Blog MR akan memperkenalkan ‘EDISI RAKYAT FED UP!’ di mana posting di dalam kategori ini akan mengupas isu-isu yang menyebabkan rakyat kecewa berpunca dari dasar-dasar Kerajaan yang memerintah baik dari Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Baik dari Kerajaan UMNO/ BN atau Kerajaan PR.
Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka FED UP dan menghilangkan sokongan kepada mana-mana parti politik dalam PRU13 yang akan datang.
Seringkali isu dasar ini tidak ditangani dengan cermat dan berlarutan terlalu lama.
Posting sulong EDISI RAKYAT FED UP! ingin mengutarakan isu ura-ura tindakan untuk mogok oleh Persekutuan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Malaysia akibat dari dasar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)di mana bas sekolah yang berusia 30 tahun ke atas tidak akan diberi permit operasi lagi.
Dijangkakan lebih dari 60% dari 25,000 operator Bas Sekolah akan terjejas atas alasan mereka tidak mampu membeli bas baru kerana caj pengangkutan kepada waris terlalu minima.
Jika isu ini tidak ditangani dengan cermat anak-anak kesayangan rakyat akan terjejas dan rakyat akan menghamput dasar ini tetapi dalam masa yang sama ada juga rakyat yang akan menyokong kerana tidak mahu anak-anak mereka diangkut dengan bas-bas yang buruk.
Bayangkan jika berlaku mogok ini berapa ramai anak-anak rakyat akan terjejas dan tersadai pagi-pagi buta di tepi-tepi jalan dan lewat ke sekolah sambil memaki hamun kerajaan.
Rumusannya dasar-dasar yang menyentuh jiwa rakyat seharusnya ditangani dengan cermat.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
i follow!aku sokong.makn lama ,mkn meluat2.
ReplyDeleteaku sokong 2000 persen.makn lama,makin meluat2 dgn kerenah yg bukan2.
ReplyDeleteAssalam Bro
ReplyDeleteIni lagi satu hal... sepatutnya kerajaan bukan aje mengeluarkan peraturan baru sesuka hati... Pemandu bas sekolah ni bukannya orang senang... Kerajaan kenalah bantu terutama kepada mereka yang memerlukan sumber kewangan untuk membeli bas2 baru... Kalau pemandu teksi boleh dibantu, kenapa tidak mereka... Siapa punya kerja tu?
Kalau 60% pengusaha bas2 sekolah akan terjejas, bayangkan beban kepada ibu-bapa yang terlalu bergatung pada perkhidmatan ini. Apa salahnya kalau pihak berwajib mengambil penyelesaian mengambil kira beban kepada operator, tetapi membantu mereka mendapatkan bas2 baru with soft financing. Bank SME, DRB berkerjasama ke. DRB diberi mandat membekal kesemua bas2 baru misalnya. Service sektor ini yang sangat diperlukan, mungkin win-win situation... cadangan sahaja. Mungkin ada cadangan2 yang lebih baik lagi. Yang pentingnya, ibu-bapa tidak dibebankan, dan pengusaha bas2 sekolah tidak rugi, betul tak puan MR ?
ReplyDeletebas buruk tolak saja ketepi, panggil bas-bas baru sja utk berkhidmat untuk pengangkutan sekolah,meluat dah bagi peluang bnyk sgt dah pd depa ni, suruh depa semua boikot, dok tgu apa lagi................
ReplyDeleteHello..bro
ReplyDeletenak I punya comment...
http://urlshred.com/I6Ob
Betullah Mummy. Ni yang I cuba nak tonjolkan dalam artikel disini. Pendek kata, kadang-kadang kerajaan membuat sesuatu yang harm the rakyat, semata-mata opposition yang take the other stand. Alangkah bagusnya instead kerajaan digambarkan seperti pejuang rakyat, bukannya pemberi sakit rakyat.
ReplyDeleteDan pihak Pakatan jangan pulak nak perasan bagus. You people are worse. Tengok saja slogan "1Malaysia" diharamkan di Selangor. Bukan sebab ianya tak bagus, tetapi sebabnya ia dibawa oleh Kerajaan, jadi terpaksalah oppose. Nak tengok Kalid gagap replace "1Malaysia" dengan "Malaysian Malaysia" sebagai motto negeri Selangor. Ada berani kaaa?
Suman
Hapuskan DUTI IMPORT utk BAS 7 meter..
ReplyDeleteWujudkan dana@kemudahan loan untuk Pengusaha BAS untuk beli BAS baru pada interest 2%..
Memang kita nak jaga keselamatan anak-anak tetapi bagi la solution kepada Pengusaha BAS,ini terus buat kenyataan begitu, mereka pun nak cari makan,mereka pun memberi perkhidmatan kepada kita..
Baru la boleh halang BAS 30 tahun dari beroperasi..
Ini tidak buat keputusan dan peraturan BODOH tapi tak bagi JALAN PENYELESAIAN..
bro,tujuan tersirat ialah pengusaha bas sekolah kecil2an ini akan tersepit dan terpaksa mengambil pinjaman yang diuruskan syarikat2 konsortium.
