Wednesday, November 3, 2010

Banjir buruk di Kedah, pengurusan bencana alam Kerajaan Kedah lembab

MR menerima panggilan semalam dan simpati dengan beberapa rakan di Kedah yang terlibat dengan bencana banjir yang dikira teruk selepas 2005. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terpaksa ditutup kerana limpahan air di sekeliling lapangan terbang tersebut.

UUM terpaksa menangguh upacara konvokesyen mereka kerana ramai kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam bencana ini.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah Kerajaan Kedah ternyata lembab di dalam tindakan menguruskan bencana alam. Muka-muka wakil rakyat dan pemimpin negeri yang ada seperti tiada.Kalau BN di bawah Syed Razak dahulu telah pun umumkan jumlah bantuan kepada mangsa tetapi Kerajaan Negeri hari ini masih bisu dan pekak.

“Tidak ada usaha-usaha untuk membantu mangsa-mangsa baik dari segi wang ringgit atau sehelai dua kain selimut” kata rakan yang menalefon MR.

“Depa dok bukut dalam selimut depa MR oooiiiiii....…” kata rakan itu lagi.

“Dulu semasa mereka menjadi pembangkang depa dok asyik kutuk kerajaan BN semasa bantuan Tsunami di Kota Kuala Muda, hari ini giliran mereka lagi teruk. Kalau pengundi atas pagar tidak buka mata lagi ternyata buta dan tulilah mereka” kata rakan MR.

Kesimpulan nya mengikut rakan-rakan MR di Kedah, pentadbiran Kerajaan Kedah tidak ada pengalaman dalam menguruskan bencana alam mereka hanya pandai berceramah dan bersyarah.

20 comments:

  1. ini semua mala petaka sebab orang pas yang memerintah. tuhan turunkan bala pada orang kedah sebab sokong pr. (ayat nie aku amik dari orang pr bila johor kene banjir dulu) sekarang nie amik ko................

    bukan nak padan kan orang tapi inilah kenyataan. aku berharap kerajaan kedah cepat lah bertindak kepada rakyat. jangan terlepas pandang sudahlah. kuasa di tangan sendiri, jadi bertindaklah.

    ReplyDelete
  2. saya nak tambak sikit.... ceramah, bersyarak dan MELALAK.

    ReplyDelete
  3. Mungkin depa buat kerja tapi tak menanti kehadiran para pemberita kut... Low profile la katakannn... Soklan lain yg harus ditanya, kenapa KERAjaan Pusat pun berdiam membisu? Adakah 100% t/jwp Kerajaan Kedah saja? Kedah ni di bawah Malaysia ke tidak?

    Mungkin jugak mereka tidak mahu mengganggu urusan menyelamat sbb tu tak turun padang lagi. Kalau dulu pemimpin um-NO sibuk turun padang sampai bot bomba dan penyelamat lain digunakan utk melawat mangsa sedangkan kerja menyelamat terganggu kerana kekurangan bot dll.

    Kedah berada di dalam negara Malaysia. Kalau bala menimpa Kedah bermakna bala juga menimpa Malaysia. Jgn lupa, siapa pemerintah Malaysia, melainkan Kedah ni sebuah negara berdaulat asing lor...

    Wakakakakakaka............

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Woooi..sakan hangpa kutuk MB cek..pikiaq la sikit..lagu mana orang tua tu nak pi tulong mangsa banjir..ayaq tinggi tuuu dia..nak randok tak lepaih..sat lagi kalu dia singsing kain pelikat nampak pala lutut..hangpa pakat kata dia bukak aurat. Apa nak gadoh..tu bukan bala cek ooii..tu takdir namanya..kena la redho..kan senang cherita..betui tak Mummy!

    ReplyDelete
  5. huh, banyaknya 'mungkin' cik kamal oiii.. agaknya buleh tak terima kenyataan yg kerajaan negeri lembab dan inefficient without pinting fingers kat orang lain?

    ooo cik adilla.. kalau jaman bn memerintah banjir tu bala.. jaman pas memerintah banjir tu takdir nooo... ayaq jugak kak oii, menyusahkan jugak.. punyalah bijak cek spin span spun spen..LOL

    mokmek

    ReplyDelete
  6. wahai mummyrokiah
    Banjir adalah kerja Allah mungkin balasan Allah akibat dari manusia menolak beriman kepadaNya. Ramai manusia pada hari ini kebendaan, bertuhankan manusia. Nah Allah bagi banjir semuanya kena baik orang beriman atau orang mungkar. Janganlah dok nak salahkan orang lain .Allah nak turunkan bala tak kira sapa yang perintah.mings

