Apabila berlaku isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) masing-masing di kalangan masyarakat Islam melenting menyalahkan istitusi-institusi yang melaksanakan hukum Islam seperti Jabatan Zakat, Baitumal malah Jabatan Agama Islam.
Isu yang sebenar tidak kita ‘address’ sebaliknya kita melalut menyalahkan pihak-pihak kita sendiri dan inilah yang ingin dilihat hasilnya oleh gerakan anti Islam.
Kita sesama kita sudah mula menuding jari dan mempersoalkan integriti jabatan-jabatan ini. Sesungguhnya perbalahan dalaman seperti ini adalah tidak sihat dan dibimbangi kelak akan menjadi "out of proportion".
Inilah yang sebenarnya hasil yang ingin diraih oleh golongan anti Islam ini. Mereka bertepuk sorak melihat gelagat kita.
Dalam hal ini juga jangan sesekali tunduk dan dipoliskan dengan agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Pew Research Centre dengan lapuran mereka:
“The government of Malaysia imposes “very high” restrictions on religion, an influential United States research group said yesterday.
The Pew Research Center’s Forum on Religion and Public Life said that it was among 10 countries out of 198 studied with very high government restrictions as of mid-2009 including Egypt, Iran, China, Myanmar and Indonesia.
Other regional neighbours such as Thailand and Singapore were rated moderate in the report while Philippines was considered to have low government restrictions on religious freedom.
“Government restrictions also increased substantially in Malaysia, which, like Egypt, already had very high restrictions to begin with. Although the country’s constitution recognises freedom of religion, Malaysia restricts the observance of Islamic beliefs and practices that do not conform to Sunni Islam,” its report titled “Rising Restrictions on Religion” said.
Apa perlu kita tunduk dengan ‘rating agency’ sebegini jika AQIDAH umat Islam kita diganggu. Persediaan kita untuk menjawab bukan kepada rating agensi ini tetapi kepada Allah SWT.
Berhubung isu siasatan JAIS, Jais seharusnya diberi masa secukupnya untuk mengemukakan lapuran mereka, jangan didesak dan diasak oleh sesiapa dengan tekanan yang tidak munasabah.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerajaan negeri difahamkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 individu Islam yang menyertai upacara 'Thanksgiving' di DUMC kerana telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing.
Mana mungkin puak yang 12 orang ini muncul memberi keterangan kerana implikasinya jika mereka didapati salah, apakah hukum orang yang murtad?
Mereka akan dilindungi dan peguam-peguam hebat mereka akan membela habis-habisan dan mahkamah akan digunakan sebagai pentas untuk menghina umat Islam.
Konklusinya, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam kita hanya menjawab kepada Allah SWT.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Kerajaan mengambil berat nak mempertahankan martabat, maruah agama, tidak boleh dipersenda-sendakan walaupun tidak dipersendakan, begitu kuat komitmen kerajaan asalkan rencana nak meningkatkan kuasa pembeli(purchasing power) rakyatnya tidak dipersoalkan. Rakyat Malaysia khususnya isi rumah majoriti orang Melayu Islam adalah golongan yang paling miskin kerana hampir 80% daripada penduduk Malaysia berpendapatan dalam lingkungan RM 1,000 sebulan. Projek nak membela golongan ini telah tiris dan golongan ini masih bergelut untuk hidup selesa lebih untuk memperjuangkan kesucian agama atau mereka akan diselewengkan/disewelkan dengan agama lain. Projek nak menyelamatkan mereka daripada dimurtadkan bagaikan nak membela mereka. Masyarakat Melayu Islam majoriti masih dalam kelompok miskin jika mengikut kriteria moden. Mereka dilanda globalisasi yang dibawa oleh enjin kapitalisme, dimanupilasi oleh pemimpin dan di'tipu' oleh pemimpin mereka nak membela nasib sosio-ekonomi mereka walaupun dah setengah abad merdeka. Mereka jatuh bangan kerana nak nampak lagi yang segeklintir Melayu yang hidup super kaya raya. Jadi pemimpin nak orang Melayu majoriti hidup bermartabat dan bermaruah dari segi agama, banyak ingat Tuhan, banyak bertaubat, banyak berwirid dan banyak buat ibadah ritual bukan ibadat sosial, tapi hidup miskin dari segi sosio-ekonomi. Begitulah nasib Bani Melayu kita dibawah UBN.
ReplyDeletepada saya perkara ini sudah berlaku lama spt yg mufti perak pernah sebutkan lama dulu - dan juga akan terbiar sahaja... sudah sampai masanya raja menegaskan pendirian.
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteTOLAK TEPI POLITIK ! AKIDAH MUSLIMIN PERLU DIJAGA
apa yg terperangkap nya plak... senang jer sifir nya... kalau sesuatu perkara tu berpotensi utk merosakkan Pakatan Rakyat 99% itu direncana oleh amno laknatullah... sebab perangai amno laknat ni lebih-kurang Yahudi yg memusuhi Islam juga. Cuma kita kena observe dulu sebelum melatah... kalau yahudi itu paksi kejahatan dunia... amno ini adalah paksi kejahatan di negara sendiri...
ReplyDeleteDipersilakan mampir ke blog saya yang ada menyentuh sedikit sebanyak perkara ini secara parodi.
ReplyDeletehttp://platoinparody.blogspot.com
Suman Sumbing
Itulah puncanya
ReplyDeleteMelayu UMNO kata dia yg btull..
Melayu PAS kata dia yg betul
Melayu PKR kata dia yg berul.
Melayu DAP kata dia yg berul.
Bila sampai isu orang melayu miskin kena gereja beri bantuan dah mula kelamkabut.
Puncanya:
UMNO jual melayu
PAS jual/gadai islam
PKR lelong melayu islam
DAP jual/beli malayu dan islam.
Sebab itu ma;ayu jadi begitu.Melayu sedang gila kuasa.
Tak mau bersatu.Yang tak pakai serban pun serupa.Yang pakai serban pun serupa.Gila kuasa.Akhirnya Melayu jadi merana.Mereka yg bergaduh gila kuasa hidup rumah besar,senang lenang duit ringgit limpah ruah.
Melayu miskin juga jadi mangsa.
Hamba Allah