Sunday, November 7, 2010

Kerajaan Kedah gagal tangani banjir besar di Kedah

MR turun ke Kedah selama 3 hari. Banjir seperti laut. Semalam langit cerah ini bukan jaminan banjir akan surut. Almari-almari baju dan perabut rumah buatan fiber board kembang seperti biskut Marry direndam kopi “o”. Baju-baju masam terendam air. Anak-anak lompat-lompat sorak suka bermain air seperti Sunway Lagoon.

Dibawa memantau sana-sini ternyata PAP (pengundi atas pagar) begitu angin dengan Kerajaan Negeri, ayahanda Ustaz Azizan kerana lambat bertindak hanya banyak kenyataan-kenyataan politik.

Kewibawaan sesebuah Kerajaan yang sebenarnya bukan harus dinilai dari segi pandai bermain politik atau memenangi pilihanraya sahaja tetapi nilaian yang sebenarnya ialah bagaimana mereka menguruskan insiden-insiden bencana alam sebegini. Bagaimana sistem pengurusan bencana disusun supaya tidak bercempera dan lintang pukang.

Semalam Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dukacita dengan nasib rakyat negeri itu yang dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah dan meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik bagi membantu mangsa menghadapi bencana itu.

Baginda berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, korporat serta individu agar menyampaikan bantuan dalam apa jua bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa.

Mesej yang tersirat harus difahami secara menadalam oleh Kerajaan Negeri supaya tidak asyik menjaga pengundi mereka sahaja kerana mereka sekarang memerintah Kedah bukannya memerintah parti PAS sahaja.

Hakikatnya PAP harus menilai kewibawaan dan kelayakan PAS memerintah Kedah. Apakah mereka layak?

10 comments:

  1. yang tersurat...kita nampak sejelasnya....yang tersirat...tiada siapa yang tahu kan mummy... :)

    ReplyDelete
  2. aik mummy..tukaq sora la ni? awat? dah ter "sedak" ka? pi tulung gerak ostad hang tu..rumah dah banjir baru terhegeh2 nk buat meeting..apa punya tur

    ReplyDelete
  3. apa la nk susah aih...pakat2 pi buat khemah depan ghumah sotad azizan,kita bawa semua anak bini dok depan kediaman dia.
    time dia makan kita pakat2 pi makan.
    apa salah kita menumpang sehari dua atau seminggu dua.
    bukankah dia menteri besaq kita.
    kita yang pilih dia dulu.
    kalo dia tak bantu kita nak harap sapa lagi.
    tak kan ni pun salah kot,dia tak gamak aih nak pangge polis mai tangkap kita.
    kita cuma menumpang kerajaan yang kita pilih.
    nak tunggu wakil2 rakyat kita mai jumpa bagi bantuan mungkin lambat atau tak dak langsung.
    pasai kita ramai,jadi elok kita yang pi jumpa depa.
    kalo habih pun duit depa apa salahnya,depa wakil yang kita pilih untuk membela kita.
    duit depa banyak,kita tumpang pun sehari dua saja.
    belum ada orang yg jadi papa kedana selepas menjadi wakil rakyat aihhh...
    sebelum jadi w/rakyat dia miskin,lepas jadi w/rakyat dia jadi kayaraya memang ramai.
    sebelum jadi w/rakyat dia memang kaya dah,tapi lepaih jadi w/rakyat dia bertambah-tambah kaya berkenjah(ramai sangat la tu..)
    tetapi....MASA DIA BELUM JADI W/RAKYAT DIA KAYA,SELEPAS DIA JADI W/RAKYAT HARTA HABIH,HIDUP PAPA KEDANA...ADA KA KAT MALAYSIA NI?????.

    ReplyDelete
  4. krjn PAS bukan tuhan...tajuk art. ni langsung tak kena..pikir la sikit,jgn pk gune pale lutut je..

    ReplyDelete
  5. Mummy,
    Adalah tidak adil mummy tuduh bukan-bukan kpd Uztas Azizzn dan anggota exconya.Banjir yang berlaku kali ini luar biasa dan amat mengejutkan.Kawasan rumah saya di Bakar bata di tepi sungai kawasan ini tidak pernah jatuh ke tangan lawan sejak PU pertama lagi. Kami semua sokong tidak berrbelah bagi kepada UMNo/BN dan ADUN kami ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahamd Basah, sehingga jama 2 petang hari ini &/11/10 tidak namapak pun kelibat beliau dan pemimpin UMNO/Bn. Orang Pas jangan cakaplah kerana ini bukan kawasan mereka, Kami penduduk Lorong Wat Siam, Lorong Keleompang, Lorong Liku, Lorong Sena, tidal dapat pembelaan daripada mana-mana pihak tetapi tetap bersyukur kerana kami masih hidup dan rumah-rumah kami belum lagi dihanyut air. Sungguhpun banyak barangan letrik dan perkakasan rumah rosak kami tetap teguh dengan dugaan ini. Sebagai manusia kita jangan sangat berharap kepada "pertolongan politik" jika kena guna akal fikiran dalam mengatasi masalah berhadapan. Orang politik hanya pandai bercakap saja Datuk Ahmad Basah tidak kurang malah lebih daripada uztas Azizan. Dekat PU baru nampak muka. Apa yang penting sekarang bukan tuduh menuduh, tetapi masi kita sama fikir macam untuk mengelak agar seperti ini tidak berulang dan jika ia datang lagi macamana untuk mengatsinya. Dalam pengurusan krisis kita patut elak berlakunya krisis dan mengatsinya bila ia berlaku juga. Menunding jari, tuduh menuduh dan mengelak hakikat tidak dapat mengatsi masalah malah menimbulkan lagi banyak masalah.

