Sunday, July 5, 2009

Lim Guan Eng sekarang lu baru chai !

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala, di sini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


AS I SEE IT :
Dahulu sebelum menjadi pemimpin dan menubuhkan Kerajaan, Lim Guan Eng merupakan salah seorang yang mengambil kesempatan menjuarai penunjuk perasaan dan menentang hebat Kerajaan BN dan UMNO dengan mengambil kesempatan menghangatkan isu-isu panas, sensasi dan perkauman seperti yang tercetus di Kampung Buah Pala.

Hari ini LGE angkat tangan dan ”surrender” tanda kalah malah terpaksa memohon pertolongan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Walaupun pada mulanya LGE cuba melarikan diri dengan harapan sekembalinya dari pelarian isu tersebut akan reda dengan sendirinya tetapi meleset apabila pejabatnya diserbu.

Sekarang lu baru chai bila jadi Ketua Menteri, lu baru tau langit tinggi atau rendah.

13 comments:

  1. Dia ni mana tau apa itu langit apa itu bumi . Kelentong tau la . Dah gitu org Penang masih lg seronok bawah DAP . Dulu masa Gerakan masih ada yg bolih tegur . La ni ...... nasib la

    ReplyDelete
  2. org memali ni tau tak undang2. Kalau tanah dah dijual kepada orang tu, ada perjanjian dibuat oleh kerajaan terdahulu, hang nak wat camner? Nak rampas kah? Hang tolong bagi formula, kami nak tengok.

    ReplyDelete
  3. Kalaulah di kg high charparal tu ada kandang babi tentulah mereka tidak akan dihalau.

    ReplyDelete
  4. Malangnya PKR terutamanya melayu terus setia dan masih merayu simpati daripaga LGE...

    Bagitulah hinanya akibat taksub nak gengam kuasa sehingga akhirnya LGE sepak dan terajang sesuka hati.

    Tg.Nik Azizi apa kurangnya,DAP di kedah dah tampar muka ulama yg memusuhi bangsa yg seagama dengannya dan sanggup bertepuk bertempar dengan DAP demi nak pertahan pengaruh tak seberapa...tindakan ustaz azizan adalah jawapan keangkuhan tuk guru ini. Ini terbukti tidak semua pemimpin tertinggi pas taksub terhadap DAP setahap Tg.Nik Aziz dan tak semua orang pas membenci orang islam dan melayu dalam UMNO seperti beliau.

    ReplyDelete
  5. SLM MUMMY..BIASAK LA MUMY..KLU MUKA TAK TAU MALU MMG MCM TU LAH!. BILA SENANG MANA TAU BERTERIMA KASIH. MALAH DI FITNAH DI SERANAH DAN MCM2 LG. BILA DH TERSEPIT MCM ANJING KURAP DGN KERAJAAN LAH DIA DTG MENYEMBAH!

    ReplyDelete
  6. Gerakan dgn UMNO buat slag kat Penang..org lain kena cuci taik..tu pun nasib baik PR menang haritu..kalu BN jadi kerajaan lagi..abis smua dah kena buldozer!!!

    ReplyDelete
  7. Skolah tinggi2 tapi bodo tahap baghal, tu kan BN Punya projek la mangkuk, perut dah kenyang tinggal taik merata2 tu pun x tau ke....ni bukan bodo lagi dah tahap bangang yg sokong BN ni....

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Saya nampak PR makin kuat teguh di 4 negeri bawah jajahan mereka, lagi banyak isu lagi baik, ini kerana segala kebijaksanaan pemimpin PR terserlah memperbaiki kotoran UBN dulu.. kepada semua MB & KM negeri PR kuatkan semangat dan bertahan dengan kata nista dari mereka yang cemburu..

    ReplyDelete
  9. Utk Anon...

    Projek ni lulus masa Depa perintah lah...Tu yg Hindraf marah sgt kat LGE.... Baca fakta dulu... Jgn asyik dok salahkan UMNO/BN... Aku dah meluat tgk perangai orang yg masih nak tegakkan benang basah...tau2 sendiri yang basah.. Kalau tidak mestilah Hindraf hentam BN....

    Azahar

    ReplyDelete
  10. Org klate

    senang aje nak settle masalah ini,
    jika PM tak setuju bantu masalah kg pala, PM dah langgar aku janji 1Malaysia..apa itu rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

    Kerajaan Penang ambil balik tanah tu dari pemaju dan bayar pampasan secara ansuran selama 5 tahun, lepas dapat tanah itu, kerajaan penang lantik anak syariakt kerajaan negri dan persatuan penduduk bangunkan kawan itu dgn projek perumahan dan rumah kedai, dan dijual balik kepada penduduk kg buah pala.dengan bayaran balik melalui bank yg dilantik oleh kerajaan negeri. jadi dengan sendirinya rakyat ada hakmilik setelah membeli rumah tersebut.

    macam sifir matematiklah katakan.

    ReplyDelete
  11. kalau ku jadi guan eng aku luku2 kepala tsu koon dgn amno penang hehehehe. jual tanah je pandai. memang itu le keja beend dulu kini dan selamanya...menyusahkan rakyat.

    klau beend masih kerajaan beend korang jgn harap le tv3suku utusan meloya nk siar cerita ni mcm orn melayu di penang yg kena halau masa nak sambut raya.

    moral kes ini jgn le menyusahkan rakyat dgn menjual tanah yg depa dah duduk beratus tahun. kenapa tak bagi je geran hak milik? sbb depa bukan melayu ke? tpi melayu pun kena halu jugak muhhhhahahha

    ReplyDelete
  12. DAH LA TU,,,TU LA NAMA DIA LGE NI BIJAK,,,MUMMY PUN TAKTAU AGAK KAR DIA DOK KONA KOT MANA,,,MUMMY TAU NAK SERBU SAJA,,..HWEHEHEHEHE,,,KITA TUNGU TEGOK LA PM ONE NATION NIE BLE BUAT LAGU MANA,,,LEPAIH DAH TAK BLE BUAT BARU LA DIA (LGE) BUAT BALEK....TP APA PUN LGE NI PENAH MASOK PENJARA LA PASAI DOK BELA SATU NENEK TUA MELAYU YANG CUCU DIA KENA GIGIT PUTIN DULU,,,,INGAT TAK???????? APANAAMAAAA SIMAMAT YANG GIGIT TUH???(LA NIE DAH TUA DAH LA MAMAT TU PUN)

    ReplyDelete
  13. Kalu kpg Pala boleh jadi kpg tradisional kaum India, maka kampung2 lain juga boleh mintak kat kerajaan supaya diiktiraf sebagai kampung tradisional jugak.Penduduk Kampung Sungai Nibong Besar dibayar ganti rugi rumah pangsa kos rendah 45ribu sahaja. kpg tu UMNO kuat Pas pun Kuat tapi tak bersatu atas nama Melayu atau Islam itulah jadinya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.