Thursday, July 16, 2009

Puduraya seharusnya berubah sebelum lawatan Najib

Datuk Jaafar Hassan

Pagi ini MHI TV3 telah menemuramah Pengarah Urusan UDA Holding, Datuk Jaafar Hassan berhubung kerja-kerja pembaikkan dan menaik taraf Puduraya yang merupakan lokasi pertama golongan rakyat marhaen jejak kaki mereka apabila berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tindakan secepat kilat ini dilakukan selepas lawatan turun padang YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Apa pun yang melucukan rakyat ialah mengapa UDA mesti menunggu lawatan YAB PM baru bergegas mengambil tindakan. Apakah selama ini mereka tidak pernah menyedari tentang isu Puduraya ini?

Kalau KLIA dan Twin Tower boleh disiapkan dengan begitu cepat mengapa Puduraya harus menunggu lawatan PM yang ke 6 baru ingin dibangunkan?

6 comments:

  1. betullah tu. Boleh tanya begitu. Apapun, yang penting ada progres. Dah siap nanti dan cantik tu, soalan begini bolehlah ditanya secara serius.

    Orang dah buat tindakan, oklah tu.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yg baik boleh mengerakkan rakyat yg lena...itulah yg berlaku terhadap kepimpinan awal YAB. DS.Najib. Begitulah ledakan Tun.M. Apabila memperkenal dasar pandang ke timur pada era awal kepimpinanya.(mencontohi jepun)...kalau pemimpin tak berkayakinan, katara sifat kelemahan berbanding karisma dan kebaranian rakyat akan hilang arah dan hala tuju, jadi teragak-agak terutama yg melayu "nak buat ker tak buat,nak bena ker tak bena"...semoga DS.Najib dapat membangkitkan semangat rakyat malaysia yg hampir hilang suatu ketika dahulu untuk terus membawa rakyat dan negara membina banyak lembaran sejarah unggul.

    ReplyDelete
  3. Perubahan sudah dilakukan Mummy. Kenapa mesti kita kena sentiasa berfikir negatif dengan memandang ke belakang. Tak kisahlah sebelum atau selepas. Better late than never, right?

    ReplyDelete
  4. Saya adalah antara orang yang pernah menggunakan bas Pudu Raya setiap minggu. Sekarang kurang sikit kerana usia lanjut. Pengguna-pengguna Pudu Raya adalah rakyat biasa yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah/sederhana, dan seperti mereka, saya sudah merasai segala keperitan dan ketidakselesaan tempat dan perkhidmatannya. Kalau saya hanyalah satu saksi saja, pergilah ke Pudu Raya dan tanyalah pengguna-penggunanya.

    CTS, ini bukan soal "better late than never". Lebih tepat, "the government should have solved the problem a LONG, LONG time ago"!

    ReplyDelete
  5. salam ziarah

    saya hanya menjenguk dahulu insyallah akan alawati selalu...

    salam

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.