
    After all 1.3 million govt servants cost 4o billion RM annually,therefore Malaysia1 must be fore Malaysian interests.
    Mah Ngah Tong.

    ReplyDelete
  7. Salam mumy..
    lama aku tak jengok kat sini..

    Bila cerita bab beras ni ..peranan BERNAS hanya lah sebagai barua ambil untung atas angin . petani /pesawah yang punya tanah , yang bermain lumpor paya masam tapi barua barua ini yang ambil untung free atas penat lelah petani.

    jika dulu petani tanam padi untuk makan dan sarahidup sendiri . tapi kini petani hanya jadi towkey di rumah .sesekali turun ke bendang ambil udara segar menjamu mata dengan kehijauan sawah padi .

    petani telah di asuh dengan Subsidi dan sewa pajak di mana kuasa sebenar keatas bijian padi telah bertukar tangan kepada orang tengah dan kapitalis.

    kini nasib Bernas juga akan jadi seperti petani yang di sewa pajak oleh taikun2 kaya Hong kong...dan akhir nya "kuasa makanan ruji" negara telah di kuasai oleh negara asing. akhir nya harga beras di pasaran akan di tentu kan oleh pemodal...sunguh bertuah bangsa ku kerana memilih pemimpin yang menjual kepentingan negara dan rakyat secara halus...

    Terima kasih umno / Bn ...kerana berjaya perbodohkan rakyat hingga ke sesuap nasi.

    ReplyDelete
  8. Dear Mummy

    Belacak pernah menulis di kolumn pembaca Utusan Malaysia pada tahun 2003 mengenai isu yang sama. Pada masa itu belacak bangkitkan isu penyertaan pemborong beras bumiputera yang tak sampai 5 % di Bernas. Padi di tanam oleh orang melayu, dituai oleh orang melayu, tapi orang lain yang tentukan harga.

    Agaknya inilah liberisasi yang Najib idamkan....

    ReplyDelete
  9. "yang 'jahanamkan' bernas ialah Pakatan sebab depa tak bernas"

    KAH KAH KAH

    PSL KEDAH BWAH PAS, SO KEDAH NEGERI JELAPANG PADI, THEN SALAHKAN KEDAH LA YE?

    BERNAS TU AGENSI KERAJAAN PUSAT,KERAJAAN PUSAT SAPE PEGANG YE??

    KAH KAH KAH

    DAH KANTOI TAKLEH URUS,KUARKAN ISTILAH2 YG TAK FAHAM BG PETANI2 KG, DUK PERBUDUHKAN DEPA....

    PASTU TUNJUK SALAH SENDIRI KAT ORG LAIN

    BAGUIH DOK ADO....

    KAH KAH KAH

    MELAYU OH MELAYU....HIDUP MELAYU....

    ReplyDelete
  10. Wahai pembaca sekalian,
    Chek ni memang tak tau pasai Bursa2 saham sebab dari zaman tok nenek chek dulu pun bila pi ke bendang depa tak pernah tanya saham beras berapa naik..turun ka di pasaran saham. Seingat chek yang depa dok kalut pasai bila kerajaan nak bagi baja subsidi? MADA panggey pi sain borang baja depa pi sain. Pastu Lori mai hantaq baja..depa amik lungguk kat bangsai blakang umah.
    Yang kreatif sikit buat meneiga..boleh untung juai baja free...
    Sampai la ni kat belah kampung chek ada orang curi baja sebab nak dapat untung lebeh....yang untung depa..yang rugi kerajaan.....
    Pasai apa kita dok pertikai kat mana saham BERNAS dilaburkan dan terus-menerus mencari salah ahli ekonomi yang dulu telah pun menjalankan tanggungjawab depa. Nila orang generasi sekarang tau nak korek salah orang tapi sorang pun tak mau tampil dan menyumbangkan idea2 intelek macam semua pembaca kat sini.
    Sebelum nak tunjuk jari kat orang, cuba kita pikiaq apa usaha orang buat bendang untuk meningkatkan hasil padi dalam zaman canggeh ni.
    Tanaman kelompok yang disarankan kerajaan dipandang remeh....takmau join sebab depa sendiri yang tak mau berubah. Kalau nak semua nak harap subsidi kerajaan.....sampai bila pun tanam padi takat dok ada saja.
    Dah memang orang MELAYU macam kita ni...nak yang senang...celek2 mata semua dok depan mata.....sebab tu kita tak ke mana. Bagilah saham kat orang semua pun..takkan ada perubahan sebab usaha kita tak ke mana.Ubah dulu pemikiran..jngan nak carik jalan mudah....Jangan dok salah orang lain.....tepuk kepala...tepuk dada...sakit ka dak? Sebelum nak kritik kerajaan....cubah tengok kat dapoq...hari ni makan nasik ka makan ubi kayu......nasi semalam basi ka.....atau bagi kat kucing?
    Kalau beras masih mewah di kepuk....bersyukurlah kerana esok rezeki masih ada...ALHAMDULILLAH...