    Wakil pendudk Bakar Bata

    ReplyDelete
  6. Banjir kali ini luar biasa, sekalipun BN memerintah tak mungkin boleh bertindak menangani seperti yang dikehendakki.Kalu BN memerintah nanti banyak foto ahli Parlimen mereka termasuk Najib akan turun ke padang mendukung bayi kecil atau mengangkat orang tua yang sangat uzur( kerja itu sepatutnya dibuat oleh tim penyelamat) untuk menipu rakyat yang kononnya mereka sungguh mesra rakyat, apa yang lebih penting ialah perbetulkan semua sistem(longkang, perparitan) aliran air hujan yang turun di Kedah tidak akan dilaksanakan melainkan berdoa banjir berskala besar tidak turun selalu kerana wang peruntukan untuk itu mungkin tidak memadai atau wang itu disalurka ke poket lain. Parti pemerintah, ingat bukan PAS tetapi PR tidak sepenuhnya mendapat dana dari Pusat tetapi akan dipersalahkan sepenuhnya kerana baru dua tahun jagung memerintah sedangkan 53 tahun pemerintahan UMNO/BN masih tidak upaya menyelesaikan masalah alam sekitar ini. Masalah banjir besar boleh melanda negeri pemerintahan BN/UMNO, tak tahu bila jika terjadi boleh kita guna alasan yang sama terhadap apa yang terjadi di KEDAH? Tak dengar pula penanganan banjir di negeri BN/UMNO di PERLIS?

    ReplyDelete
  7. Sekarang budak-budak PAS barulah tahu tinggi rendah bila jadi kerajaan.Dulu sedap tembak sana sini.Tuding jari pada orang lain.Mana pergi kerbau-kerbau PAS yang menyalak kuat sana sini.Kenapa jadi bodo macam kena serang demam.Lebai minyak nyok dah kata dulu hari hampa kondem orang.Hari gilir orang pula kondem hampa.Agaknya lepas barulah budak-budak PAS tahu macamana jadi kerajaan.Ini baru banjir sebelah utara sahaja.Kalau seluroh Kedah aku ingat puak-puak PAS lari malam.Cuma aku nampak waktu ini jugalah UMNO pun ambil kesempatan politik.Budak-budak umno pun satu hal juga jangan lagak ego sangat bial boleh sampai bantuan pada mangsa banjir.Aku berkesempatan satu dua tempat.Budak-budak umno pun ambil kesempatan dari mangsa banjir cari nama dan kepentingan diri sendiri.Aku senyum sahajalah.Maka ramailah berkata itu semua bukan duit poket depa.Semua itu wang rakyat.Begitulah hebat politik dan suasana banjir diKedah.PAS disatu pehak.UMNO pula disatu pehak.Mangsa banjir berada ditengah-tengah tersepit.Dua dalam satu.

    ReplyDelete
  8. MR dan semua anon..
    anda yang tak pernah kena banjir besar macam ni jangan kuat sangat cakap..kalau kena sekali baru tau langit tinggi rendah..habis semua anda akan maki hamun..banjir kat kedah lebih dasyat dari banjir Kota Tinggi 2007..orang politik hanya datang melawat..yang buat kerja sebanarnya Bomba dan Penyelamat, tentera, polis, PBT, JKR, Pertahanan Awam. Selama ni kamu semua hidup senang lenang dan selesa, kali ni kena uji dengan air yang melimpah ruah, kamu lepas geram kat MB la, kat PAS la, kat sapa-sapa lagi la..jelaslah orang Melayu tak pernah bersedia untuk menghadapi musibah sebesar ni..kalau kena bom hari-hari macam kat Palestin tu kat sapa kamu nak menyalak..sekarang masa untuk mengurangkan bebanan dan tekanan, bukan menambah lagi..nanti dah tak da sapa kamu nak marah, last sekali marahlah kat Allah S.W.T yang turunkan hujan dan air!

    ReplyDelete
  9. Sala Mummy,

    Tu laa cek dah habaq dah. La ni kita toksahlah nak berkira parti mana yang perintah. Masalahnya mangsa-mangsa banjir tu bukan orang lain..sedara mara, kawan-kawan sepermainan, oghang kampung dan yang penting rakyat kita jugak..ni masalah kemanusiaan..kalo Acheh dulu kena tsunami kita hingaq sana sini bagi bantuan..pasai apa oghang yang duduk dalam satu negara kita buat tak tau. Awat..time cam ni pun nak ikut parti ka? Akai mana letak cek oooii!!

    ReplyDelete
  10. Cerita bab banjir ini tak habis setakat ini sahaja.Mula-mula kes bantuan makanan dan tempat tumpangan masa banjir.Selesai air surut depa pun balik rumah masing-masing cerita lain pula.Bila kerajaan janji nak bagi bantuan itu dan ini pada mangsa banjir maka isu pun makin serabut.Mula pakat terkam tuntut bantuan pula.Kemudian ada yang dapat dan ada yang tak dapat.Ada pula yang patut dapat tak dapat.Manakala yang tak patut dapat dia dapat pula dengan muslihatnya helahnya.Semua orang termasuk pemimpin politik khasnya kenalah tunaikan janji ini dengan penoh keadilan dan saksama.Pengalaman kes banjir yang lalu perlu jadi pengajaran.Berhati-hati semua pihak jangan begitu ghairah dan seronok buat janji.Sebenarnya kita akan pening kepala bila nak melaksanakan nya nanti.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.