Monday, July 20, 2009

UMNO membuang masa berkursus.

SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan.

Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut.

AS I SEE IT :

Muhyiddin dan MT UMNO hanya membuang masa menganjurkan kursus-kursus ini kerana yang hendak pergi kursus itu ketua-ketua Bahagian yang ego mereka tinggi seperti contoh yang terbaik ialah Ketua Bahagian Merbok, Tajul Urus, Ahmad Bashah Hanipah, Ketua Bahagian Alor Setar dan Mahazir Khalid.

Mereka yang harus memberi kursus bagaimana menerima wang untuk menang pilihanraya. Bagaimana mengagih projek-projek mega kepada kroni dan bagaimana strategi cantas-mencantas generasi pelapis.

26 comments:

  1. Ada buat kursus blogger sampai belanja berjuta.

    berjuang untuk selamatkan parti atau ada orang cari peluang buat duit kah???

    Lani macam2 orang tawarkan macam2 tapi semua mintak fulus saja. Perangai lama tak buang lagi.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat mummy..

    Muhyidin suruh umno skolah balik..

    Saya cadangkan masuk Taska semula..

    ReplyDelete
  3. agree with Mummy!memang tak guna pun buat kursus untuk puak-puak tu.depa duk kalut berebut projek saja bukan peduli sangat dengan survival bangsa ni!berlakon depan boss depa saja,belakang kondem mcm2!

    ReplyDelete
  4. UMNO macam dah tak boleh berbalik ke pangkal jalan lagi. UMNO macam dah tak mahu lekang dengan identiti megah dan mewah depa. Sikit-sikit kursus... segala-galanya boleh diterangkan dan diselesaikan menerusi kursus dan forum.

    Kalau UMNO masih meneruskan budaya perangai segini, jangan haraplah orang nak pakat sokong atau bersimpati. Jangan anggap, bila ramai yang mula menyampah dengan Pakatan Rakyat bermakna UMNO akan dapat sokongan kuat...

    Cubalah berfikir sebagaimana orang yang berjalan kaki, naik bas, makan bersila dan kekok pegang suduh dan garfu berfikir. Tak payahlah berfikir dalam lingkungan hotel mewah enam bintang sebab hangpa duk mengharapkan undi daripada orang yang duk mengeluh tentang kenaikan harga, bukannya undi daripada orang yang senyum nganga bila harga barang dan perkhidmatan dinaikkan.

    ReplyDelete
  5. salam mummy,
    Orang UMNO nak berkursus... untuk apa?... tambah semangat?....satu perancangan yang baik...tp perlu memenuhi sasaran dan ikhlas..

    Baru-baru ni, UMNO bahagian bukit gelugor menganjurkan kursus kepimpinan di langkawi. pada peringkat permulaan tu, UMNO menjanjikan peserta yang akan menhadiri kursus tersebut adalah kumpulan sasaran iaitu hardcore pemuda, jentera pemuda. Tapi bila hadir, sekali lagi UMNO gagal, kerana membawa budak sekolah untuk berkursus. Org utara kata bawak "nangoi" atau budak "kanyaq"...

    Macam tu la masalah UMNO ni, yang berjawatan dalam UMNO merasakan mereka dah cukup berilmu, dah cukup hebat, dah cukup mantap.. tetapi puak-puak ni, semua haram apa pun tak tau, cuma ego saja yang besar...
    kalau MT nak suruh orang UMNO p kursus, pertama sekali wajib lagi mesti dan pasti, pemimpin umno peringkat bahagian tu dulu yg perlu berkursus. Biar mereka sama berpeluh, comot dan penat bersama orang bawah. Jadi lah pemimpin yang menjadi contoh...

    semoga Allah selamatkan Malaysia ini dari pemimpin yang rakus dan lupa daratan.

    ReplyDelete
  6. Betul. setuju. Akur sekali dengan pendapat Mummy Rokiah.

    Lebih baik ambil tindakan kepada penyangak-penyangak parti terlebih dahulu. banyak lagi kes rasuah masa pemilihan berlalu 'bodoh' begitu sahaja.

    Dimana LDP(lembaga disiplin Parti). Tambah bilangan konon..habuk pun tarak.