    ReplyDelete
  11. aku benci umnooo!!! Otak hanya pikir rm rm rm........

    ReplyDelete
  12. Hujah org umno yg masih tak mahu menerima dan berpijak di bumi nyata dapat dibaca melalui komen abe MIE 'TERJAH'. Cetek sungguh pemikiran org yg taksub ngan um-NO nih.

    Tak per, dia tak makan nasi, sbb tu dia tak risau kalau harga beras di 1Malaysia nanti tinggi atau kekurangan.

    Makanan asasi 1Malaysia pun dah org luar kontrol, lepaih ni apa pulak yg akan dikawal mereka?

    Sedaq la woi bangsa melayu!!!...

    Wow! STICK is just hard

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  13. Cuba hang pa pi cari dalam mesia bertuah ni di mana ladang padi bernas ? ada berapa jota ekar bagi menampong keperluan rakyat. sapa tau habaq mai ?

    Bernas hanya dok draf atas kertas di bilik aircond ja..mai dok berleteaq kat petani tepi batas bendang ada lah..pas tu huloq baja subsidi , racun subsidi ,beneh subsidi , di kampit baja tulis sumbangan barisan nasional lambang kati bukan main besaq supaya petani jangan lupa pangkah BN lima tahun sekali...

    akhir nya petani pun layu..bila Bernas duit dah kering kalut jual saham kat firma hong kong ada ka patut ?

    tahniah bee end kerana berjaya layu kan petani dengan subsidi..
    tok pa dah gelabah ..kata nak beli balik saham bernas..hah hang rasa kali ni..

    ReplyDelete
  14. Hari ini 31 Julai 2009, PM lancar ASM1 10 billion unit dan nak bagi peruntukkan Bumiputra untuk melanggan 50 % ?
    Quota Bumiputra akan di jual Kpd semua kaum jika quota Bumiputra tidak tidak di ambil.
    Sama cerita dengan 1.6 billion kuota bumiputra yang telah di jual tengah bulan julai.
    Kali ini bagi peluang lah kapd ajensi Bumiputra beliquota bumiputra yang tidak di langgan, sebagai "pemegang amanah" "on behalf""as trustee".
    DSN,Satu panggilan talipon saje ...
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  15. Mummy

    Mintak Nik Ajis kao tim dengan DAP nya gangster, bagi pelicin kat penjaga sempadan Malaysia Thailand, seludup sebanyak mungkin beras dari thailand, nepal, dan lain lain.

    Amacam settle? LKS ngan Anwar ambil 8 peeeerrrrcennnt.

    ReplyDelete
  16. mummy,

    pandai jugak hang pasai saham2 ni noo..

    kira semua benda hang tau la..syabas..

    hang boleh predict x bila H1N1 nak abes..

    ReplyDelete
  17. Mummy,

    Saya masih tidak faham bagaimana perancangan besar sebegini boleh menjadi liabiliti kepada Kerajaan dan rakyat.

    Matlamat yang baik namun perlaksanaan yang amat mengecewakan. Petani jadi mangsa.

    Saya sanjungi pendedahan ini. Penyelewengan dilakukan atas nama kepentingan Melayu dan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Kemain lagi hang gelong gajah berhujah, kalau dok cakap bedepan dengan aku abih kuyup ketayap aku dek hujan ayak leok hang...apa pun dengarnya khazanah akan amik balik saham bernas yg 30% tu. Harap2 kerajaan lepas ni pantau betul2 dan amik iktibar sebab ramai lagi rakyat malaysia yg masih tak sanggup makan ubi kentang sebagai penganti nasi. Lama hang sonyap gelong gajah sibuk bersawah ker?

    ReplyDelete
  19. Kan paklah dah kata, pertanian adalah perniagaan..

    So...depa jual le apa yang patut.

    ReplyDelete
  20. Hahhh Yang peng sang hang pun dah sampai no.apa habaq .awat hang pakai ketayap ? tak rasa seriauu ka tak pasai orang bee end kata hang orang pas. aku pakai kepiah ja..

    Pak teh adam ..hang ni merepet apa ?orang cerita saham bernas dah kena lacur hang dok cerita seludup beras ..hang pikiaq la sendiri..

    YPS..aku nak habaq mai..hidup aku terlibat pertanian sepenuh masa sampai la ni, bendang ,sawit , getah ,koko , dusun aku buat..dulu buka ladang ribu riban hek untuk felda aku terlibat, dari semenajung sampai sabah. nak kata teror tu dak la..tapi kalau pokok sawit jengka ke kota gelanggi , sepanjang lahat datu ke sahabat boleh bercakap rasa nya aku la pokok sawit tu tegoq dulu..tu dulu..

