Empat mayat rentung ditemui di Tanjung Sepat
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Wan Faizal Ismayatim
bhnews@bharian.com.my
2010/09/12
Enam suspek ditahan bantu siasatan kes jutawan kosmetik
BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.
Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti.
Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah 13 hari lalu.
Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.
“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.
Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.
Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.
Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.
Apa sakitnya masyarakat kita hari ini apabila kekejaman tidak kira usia, darjat, pangkat dan harta. Dari membuang bayi dalam kandungan sehingga membakar mangsa menjadi abu.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Jangan hairanlah Mummy. Dunia kita sudah tua. Manusia nampaknya lebih tua usianya. Dan manusia sudah nyanyok dan lupa bahawa mereka juga adalah makhluk yang dujadikan bukannya yang menjadikan. Maka lupa pasti ada hari pembalasan. Punca utama di antara kita ialah "jahil".
ReplyDeleteMaaf kalau terkasar kerana terpaksa menjaga kain orang.
Puan
ReplyDeleteDuit adalah segala galanya kepada pembunuh2 keparat ni.Jawatan loyar buruk n putar alam.Tak layak d beri status kerakyatan d tanah melayu ni.Buta perut n buta hati.Paling heran macam mana boleh d beri gelaran Dato!
wawa
Mummy
ReplyDeleteKita mesti belajar bisnes dari Tun Daim.Tun boleh hidu jika rakan perniagaan nya seoarang putar alam.
wawa