    Inilah dia gara-gara 'Tin Kosong'.Makes a lot of noise.

    ReplyDelete
  7. Tepat sekali Mumyy....ente memang tepat!!! tak ada guna UMNO ni buat kelas motivasi!!! cari duit buleh la

    ReplyDelete
  8. program umno balik ke sekolah.hehehe
    lawak jugak bunyi nya tapi itulah yg sepatutnya.biaq ketawa la sbb lawak dan ada unsur pedas,jgn depa ni duk gelak sorang2 bila bn dah tak perintah negara nanti sudah.
    tp nak kata apa,depa boleh duk australia,us dll kalau pencen.
    lg satu,saya tgk bukan ketua bhgn spt tajul saja yg ego,malah bekas ketua bhgn pun ego dan tak membantu umno pun lepas tinggai.padahal depa ada lg jawatan dlm agensi kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya Tan Sri Mahyuddin hantar Mahadzir Khalid,TAJUL URUS,Azeez Baling dan ramai lagi Pemimpin UMNO Kedah berkursus di Tingkat 14 Plaza Maaslam Ibu Pejabat SPRM.

    Hantar mereka ke Pusat Latihan UMNO di JANDA BAIK hanya akan merugikan wang rakyat dan membuang masa sahaja kerana mereka mereka ini merupakan PERASUAH TEGAR dalam negeri Kedah.

    ReplyDelete
  10. kalau sampai belanja berjuta buat kursus blogger@program siber ni baik bayaq komputer pru-12 tu dulu.

    ReplyDelete
  11. nak kursus ke makan angin?dari byr duit kursus tu lebih baik buat road tour dr cawangan ke cawangan setiap bulan.Jangan 2 3 cawangan, tapi seluruh cawangan.Waktu PRU boleh pun melawat kawasan tak kira siang malam kenapa waktu sekarang tak boleh?pendekatan dekat dengan rakyat sebnrnya bukan difahami pun oleh sesetengah ketua-ketua pergerakan dalam bahagian.bagi mereka sibuk, sibuk dan sibuk.Dari dok suruh depa dampingi rakyat, berubah dan sebagainya baik ada pihak grooming saja ahli-ahli yang boleh diterima rakyat utk gantikan tempat-tempat ketua-ketua yang disebut MUmmy. UMNO hak semua.tak susah.Sapa-sapa yang ingin bertanding, mula dari sekarang. Lagi baik dari suruh mereka berubah.

    ReplyDelete
  12. Setuju benar dengan Mummy. Bukan kursus yang boleh memulihkan UMNO tetapi satu saja - HAPUSKAN RASUAH!

    Sepatutnya di hari pertama DS Najib jadi PM, beliau tumpukan perhatian sepenuhnya kepada masalah rasuah kerana rasuah dalaman UMNO masih tersemat tanpa apa-apa tindakan konkrit. Rasuah jugalah yang telah menjadi senjata berbisa yang dieksploitasikan oleh pihak pembangkang. Rasuahlah yang masih mendominasi persepsi rakyat.

    UMNO wajib membersihkan diri dahulu. Pembersihan ini mesti juga melibatkan agen-agen perosak dan duri dalam lipatan di dalam kerajaan DS Najib. Apa yang masih dilihat ialah, masalah rasuah masih belum dapat ditangani dan agen-agen perosak masih dikekalkan. Amat mudah mereka bermain politik (dan sekarang berkursus pulak!) tetapi amat liat hendak membersih diri.

    Apakah yang ditakuti Najib dan para pemimpin tertinggi UMNO? Hilang undi/sokongan? Kalah pilihan raya? Bagaimana pula dengan survival UMNO dan orang Melayu? Mana yang lebih penting?

    ReplyDelete
  13. Apa lagi motivasi dan pengajaran yg terbaik selain daripada tamparan pada GE-12. Sepatutnya UMNO perlu mendekati ahli akar umbi, banyakkan program bersama rakyat dengan pemimpin biar rakyat rasa ada nilai dan dihargai. Pengalaman UMNO mendekati rakyat M.URAI adalah contoh baik. Kursus motivasi tak nampak apa keperluannya buat masa sekarang. Pemimpin bermotivasi tinggi sahaja kalau rakyat tak gembira guna juga.

