Perlaksanaan dan pengurusan dalaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)di dalam menangani isu permit teksi kepada orang-orang Melayu khasnya terdapat banyak ruang-ruang lompang yang menyentuh hak orang-orang Melayu.
Pendekatan yang konon ingin meliberalisasikan permit-permit Bas,Lori dan Teksi telah mengorbankan banyak permit-permit hak orang Melayu.
Termaktub di antara Hak-Hak Orang Melayu Perkara 4: "Bantuan Ekonomi : Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain".
Pegawai-pegawai muda yang diambil menerajui SPAD langsung tidak mempunyai "wisdom" dan meletak wang ringgit sebagai KPI atau index utama prestasi mereka.
Pegawai-pegawai eksekutif yang bergaji lumayan hanya pandai 'mathematic' bercongak di atas kertas tanpa memahami jiwa, perasaan dan sanubari pengundi-pengundi di bawah.
Mereka seharusnya mengkaji dengan mendalam bagaimana sejarah pengagihan permit-permit teksi dan kereta sewa ini kepada kaum Bumiputera sejak dari zaman Tun Razak lagi.
Hari ini Anwar Ibrahim telah mengekploitasikan isu ini dan jika SPAD dan Syed Hamid tidak segera turun padang dan menanganinya maka kedudukan politik DS Najib akan senget sebelah dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.
Kuala Lumpur - Pembangkang tidak seharusnya menggunakan isu pengangkutan awam dan pemandu teksi sebagai modal politik untuk meraih sokongan kerana ia melibatkan kepentingan awam.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan pembangkang menggunakan isu yang dibangkitkan persatuan pemandu teksi untuk menghentam kerajaan tidak menguntungkan pihak berkenaan.
"Pengangkutan awam adalah isu kepentingan orang ramai, bukan isu untuk meraih kepentingan politik. Kerajaan mahu beri yang terbaik kepada industri pengangkutan awam di negara ini.
"Kita tidak wajar menjadikannya satu modal politik untuk hentam kerajaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata demikan sebagai mengulas mengenai langkah pembangkang mengadakan pertemuan bersama persatuan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor pada Ahad.
Menerusi pertemuan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan untuk sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat sekiranya kumpulan berkenaan membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
Mengulas mengenai isu itu, Syed Hamid berkata, pengusaha teksi dan pengangkutan awam darat lain seharusnya tampil ke suruhanjaya berkenaan bagi mengutarakan masalah yang dihadapi untuk diselesaikan.
"Saya mahu kita lihat pengangkutan awam sebagai isu kepentingan awam. Tanggungjawab kerajaan ialah untuk menentukan perkhidmatan pengangkutan awam efisyen di negara ini.
"Kalau ada masalah kita sentiasa terbuka, datang dan bertemu kita. kita bersedia untuk bertemu," katanya.
Sementara itu katanya, SPAD turut merancang mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi berkenaan bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi. (Sumber - mStar online)
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Maaf cakap..saya pernah deal dgn pegawai SPAD (Jurutera Mekanikal). Saya pun mechanical engineer jugak, tp di swasta la..sy perhatikan engineer di SPAD ni mcm org bodoh, byk perkara teknikal x tau..tu pasal la buat dasar pun macam haram..sedarlah pegawai2 hampah SPAD, awk tu keje di Suruhanjaya, buatlah keje proper sikit..kepada pengurusan tertinggi SPAD, itulah balasannya bila panggil temuduga calon, amek sedara mara..rupanya semuanya hampas..padan muka!
ReplyDeleteYang untung toke teksi.Yang susah drebar teksi.Sampai kiamat pun pemandu teksi hidup sengsara.Aku sokong juga pembangkang ambil alih isu ini.Harap kerajaan buat dasar yang meyusahkan pemandu teksi.
ReplyDeleteMR, sudah la permit judi dan arak diberi pada kaum lain, ini permit teksi pun nak dibuka juga.
ReplyDeleteLama kelamaan Melayu akan terlanjang bulat demonstrasi di tengah jalan kerana sudah tidak apa lagi pada Melayu.
Melayu jadi layu.
Dulu Syed Hamid Albar tidak cekap/kompeten sebagai Menteri Dalam Negeri kini jadi orang kuat SPAD pula?
