Thursday, August 25, 2011

Haloba ketika berbuka puasa @ BULOQ (bahasa utara)

Ini bukan di Malaysia (ihsan ten98)
Semalam MR berkesempatan memenuhi jemputan rakan untuk berbuka puasa di salah sebuah pusat terkemuka di Shah Alam di mana juadah hidangannya dihidangkan secara buffet dengan berbagai-bagai masakan istimewa.

MR keciwa dengan sikap segelintir mereka yang hadir apabila mengambil makanan yang banyak tetapi selepas berbuka hanya meninggalkan sahaja makanan di atas meja tanpa dijamah kerana kekenyangan minum air dan makan kueh.

Mungkin sebelum berbuka nafsu mereka meluap-luap tidak dapat dikawal dan kalau boleh semua juadah ingin diperosok kedalam kantung perut yang kosong kerana berpuasa ketika itu.

Tetapi apabila sampai waktu berbuka, baru mereka sedar bahawa yang kosong itu hanyalah cukup diisi dengan beberapa gelas air dan kueh. Rupa-rupanya mereka ditipu oleh nafsu mereka yang serakah.

Itulah kita, nafsu besar kemampuannya sedikit. Harap visual di atas cukup untuk membawa mesej posting ini.

4 comments:

  1. MR.itu dalam cerita bab makan sampai termuak dan tersadai dalam pinggan.Dalam hal cari isi temolok pun ada juga yg haloba.Dia kira dia sahaja nak hidup.Orang lain mampuih pii lah.

    Yang lagi kantoi bila nafsu melonjak tinggi tapi tenaga elek.

    ReplyDelete
  2. MR.itu dalam cerita bab makan sampai termuak dan tersadai dalam pinggan.Dalam hal cari isi temolok pun ada juga yg haloba.Dia kira dia sahaja nak hidup.Orang lain mampuih pii lah.

    Yang lagi kantoi bila nafsu melonjak tinggi tapi tenaga elek.

    ReplyDelete
  3. Memanglah ketika perut berkeroncong timbul rasa tidak cukup jika melihat pelbagai makanan. Nak pulun semua dan lupa pakai minda atau logik perut bolleh terima sekian banyak saja yang lain yang telah dibeli menjadi membazir. Kenapa hakikat ini pun sulit diterima oleh orang ramai. Kadang-kadang tu dah mempunyai pengalaman berpuasa selama 40 tahun tapi masih tidak dapat mengatasi godaan nafsu makan semasa membeli dari pasar Ramadan atau pasar malam atau berbuka secara bufe. Jadi apa tujuan berpuasa jika tidak belajar mengatasi godaan? Maka puasa menjadi rutin budaya/agama dan ada hadis yang mengatakan kamu akan hanya dapat lapar dan dahaga saja. Tapi rata-rata kita melakukan puasa sebagai tuntutan agama/masyarakat tapi tidak mendapat pelajarannya iaitu berdisplin menghadapi kehidupan seperti menjauhi himbauan maksiat, merapatkan lagi rasa ikhwan dan hapuskan perangai pembaziran.

    ReplyDelete
  4. Memang depa suka membazir..

    http://nov.io/5goupT

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.