    Ni nak tanya satu lagi.duit khazanah tu tok wan bee end punya ka..maka rantaian penyalahgunaan dana awam akan berterusan...

    Anon 6.12..aku nak habaq pasai ASM 1 ni lebih kurang saham pak man telo ja ..tapi berlesen tak dak sapa boleh kacau..

    apa dah jadi saham anak itek emas saham selangor bawah mat taib dulu , amanah saham johor dan amanah saham negeri lain ? berapa percent dapat? saham cikai cap ayam bagi kat rakyat ..saham bagus2 dapat kat kroni ..pada aku saham atas kertas yang tak ada asas peniagaan hanya la saham perompak siang hari.macam MAIKA juga rasa nya..

    aku pernah langgan saham petronas quota awam.. hampehhh bukan pasai apa ..kotak yang aku buboh tu haram depa tak buat cabutan pun..ada ka patut..tu duluu.. itu la sebenaq nya..

    ReplyDelete
  21. Hello Mummy...
    Betul mummy....mana dia korporat melayu kita..
    Saya percaya Tun memberi sumbangan yang besar pada negara TETAPI bukan semua idea Tun Det...boleh pakai.
    Saya setuju diperbanyakkan industri TETAPI biarlah jenis industri yg terpilih dan berteknologi. Jika tidak kita sekadar memberi peluang pekerjaan pada anak jiran spt vietnam, myanmar dan bangladesh.
    Industri buat kereta bagus TETAPI lagi bagus industri memasang kereta. Sebab itu Thai&Indo tak buat kereta walau penduduk beratus juta. Sekarang sangat susah nak jaga proton dan paksa kereta impot dijual sedikit mahal.
    Lain-lain:
    Isu Raja Melayu...bla-bla-bla
    Isu Kehakiman....bla-bla-bla
    Isu Mufti Selangor...bla-bla-bla
    Isu Anwar...bla-bla-bla
    Isu Krisis Umno...bla-bla-bla
    Isu Kronisme.....bla-bla
    Apapun idea Tun dengan Lebuhraya Bagus, Idea Jambatan Pulau Pinang Bagus, Memajukan Langkawi Bagus DAN banyak lah juga yang bagus...

    GanganWaloh

    ReplyDelete
  22. Siapa ibu ayam yang melacurkan bernas?

    Ni.. mazidul Akmal kena tahu untuk rancangan 999.....

    ReplyDelete
  23. KALAU KITA ADA KEMAMPUAN JANGAN LAH TAKUT PADA BAYANG BAYANG. isu saham dimiliki orang luar bukan satu ketentuan yang beras akan habis tak dapat dimakan oleh org malaysia. ataupun mereka boleh naikkan harga sewenang wenang nya .... kalau dah bodoh dudok diam diam lah..... komoditi akan naik jika pengeluaran kurang dari demand....

    teori asas ekonomi... tulah kalau tak belajar siapa pegang syer syarikat tu penting sangat ke? takut kat bayang bayang macam lah takut kat ISA tapi sebenarnya tak tahu apa yang ditakutkan.....

    HANG MUMMY ROKIAH PUN BODOH ....

    semua nak salah TDM dengan Najib dengan UMNO salah lah diri sendiri pasal tak pandai akal.....

    SELAMAT....... kalau kecik hati mintak maaf........tapi memang hang silap...

    call a spade a spade not kelawaq..... tau ka???

    ReplyDelete
  24. sepatutnya bebarapa perkara berkepentingan rakyat bawahan mesti dimilik negarakan seperti elektrik, air bersih, beras, yang menjadi keperluan rakyat miskin. Dengan sebab rakyat tak mendapat keperluan asas ini, rakyat boleh tukar kerajaan...ha.haha.hhaa

    ReplyDelete
  25. erm..salam..
    sy tak tau sgt tentang politik ni..tp haritu sy pegi home stay kat sungai besar..kat sana ade penanaman padi terbesar dan pengeluaran terbesar (dr yg sy dgr la) pesawah2 kat sane sendiri pon tak merasa makan beras sendiri..mak ckp kalo diorg tak bagi semua nt tak dapat subsidi..(er kalo salah tlg betulkn sbb sy pon tak clear sgt) tapi mcm kesian je kat pesawah2 tu..semua dah tua2..

    ReplyDelete
  26. Sila ambil perhatian bahawa arkitek yang Swastakan LPN kepada BERNAS ialah Ds.Anuar Ibrahim semasa menjadi TPM zaman Che Det.Dia yang bentangkan rasional pengswastaan di Parlimen.Sekarang siapa pulak dok menyalak?.Kerajaan telah membuat kajian dan penilaian semula,tetapi adalah lumrah apabila banyak yang akan mengkritik daripada memberikan idea yang membina

    ReplyDelete
  27. Salam tuan rumah :) hebatnya tulisan. kalau dijadikan novel ni, pasti meletup!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.