    ReplyDelete
  7. MR Allah turun bala tidak kira siapa yg memerintah. Allah turun bala kerana manusia tidak beriman kepada Allah. Masa la ni ramai manusia bertuhankan manusia dan kebendaan. Maksiat berleluasa, arak dijual dan diminum macam ayak sirap, judi dah dihalalkan, rasuah dah jadi biasa, pelacuran jadi punca cari makan,buang anak bersepah,zina dah jadi biasa dan banyak lagi kemungkaran yang mengundang bala Allah. La ni nah terima bala Allah kena pada semua yang beriman dan yang mungkar.Pada semua orang mhasabahlah diri.

    ReplyDelete
  8. Gua nak komen sikit je,,, gua pernah berkhidmat dalam gomen ni,,, dan gua juga pernah terlibat dalam hal hal kecemasan seperti banjir dan perkara perkara lain yg lebih parah,,,, bukan setakat Kerajaan Negeri kedah sahaja yg LOMBAB tetapi Kerajaan MALAYSIA keseluruhan nya amat amat LOMBAB,,,, jadi nya tak yah lah nak salah kan mana mana gomen dalam Malaysia ni,,, !!!

    ReplyDelete
  9. Aku pun perasan MB dan Exco mana pi pun tak tau. Tak nampak langsung kat media atau kat blog. Memang sah dok menyibuk kat Galas kot.

    Yang pasti, bil ayaq aku naik hampir 90%. Baru dapat 2-3 hari lepas. Semua gara-gara SADA (Sykt Air Dato Azizan).

    Mana pi janji Negeri Kebajikan? Yang ada cuma Negeri Kebanjingan !

    ReplyDelete
  10. MB kemarin aku nampak dia mai ke tempat penempatan...pastu aku tanya orang tau dak MB mai.bnyak xtau..rupanya xdak tv3,tu orang xtau

    ReplyDelete
  11. encik ahmad..

    mummy tu bukan salah kan buta2 je..point yg encik mummy bg adalah kenapa lembap! lembap dlm bg bantuan..jujur la encik ahmad ooiii..klau negeri ni bawah bn..dan bn buat benda yg sama..wah terloncat2 la encik ahmad kata bn x pandai perintah..bg la pr je..semua kan perfect..ni bila dah kena kat batang hidung sendiri mula lah..x pasal2 bg ceramah agama..

    encik mummy pon x kuar kan statement kata sbb pas lah kedah banjir..PERSOALANNYA..kena lembap nak bg bantuan..ada faham..

    agaknya klau yg kena tu salah satu nya rumah encik ahmad..rasanya x cukup tanah maki hamunnya

    ReplyDelete
  12. kerajaan pusat kan ada tabung bencana negara.nak tolong mangsa banjir pun dok politik jugak ka.bukankah rakyat didahulukan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat ialah kerajaan yg dipilih oleh rakyat.buat keja sudahlah dok hingaq buat apa.

    ReplyDelete
  13. tuhan dah bagi peringatan kenapa kita nak bertelagah lagi la ne sama - sama la kita tolong jangan harap ...yang tau asyik nak tuduh satu sama lain awat la bodoh sangat ... yang dok taksud kat parti buat pa kita bawah dok gaduh depa atas dok buat duit ... tu pon tak sedar ka ?

    ReplyDelete
  14. Yang lembab tu JKM bukan sapa-sapa.Kalau nak bantu bantulah secara ikhlas sama ada PAS ke UMNo ke PKR ke MIC ke MCA ke DAP ke dsb.Tak perlu dipolitikkan.Masa tak ada UMNO,PAS.PKR pun banjir.Ribut juga.Yang kalut ini orang politik pakat cari nama.Lepas itu balik senyap je.

    ReplyDelete
  15. pas ni celako.. bila bn perintah berlaku banjir mereka kata itu bala allah.. bila mereka perintah banjir itu ujuian tuhan.. apa ke sila meka semua ni..DAP tak pernah bantai MCA teruk2 macam PAS kepada UMNO...

    ReplyDelete
  16. slam semua/..
    mari la kitaberdoa agar kita dapat bersatu hati n menegakkan islam..yg mn buruk kite tegur yang mn baik kita buat iktibar..biar bamgsa lain dok mengata kita jangan biar org lain duk mengumpat kita jangan.

