Monday, January 4, 2010

Sekolah Cina lebih diyakini dari sekolah kebangsaan

(NST Picture)


(Sumber NST Online 4/1/2010)
More Malay pupils in Kedah Chinese schools
2010/01/04

KUALA NERANG: At first, 7-year-old Muhammad Syakir of Taman Jati here was crying and refused to enter the classroom despite being persuaded by his father. However, several lessons later, Syakir was glowing with excitement while learning numbers in Mandarin together with his new friends on his first day of school at SJK (C) Kou Hua here yesterday.

Syakir was among 14 Malays out of 19 Year One pupils enrolled at the school this term. Government servant Muhammad Suhaimi Shamsudin, 43, said Syakir was the second of his children to attend the school. Syakir's sister, Syamimi, is in
Year Two.

"I want my children to master Mandarin, apart from Bahasa Malaysia. I also want them to mix with other races and compete healthily with each other.

"Syakir's sister has no problems mixing with other pupils and is catching up in her studies. My son was crying this morning, but after watching him blending in well with the school environment after several hours, I am confident that it will be the same for Syakir," said the father of five.

Located 35km from Alor Star, SJK (C) Kou Hua is categorised as Sekolah Kurang Murid for having less than 150 students.

Principal Kok Hooi Chin said the school had been traditionally known for having a large number of Malay students.

"It is the only Chinese school in this area. Last year, we had 105 students in the school. Fifty-four were Malays, 29 Chinese and 22 Siamese.

"This year, half of the 96 students enrolled are Malays,while the rest are Chinese and Siamese."

In Langkawi, out of the 22 pupils in Year One at SJK (C) Min Nam in Kuala Teriang, only three were Chinese.

Its principal, Tee Eee Bee, said about 80 per cent of the 116 pupils studying at the 84-year-old school were Malays.

Tee said the number of Chinese pupils enrolling at the school had been declining because there were no more Chinese families living in the area.

Yesterday, Kedah recorded enrolments of 37,621 Year One pupils and 37,502 Form One pupils.


Nampaknya keyakinan orang-orang Melayu terhadap sekolah Cina semakin meningkat. Mungkin dari segi pencapaian akademik, pengurusan sekolah yang cekap dan kesedaran bahawa Negara Cina akan bangkit menjadi satu kuasa besar maka ramai waris mahu anak mereka menguasai Bahasa Mandarin.

Komitmen dan kesungguhan guru-guru Cina dan pentadbir di sekolah Cina juga satu faktor yang membuatkan sekolah-sekolah kebangsaan lain tidak dapat bersaing dari segi kecemerlangan ilmu.

Ramai guru-guru Melayu malah ada juga di kalangan ustaz yang ponteng mengajar dan tidak bersungguh. Ada guru yang lebih menumpukan bisnis "direct selling" mereka di sekolah dan kelas-kelas tuisyen di luar kerana ganjaran yang lebih lumayan.

Guru-guru Melayu terutamanya lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) hanya mengajar seperti melepas batuk di tangga. Kebanyakan mereka diserap menjadi guru kerana tiada pekerjaan lain. Peringkat awal pengajian mereka bukannya mereka bercita-cita untuk menjadi guru, mereka lebih cenderung kearah kerjaya prefessional.

Seperti kenyataan salah seorang waris di atas yang mahu anaknya bercampur dengan kaum lain dan bersaing secara sihat, ini membawa makna sekolah-sekolah kebangsaan yang lain tidak bercampur khasnya Melayu hanya bercampur dengan Melayu.

9 comments:

  1. Komen mummy terlalu bersifat perkauman: guru melayu dan ustaz malas dan poteng kelas, buat bisnes MLM, tidak cekap tadbir sekolah.
    Apa ni mummy, orang macam mummy nilah yang menyebabkan berlakunya perkauman. Apa semua guru cina bagus ke? Berapa kerat lepasan sekolah SRJK cina yang betul-betul jadi rakyat yang berguna... cuba tengok dan check yg banyak bangkang, timbulkan isu perkauman, suka penting diri, pijak orang lain untuk naik, ntah apa-apa lagi perangai kurang elok banyak dari lepasan SRJK nilah... didikan untuk menang dengan apa cara sekali pun, tanpa kisah soal moral, budaya dan tatasusila adalah dari SRJK cina.
    Orang dok bercakap nak buat satu sekolah untuk semua, dia sokong sekolah vernacular pula!

    ReplyDelete
  2. Ada guru besar begitu sibuk dgn PAS hinggakan pencapaian UPSR murid mendapat 5A terteruk tahun ini. Ini semua gara-gara PAS dipilih menjadi MB baru-baru ini sebelum UMNO mengambil alih jawatan MB.

    ReplyDelete
  3. gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib tidak dapat membawa ibubapa Cina menghantar anak2 mereka ke sekolah kebangsaan. Nampaknya slogan 1Malaysia setakat jadi air lior saja.

    ReplyDelete
  4. Satu artikel yang menarik. Saya percaya faktor utama mereka menghantar anak mereka ke sekolah aliran cina kerana guru yg berdediaksi dan sistem pengajaran & pembelajaran sealiran zaman semasa. Kalau guru di sekolah kebangsaan, semua kena ikut modul. Jadi guru tak kreatif dan tak berinovatif berbanding di sekolah cina. Setuju dgn guru2 lepasana KPLI jadi guru kerana tak dapat cari kerja lain sedangkan guru pun professional juga.

    ReplyDelete
  5. ada baiknya kita anak kita masuk srjk cina kerana ini akan mendedahkan mereka satu lagi bahasa yg brkuasa ekonomi selain dari bahasa inggeris. tentang komen terhadap guru2 sek kebangsaan
    yg dikatakan tidak didikasi itu saya tidak dapat terima kerana dari prgaulan saya dgn guru2 melalui pibg saya dapati semua mereka 95% adalah berdedikasi.

    ReplyDelete
  6. syabas kerana berani meletakkan pilihan ibu bapa yg menghantar anak2 mereka ke sekolah cina sebagai satu pilihan yg praktikal dan bermanafaat besar didlm jangka panjang!!! tapi diharap keluarga2 ini tidak mengabaikan pengajian agama islam dan penerapan nilai2 islam didlm diri anak2 mereka yg menghadiri sek2 cina.

    ReplyDelete
  7. Betoi la mami...
    Anak saya yang di sekolah Cina semalam dah mula belajar. Tapi anak saya yang di sekolah kebangsaan ni..apa pun tak mula lagi, kelas dan buku depa pun dok cangkaliwang tak tentu hala lagi.
    Aduhhh..apa lanak jadi pada Melayu ni?

    ReplyDelete
  8. Tapi Kan Mummy..Ada Sekolah Aliran Cina Yg Akan Asingkan Pelajar2(Bkn Cina) Ke Dlm Kelas Yg Berbeza..Senang Nak Ajar Katanya..At Last, Semua Murid Dlm Kelas Tu Jadik Mcm Sekolah Kebangsaan Balik..Cemana Tu?

    ReplyDelete
  9. Saya tidak menyokong kalau puan kata guru2 KPLI ni skadar melepaskan batuk ditangga...mungkin ada segelintir yang sebegitu tapi masih ramai yang memberi komitmen tinggi pada proses P&P.. mungkin ada juga saudara mara puan yang berjaya kerana bimbingan guru2 kpli..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.