ReplyDeletetiada lagi permit individu.macam kes permit teksi..
ala macam tak biasa kena..rakyat didahulukan kan?
kena dulu..
elok juga bas buruk jangan dibenarkan bawa penumpang sebab bahaya termasuk budak sekolah.Kalau dibiarkan maka banyak lah kenderaan buruk atas jalan raya dan lebub raya.Kerajaan juga janganlah zalim sangat dengan memberi pengecualian cukai import yang terbaik.Cukai jalan yang rendah.MEMANG pas/PKR Akan kesempatan isu ini.Itulah modal mereka apa sahaja yg menguntungkan mereka.
ReplyDeletebukan mcm ni pun nak tukaq kerajaan.
ReplyDeletehttp://nov.io/5goupT
A. KOS OPERASI SEBUAH BAS SEKOLAH
ReplyDelete1. Kos Tahunan:
a). Cukai Jalan - RM 2.00 setahun
b). Insurance - RM 1800.00 setahun
c). Pemeriksaan Puspakom - RM 110.00 setahun
d). Lesen Memandu Pemandu - RM 30 x 2 = RM60 setahun
( 2 Orang )
e). Lesen PSV Pemandu - RM 30 x 2 = RM60 setahun
( 2 Orang )
f). Pemeriksaan Kesihatan - RM 30 x 2 = RM60 setahun
Pemandu ( 2 Orang )
g). Lesen ( Permit ) - RM 50.00 satu tanpa mengira tempoh
h). Daftar perniagaan - RM 30.00 setahun -
Jumlah RM2,172.00 setahun
Jumlah Kos tahunan di bahagikan kepada Pendapatan 10 bulan setahun
* Kos Tetap Tahunan setiap bulan = RM 217.20 sebulan
2. BAYARAN KEPADA BANK / FINANCE / SYKT. KREDIT
Sebuah bas Terpakai 44 tempat duduk berusia 10 tahun.
a. Harga Bas - RM 50,000.00
b. Pinjaman - RM 35,000.00
c. Faedah Pinjaman - 10 % setahun = RM 3500.00 setahun
d. Tempoh Pinjaman - 3 tahun
e. Bayaran bulanan = RM 35,000.00 + ( RM 3500.00 x 3 tahun )
( 36 bulan ) 36 bulan
= RM 45,500.00
36 bulan
= RM 1263.89 /bulan
f. * Bayaran bulanan setahun di bahagi 10 bulan = RM 1263.89 x 12 bulan
10 bulan
= RM 15, 166.68
10 bulan
Ansuran Bulanan kepada Sykt. Kewangan = RM 1,516.68 sebulan
3. Kos Bulanan:
a. Ansuran Bayaran kepada Sykt Kewangan - RM 1,516.66 sebulan
b. Gaji Pemandu - RM 1,200.00
c. Minyak Diesel
(74 liter/hari x 22 hari) @ (RM1.48/liter) - RM 2,409.44
d. Minyak Engin/Filter - RM 180.00
e. Tayar - RM 400.00
f. Penyelenggaraan - RM 400.00
g. Pengurusan Pejabat - RM 900.00
h. Gaji Pengurus - RM 1,600.00
i. Lain-lain - RM 200.00
JUMLAH KOS BULANAN = RM 8,806.10
Jumlah Kos Sebulan = Kos Tetap Tahunan Setelah Di Bahagi 10 bulan
+ Kos Bulanan
= RM 217.20 + RM 8,806.10
= RM 9,023.30 sebulan
B. PENDAPATAN SEBUAH BAS SEKOLAH
Pendapatan Bas Sekolah hanya boleh dikira 10 bulan kerana Hanya seminggu hari persekolahan pada setiap bulan November dan Ramai murid yang tidak Hadir kesekolah kerana tidak ada sebarang aktiviti berfaedah yang dijalankan kerana peperiksaan akhir tahun telah dijalankan pada akhir bulan Oktober.
Sementara pada bulan Disember tiada hari persekolahan wajib , maka tiada perkhidmatan Bas dijalankan maka tiada bayaran di kenakan.
Walaubagaimanapun kos operasi tetap 12 bulan.
Kadar Tambang 1 hb. Ogos 2009 = RM27.43 @ 1 km pertama/sebahagian
RM2.02 @ setiap km berikutnya/sebahagian
Contoh Pendapatan sebuah bas sekolah:
a. Bas - 44 tempat duduk / 66 murid-murid
b. Jarak dari rumah ke sekolah = 6km pergi + 4km balik
= 10km
= RM27.43 + (RM 2.02 x 9 km)
= RM27.43 + RM 18.18
= RM 45.61 seorang
c. Trip -- Pagi - 1 trip x 66 murid = 66 orang murid
-- Petang - 2 trip x 44 murid = 88 orang murid
Jumlah Murid = 154 orang
d. Jumlah Pendapatan = 154 orang murid x RM 45.61 seorang
= RM 7023.94 sebulan
Pendapatan Bersih = Jumlan Pendapatan - Kos Sebenar sebulan
= RM 7023.94 - RM 9023.30
Pendapatan Bersih = - RM 1999.42
Dengan mempunyai 154 orang murid pun pihak pengusaha bas telah mengalami kerugian setiap bulan sebanyak RM 1999.42