    ReplyDelete
  17. Salam Mummy,

    Ni..cek nak habaq mai kat Mokmek..skalipun cek ni oghang Umno..suka tak suka pun.. Ustaz Zizan tu tetap MB cek. Banjir tu kan temasuk kategori bencana alam..bukan bala..tapi ketentuan Allah. Memangla secara zahirnya menyusahkan..tapi yang menjadi bala adalah dengan adanya oghang kita hat yang masih nak berpolitik ketika sedara-mara kita kat Perlis, Kedah dan Kelantan tengah kalut hadapi bencana alam. Kalu betui ustaz Zizan tak pi tulong..haa bagiuh la..Mokmek dan orghang-orghang Umno kita kena la pi tulong. Baghu nampak jasa Umno ni. Kalu kita asyik dok main tembak dan serkap jarang..kalu buatnya Ustaz Zizan tu betui-betui ada pi tulong..kan dah backfire..tak pasai-pasai orang kata Umno kaki fitnah..cubalah pikiaq dengan matang cek oooii!!

    ReplyDelete
  18. TV3, RTM, Media Prima tak buat coverage jadi tak nampaklah bantuan tu datang. Sebabnya mungkin :
    1. Sibuk dengan PRK Galas & Batu Sapi
    2. Tak boleh bagi mileage kat PAS dan sewaktu dengannya
    3. Kena tunjuk UMNO/BN sajalah yang layak jadi `wira penyelamat bumi' di Malaysia ni
    Masa banjir teruk kat kampung saya dulu, pegawai-pegawai gomen sibuk kat Bilik Gerakan Banjir, orang-orang UMNO sibuk bila ada menteri datang melawat. Kat pusat-pusat pemindahan AJK PIBG dan guru-guru yang bertungkus lumus 24 jam tolong mangsa-mangsa banjir. Ahli-ahli PAS yang mula-mula hantar bantuan makanan dan keperluan sebaik pusatpemindahan dibuka. Saya dan isteri pergi Bilik Gerakan Banjir bagi tau petugas tak da sapa orang gomen datang tengok. Tapi pegawai tu terkejut sebab tak tau ada pusat pemindahan di sekolah yang kami maksudkan!
    Jadi dalam hal ni ada juga faktor:
    1. Orang politik dan orang gomen masing-masing ada agenda
    2. parti-parti politik lebih utamakan title dan mileage
    3. Yang jadi mangsa dalam apa jua keadaan tetap rakyat jelata yang dah dibodohkan oleh orang politik sejak Tanah Melayu ni merdeka
    Jadi tak payahlah bising2 sapa salah. Lain kali buat rumah kat tempat tinggi. Nasib baiklah kat Malaysia ni tak ada gunung berapi, kalau tak semua sekali rentung macam kambing kat indon tu!

    ReplyDelete
  19. Masa banjir besar di daerah sekitar Johor, saya turut terlibat dalam menghulurkan bantuan.
    Jadi senario Johor dengan Kedah sama sahaja. Bencana alam tidak kenal negeri di bawah PAS ke BN ke..kalau nak banjir...Bangkok pun banjir..nak salahkan kerajaan Thai pulak ke.
    Ok tentang political mileage, memanglah, setiap parti politik sedaya upaya cuba mendapatkan coverage..tapi orang tempatan yang tau siapa yang benar-benar menolong dengan ikhlas.
    Adakalanya heboh, riuh pakat pegang penyapu, bila menteri, exco datang menjenguk, siap ada press, tapi bila media dah balik.
    Yg terkangkang org kampung dan orng yg memang nak tolong.
    Saya tak suka nak kondem sapa2 tapi apa yg berlaku depan mata semasa banjir besar di Johor cukuplah sebagai iktibar.
    Keikhlasan membantu bukan ukuran sebanyak mana coverage media, tetapi seramai mana org kampung yang berjaya dibantu.
    Hijau ke biru ke..kadang2 alpa dengan percikan kamera. Cuma mereka yg dekat dengan rakyat, dapat membantu.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum semua
    SALAM 1 BANJIR.....
    x yah la kita tuduh menuduh antara satu sama lain.yang penting ikhlas dan jujur.Pakatan Rakyat kalau ada radio dan tv sendiri barulah nampak depa wat kerja.Kerajaan Malaysia besar, ada tv radio...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.