    ReplyDelete
  14. Salam Mummy

    Sebenarnya apa yang perlu UMNO buat ialah berpatah balik keperjuangan asal yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara,...bukan untuk menggadakan kursus motivasi kononnyalah tu tapi penghayatan nya hanya separuh masak, kata orang hangat2 tahi ayam...Parti cina tak payah berkursus pun dia orang boleh bersatu...orang Melayu ni buatlah beribu2 kursus pun tetap gak macam cerita ketam cina dengan ketam Melayu... tak pernah serik....

    ReplyDelete
  15. Setuju sesangatlah Mummy..

    Orang-orang yang ego melampau ni nak ke mana? haha.. tiada guna la khusus-khusus ni.. waste of time.. waste of money..

    ReplyDelete
  16. Salam Mummy...

    Gi hantar berkursus yg mane akhir sklai mkn angin, masuk kiri, kuar kanan....Satu habuk pon tarak....

    Sume tu membazir je...

    Bincang kat kedai kopi lagi ade pekdah nye....

    Pasal kat situ la rakyat marhaen dok berkumpul dan sembang masalah depa...

    Kate nak jadi wakil rakyat, tapi kalau nak bercampur ngan rakyat pon tak reti, usah le beranagan...

    Pasang ekor, duk jadi berok

    ReplyDelete
  17. Cuba hitung balik berapa banyak kursus ka konvensyen ka UMNO Kedah buat dari pilihanraya tahun 1999 sampai la ni (10 tahun).

    Ada apa-apa positif feed back ka, apa rumusan yang telah dibuat dan digunapakai.

    Semua masuk tong sampah.Syok sendiri. Habuk pun tak dak.

    ReplyDelete
  18. Betoi la buang ms ja antaq puak-puak ni p kursus..aku pun br balik retreat wanita dan pu3 di langkawi..G5 wanita & puteri mana masuk kelas pun..mai sat-sat ja..hebat sgt ka G5 ni sampai xdak sapa pun nak teguq..Ketua Puteri Negeri pun balik awai..apa la nak jd..baik bg duit tu utk tolong orang susah pun baik dr antaq puak2 ni p kursus..perasan diri tu hebat..baru berapa hari jd pemimpin negeri dah tunjuk ego..ni aku belum cerita lg ucpan pengulungan oleh Naib Ketua Puteri Ngeri..Hisham Suhaily...gelak smpai nak pecah perut..sebiji mcm Ketua Puteri Msia Rosnah..elok sgt la Rosnah lantik depa ni nak pimpin ahli puteri di Kedah..xdak class langsung

    ReplyDelete
  19. Jangan terlalu cepat melatah. Tengoklah dulu kursus jenis apakah yang dicadangkan tu.

    Kalau kursus yang macam team building tu, iaitu tanpa protokol, tanpa tempat tidur yang mahal, tanpa kenal pangkat, status, maka ia perlu disokong.

    Ini bagi menjejakkan kembali pemimpin UMNO kepada akar umbi sepertimana UMNO zaman dahulu.

    Kalau ego pemimpin boleh diturunkan, peranan setiap ahli UMNO diperjelaskan, undi setiap ahli diambil kira, maka secara automatik banyak benda buruk dapat dikurangkan.

    Kalau nak rasuah pun, sudah lebih kepala berbanding dulu cuma kena jaga 200 kepala. Maknanya, makin mustahil dah nak menang guna duit semata-mata untuk dapat sokongan.

    Korang semua kat sini cuma sekumpulan orang yang suka merungut. Bawa sajalah rungutan tu sampai ke mati kalau larat.

    Orang lain ada banyak keja positif yang nak dibuat untuk kebaikan parti dan rakyat.

    ReplyDelete
  20. "Program latihan dan motivasi diperluaskan kepada semua pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan"

    Buat dan rancanglah apapun,selagi yang nak terlibat secara langsung adalah daripada kalangan mereka-mereka yang pada hakikat sebenarnya ada daripada perosak-perosak nilai semangat melayu yang kononya adalah pejuang/pembela bangsa.