ReplyDeleteSoalanya kenapa beri banyak lesen kepada segelintir elit UMNO/BN dan menyewakannya kepada drebar lain? Bayangkan betapa keuntungan yang dikaut oleh elit ini. Sejumlah 30 juta pelanggan guna teksi KLIA setahun, apa kat keuntungan ini diberikan kepada sebanyak mungkin drebar teksi yang mempunyai lesen sendir. Mereka tak perlu sewa bayar itu dan ini sebelum boleh bertugas akdakalanya selama 10 jam! Mereka susah pada mula tapi akansenang kemudia.
Kita pakai ajaran oleh pemimpin Madey/Pak Lah Tidur dan suami Rosmah Mansur yang semuanya mahu segelintir kaut sebanyak mungkin keuntungan bagaikan makan atas angin dan membuat majoriti susah nak cari makan.
Masalah di Sarawak bukan permit tapi guna lambang Taxi executive sedang Boot (counter) di Lapangan Terbang Kuching lesen Kereta Sewa. Persatuan teksi kuching dah buat report dgn LPKP/JPJ dan lesen dagangan tidak ada tindakan. Ini apa kerja tidurkah? atau ada syer di dlm syarikat RJ itu.
ReplyDeleteRamai tak yg tak paham dgn kerajaan hari ini.Punyalah nak buat perubahan sampai rakyat pun tak paham.Sudahlah perubahan yg meyusahkan rakyat yang memang sedia ada dalam kesusahan dan kepayahan.
ReplyDeleteInilah yg faktor yg rakyat marah dan anti kerajaan.Kerajaan mana .Tak lain tak bukan BN lah...
Salam Mummy,
ReplyDeleteSlamat berposa kepada Mummy dan suma rakan-rakan. Ni bulan posa ni cek rasa tak brapa syok kalu nak belasah orang..kuruih pahala..tapi berkenaan isu SPAD ni takleh kita pandang ringan..jangan la keluaq mulut boya masuk mulut rimau..cuma cek nak tanya sikit..tak kira apa yang PM bagi nama.. NKRA ka..ETP ka..KPI ka..result takdak yang meletop-letop..tu belum tengok Pak Derih Jala dan Koh Tsu Koon..suma buat keja on paper..rakyat marhein masih di takuk lama..makin susah ada..lagi dekat nak PRU..lagi banyak BN bagi peluru kat PR..payah-payah bagi je suma seat BN kat PR..Dato'-Dato', Tan Sri-Tan Sri ambek jer pencen..kerja pun nambahkan marah orang jer.
mula2 lpkp lepas tu spad lepas i tak atu la apa bende lagi...spad dgn lpkp pun sama ajer...takde apa2 yg boleh dibanggakan.....
ReplyDeleteDah 50 tahun lebih dah MERDEKA... yang di laung2kan DEB..DEB..DEB..! DEB utk bumiputra...tapi..di mana bumiputra sekarang nie..? Macam sampah..! sapa yg buat semua ni..? Bumiputra juga..!
ReplyDeleteBila rakyat bersuara menentang tindak tanduk kerajaan..Dah di kata ada fahaman komunis lak menular..! pulak dah..! Habih tu macam mana..?hahaha..
Semua toke permit teksi ialah puak kroni yg ada kaitan orang UMNO.Ini cerita drebar teksi.Depa sewa bayar bulan pada toke.Cuma boleh cukup makan.Kadang sewan permit tak lepas.Yang kata toke teksi.Ini lah dasar kapitalis.Yang kaya buat duit dan bertambah kaya.Yang miskin jadi papa.Dalam bandaraya pun ramai orang Melayu,Cina India miskin.Tapi yang ramai orang Melayu.Dekat pilihanraya baru teringat nak bantu kain pelakat,gula beras RM 100.Depa bukan mahu macam itu.Depa nak pembelaan yang konkrit dan bagi keadilan .Kesian drebar teksi yg hidup atas jalanan sepanjang hari.Tapi merana bila memikirkan pendidikan anak-anak dan nak isi perut.Kerajaan dan pegawai atasan kerajaan banyak buat toeri indah atas kertas sahaja.Kesian pada pemandu teksi.Buatlah polisi apa pun.Yang dapat faedah orang lain.Bukan drebar teksi.Itulah keluhan seorang drebar teksi yang akau tumpang semalam .
ReplyDeleteMe parece que esta informaciĆ³n es completa e importante, para manejar bien en todo lo que trate de dicho tema.
ReplyDeletepatut nya kerajaan bantu rakyat yang susah, tapi menambah kan beban pada rakyat, yang SPAD tahu buat operasi yang tak masuk diakal...yang kena orang Melayu kita yang sememang nya dah susah bertambah susah.
ReplyDelete