Saturday, September 4, 2010

ISA sudah lama lapar

Islam itu cantik, indah dan penuh kedamaian. Sebarang provokasi perkauman yang boleh mencetuskan pergolakkan dan menggugat kedamaian seharusnya ditentang sekeras-kerasnya.

Di dalam suasana dan senario politik dunia yang tidak menyebelahi umat Islam sekarang ini, apa juga tindakan melulu akibatnya kelak yang akan menjadi mangsanya ialah Islam.

Perjalanan dan kedamaian yang telah Negara ini lalui bukannya mudah. Keharmonian kaum ditatang seperti minyak yang penuh, dengan penuh berhati-hati dan berjaga-jaga untuk tidak mengguris mana-mana pihak.

Malangnya setelah 53 tahun Merdeka lahir pula seorang remaja Cina janggut sejemput Wee Meng Chee yang bersikap kurang ajar terhadap kaum Melayu. Atas dasar kebebasan berkarya beliau mencipta lagu rap berbau rasis memaki Kerajaan, Melayu dan menghina jalur gemilang.

Bapa Kemerdekaan kita pernah menasihati :
“13 Mei adalah merupakan satu ingatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul dari sikap mengenepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan,adat resam dan adat istiaadat berbagai-bagai kaum, terutama sekali dalam masyarakat Negara kita yang mempunyai berbagai kaum dan ugama” ms225 - Sebelum dan Selepas 13 Mei.

Salam Aidil Fitri.

Ps : MR MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH KELUARGA, SAHABAT, RAKAN DAN FOLLOWERS BLOG MR YANG MENGENALI DIRI INI ATAU YANG TIDAK MENGENALI.

3 comments:

  1. Najib tak ada telor nak guna ISA.
    Kalau Rosmah jadi PM mungkin ramai dah dikenakan ISA>

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak guna ISA, kan ada undang-undang lain yang boleh menangani masalah berkaitan? ISA diguna tanpa perlu ke mahkamah untuk dibuktikan, apakah itu selari dengan tuntutan Islam? Masalahnya kerajaan tak tahu mendakwa dengan hujah yang meyakinkan hakim lalu tak cukup kuat dan ditendang kes itu. Pendakwa kita yang bangan lalu syorkan guna ISA, potong cepat dan ringkas.
    Pokoknya masalah negara selagi ditanggapi sebagai tidak adil oleh sesiapa saja baik orang FELDA, orang Asli/Orang Penang/Hindraf/ Cina/Melayu akan bangkit menyoal dalam pelbagai bentuk. mana -mana rejim di dunia meskipun pada zaman Pol Pot/Hitler/ Stalin/ Marcos/Suharto betapa kuku besinya pentadbiran mereka mesti ada golongan yang menentang, malah zaman nabi juga demikian. Itu pokoknya tiada keadilan walaupun disanggah telah diberi 'nikmat palsu ' kepada rakyat, rakyat tetap bangkit, macam dalam keluarga kita jika ditanggapi ada tidak keadilan dalam pembahagian harta emak bapa mesti ada anak-anak yang bangkit melawan kadang-kadang sampai putus saudara, bergaduh dan sebagainya.Adanya ISA boleh ada hadnya. Yang mahu dia sentiasa dapat lebih memang gemar dan cintakan ISA digunakan walaupun tujuan asal ISA adalah untuk menangani komunis, tak percaya baca Hansard atau memoir Tun Abdul Razak, orang Melayu memang malas membaca!

    ReplyDelete
  3. Masaalah perkauman lebih berbahaya dpd ancaman kominis. Walaupun PKM sudah tidak lagi aktif tetapi ideologi masih tersebar.
    DAP telah hantar rombongan jumpa Chin Peng di Selatan Thai.Apa maksud mereka?
    Org Melayu tak usah nak berlagak pandai.Jgn celik mata tapi buta hati.
    ISA masih diperlukan.
    USA negara demokrasi kononnya pun guna Patriot Act.
    Orang Melayu kena fikir sendiri bukan terima bulat2 cakap Nik Aziz dan DAP>

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.