    Apabila ketua yang memimpin,secara hakikatnya mentadbir umno bahagian sebagai harta mak...bapak dia punya sampai bilapun orang melayu meluat...sungguh-sungguh tidak akan percaya macam dulu-dulu dan tidak ada lagi slogan Dulu,Kini dan selamanya.

    Kini dah banyak orang-orang melayu tak yakin dah...! yang umno boleh tolong orang melayu kecuali daripada kalangan orang melayu yang bernasib baik mempunyai adik beradik yang ada kuasa/jawatan tinggi yang boleh dijadikan cable untuk menjadikan ianya senang @ kaya.

    Bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan sandaran,terpaksalah berjuang untuk sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa,itulah yang kekadang pemimpin peringkat bahagian @ cawangan terserempak dengan orang melayu yang menjadi pengutip sampah didalam taman-taman perumahan yang paling berjaya menggunakan motorkar yang susah untuk memperbaharui cukai jalan dan sebagainya,sedangkan arumugam sudah mampu menggunakan lori untuk menjalankan kerjanya.

    Pada hakikatnya hari ini yang boleh tolong orang melayu yang susah adalah MKT(Magnum,Kuda dan Toto)

    Hidup untuk Anak,Bini!.Hidup...untuk Anak....Bini....!

    ReplyDelete
  21. demi untuk kebaikan tak salah kalu belajar dari kesilapan..bukanya hati gelap seperti PR..salah sendiri tak bole terima camana..

    ReplyDelete
  22. pungkok hang la... mummy sume oarng x betoi... pungkok hang pun cuci tak bersih... pi rahhhhhh

    ReplyDelete
  23. Hang tau camana? pungkok dia cuci atau tak cuci nie.....? rasanya hang nie....memang kaki pungkok kot?

    ReplyDelete
  24. Kalau bab mengejek, mengata dan mengkritik memang orang melayu terer. Sebab tu wujud AF (high rating)orang melayu yg dok semes2. Yang elok tu kita yg tak elok tu depa. Bila Adlin komen org menyanyi pitching lari, dia tu pandai ka pebetui pitching. Bila Paul Moss kritik nyanyi lagu melayu..dia paham ka lirik lagu tu? Analogi2 macam ni mencerminkan perangai orang melayu.
    Kita dok sebuk pikiaq depa tu dapat projek pasai apa? lain la kalu kena batang hidung sendiri..mintak projek tak lepas..heheh tu yang anghin satu badan.
    Depa buat kursus pun tak mintak duit kita, tak suruh pun kita pi, tak mintak kita prepare apa2 pun...so tak payah ler pertikai pasai depa perabih duit.
    Kita pi skolah senang, masuk IPT senang, pinjaman apply pun senang, subsidi pun bagi..apa lagi..awat kita tak pernah pertikai pun duit tu.
    Survival bangsa! Cuba elaborate sikit.....macam cita survival yng telanjang bulat tu ka...
    Macam mana nak survive kalau kita sendiri yang MEMPERKOSAKAN BANGSA kita.MELAYU ROGOL MELAYU jiwa dan raga. Tu tak campuq lagi bangsa yang tak sedaq diri. MELAYU pun join sekaki perjatuh bangsa sendiri.PHD kepada orang yang senang ..buat panaih pungkoq tak leh tengok orang lebih sikit. Panaih pungkoq takpa jgn main pungkoq..hahahahahaha
    MINTAK AMPUN LE .....

    ReplyDelete
  25. Apa pun selamat berkursus dan dapatkan sesuatu yang terbaik daripada kursus yang dihadiri.

    ReplyDelete
  26. Dik,

    Kak Nah sutuju benar gan DIk tu..kursus yg dik p tu kaknah dapat tau dr kawan kaknah yg wanita tu kata mengantok je..kalau bali bantal pakat lena abis..yang dok cakap pandai pun banyak..speaking omputeh la konon..keja elekk pochi..takat p main 'zero point' je..yang wanita pakat p shoping minyak gamat..heheh..ketua wanita pun cakap tah apa2..ketua pu3 lari awai..nuuu takot nak kena bg ucapan nuu..harap ke naib dia dok cakap xdak point..mendayu dayu..terok la lagu niii..
    Orang mengkritik hangpa berubah laa...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.