Saturday, July 25, 2009

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dan pendedahannya

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihak yang mempunyai dakwaan berhubung sesuatu penyelewengan perlu bertanggungjawab melaporkannya kepada pihak berkuasa dan bukan setakat mendedahkan dakwaan itu di dalam blog.

Abdul Khalid berkata penulis blog mesti bertindak secara 'gentleman' dengan mendedahkan identiti mereka dan bukan 'baling batu sembunyi tangan'. Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco terbabit.

KOMEN:
Siapa yang baling batu sembunyi tangan? Mungkin Khalid dan PKR sendiri yang membaling batu tersebut kerana pening dengan kerenah DAP.

8 comments:

  1. Huh!!! Baling batu? Ni bukan baling batu dah! Tapi baling orang dari tingkat 14 belas sembunyi keterangan!

    **Peribahasa baru untuk samad said wariskan kepada generasi akan datang!!!

    ReplyDelete
  2. depa dah lupa sapa yang mula suruh rombak exco selangor, bukan ka azmin yg mula mula suruh rombak. sapa yang pecah tong,bukan yb pkr jugak ka..

    ReplyDelete
  3. Jika tak silap saya, yang mula mula dedahkan tentang blog tersebut adalah Rockybru blogspot.

    Saya pun pelik macamana dia boleh tau tentang blog ni. Sama seperti dulu ketika blog yang menghina Nabi Muhammad saw. Pihak media tiba tiba tau tentang blog itu sedangkan bukan mudah untuk tau satu satu blog kecuali duduk depan komputer dan buat carian yang berkali kali.

    Setalah di teliti blog di atas, rasanya derma dan bantuan dari syarikat kepada ADUN sudah biasa. Masa BN dulu pun seperti itu. Tapi tiada tindakan kerana pada kita, ianya sudah biasa. Kerja di perolehi melalui bantuan ADUN, kemdian syarikat akan menderma kepada pejabat ADUN untuk bantuan kepada rakyat.

    Malangnya, menyalurkan wang hasil dari bantuan syarikat kepada pejabat ADUN untuk pembangunan dan bantuan kepada rakyat adalah salah?

    Kalau di kala BN memerintah, banyak mana lah pulak bantuan yang diperolehi?

    ReplyDelete
  4. Jom kali ni kita baling semua YB tak guna keluar dewan dalam PRU 13

    ReplyDelete
  5. Cuba pi tanya depa, jangan kuat kuat, bisik2 kat telinga Khalid...mau ka depa jadi kerajaan lagi.

    Sesungguhnya kalau bab nak kumpul harta rasanya, depa gagahi jugak le untuk jadi kerajaan.

    Sesungguhnya kerana nak lepaskan kes liwat, terpaksalah juga bercita caita nak jadi PM.

    Tapi kalau bab membela rakyat terutama rakyat yang miskin tegar, nak perjuangkan bangsa dan ugama rasanya depa dah tak larat kot, dah tawar hati, dah letih...bab ni depa dah tobat tak mau jadi kerajaan. PAS Selangor lagilah macam dah kena penyakit kuku dan mulut, membisu seribu bahasa.

    Lihat Lim Eng Guan - dok penin kepala dengan kg buah pala..dok kusut pikiran dan dolak dalik pasal rumah mewah...

    Jadi pembangkang, lebih syok...hari hari buat isu, buat tuduhan, hasut rakyat demo sana sini..lepas tu balik tidor, Esok ulang lagi...lagak macam hero rakyat.

    ReplyDelete
  6. Apa dah jadi ngan khir toyo... sonyap je isu dia....tak dedah jugak ke?
    kalau nak dedah, dedah semua.. jangan pilih bulu.....

    ReplyDelete
  7. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/07/owner-t4tbhblogspotcom-kencing-dalam.html

    ReplyDelete
  8. tak payah baling, lastik terus dengan biji guli tang kepala... sure berdengung..

    Kopi larat satu.. Siap!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.