Wednesday, August 31, 2011

Komunis - Apa bezanya Mat Sabu dan RTM?

Sempena 31 Ogos Hari Kemerdekaan yang ke 54 entri MR kali ini ialah posting tentang salah seorang pelopor parti sosialis atau fahaman Komunis yang juga pejuang kemerdekaan iaitu Datuk Ahmad Boestamam.

Semalam media utama Kerajaan, RTM juga tidak ketinggalan menyiarkan rancangan ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ tentang kisah dan jasa beliau.

Fakta ini MR ektrak daripada Wikipedia Ahmad Boestamam kerana laman ini lah yang menjadi sumber rujukan utama generasi hari ini mengatasi buku-buku sejarah yang sedia ada malah generasi dan remaja hari ini langsung tidak menonton RTM kerana digelarnya mereka Radio Tua Malaysia.

Ahmad Boestamam telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu menguasai Tanah Melayu dengan cara perlembagaan telah membentuk satu "Barisan Bersatu Malaya" untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah.

Dengan itu, Ahmad telah bekerjasama secara sedar dengan pihak PKM yang juga bersifat penjajahan ke atas Tanah Melayu. Ini kerana PKM adalah anak Parti Komunis China yang bekerjasama dengan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia.

Ahmad membenarkan PKM mempengaruhi PKMM. Ini bukan sahaja kerana pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah penguasaan PKM, tetapi juga kerana bantuan kewangan dan pengurusan surat khabarnya, Suara Rakyat dan Voice of the People dipegang oleh PKM. Teraju utama, iaitu Presiden PKMM juga dikuasai oleh PKM, melalui Mokhtaruddin Lasso, seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi ketua orang Melayu Regimen ke-10 MPAJA.

Akhirnya, PKM menentukan dasar politik PKMM. Dasar politik untuk melindungi dan berjuang bagi mewujudkan perasaan kebangsaan, memajukan ekonomi, pelajaran dan keadilan bagi masyarakat Melayu telah diubah oleh PKM. PKM juga telah meletakkan satu dasar yang penting yang melambangkan pembentukan sebuah bangsa "Malayan", sesuai dengan dasarnya mewujudkan Barisan Bersatu Malayan pada masa depan. Dengan itu, dasar PKMM tidak lagi bersifat Melayu seratus peratus. Ia telah disesuaikan dengan cita-cita PKM.

Ahmad menyedari hal tersebut, maka untuk mengimbangi pengaruh politik PKM, dalam persidangan yang diadakan pada 30 November 1945, dasar membentuk 'Melayu Raya' atau Indonesia Raya, telah dimasukkan sebagai salah satu matlamat perjuangan PKMM. Malah dasar ini memang sengaja ditonjolkan begitu hebat oleh Ahmad dan kumpulannya demi untuk mengelakkan pandangan orang ramai terhadap penguasaan PKM dalam PKMM. Ini juga telah membolehkan runan Indonesia yang menetap di Tanah Melayu.

Ahmad disokong oleh PKM. PKM telah membangkitkan pula soal tidak demokratik UMNO kerana memberi dua sahaja undi kepada PKMM, seperti persatuan negeri-negeri Melayu yang lain, yang dikatakannya lebih kecil daripada PKMM. PKM juga menuduh UMNO sebuah parti yang konservatif dan tidak menggunakannya sebagai biasiswa kepada anak-anak Melayu, dianggapnya remeh.

Kerajaan British telah menyokong UMNO. Bagi kerajaan British, UMNO adalah sebuah parti politik yang lebih sederhana, tidak dipengaruhi sebarang unsur luar yang mengancam kedudukan politik dan ekonominya serta tidak mempunyai sejarah penentangan terhadap pihak British, seperti PKMM yang dipimpin oleh beberapa orang bekas anggota KMM. UMNO juga direstui oleh raja-raja Melayu yang merupakan lambang ketuanan orang Melayu.

Sokongan raja-raja Melayu kepada UMNO sangat penting diakui kerana raja-raja Melayu merupakan ketua kerajaan negeri yang membuat perjanjian dengan kerajaan British. Kebijaksanaan UMNO menarik raja-raja Melayu memihak kepada mereka telah memerangkap kerajaan British untuk mengakui kepentingan UMNO.

Sekali lagi Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO , raja-raja Melayu dan kerajaan British.

Dengan mempunyai satu dasar yang tidak bertumpu kepada kepentingan orang Melayu sepenuhnya, bererti Ahmad Boestamam dan PKMM telah bertentang arus dengan nasionalisme Melayu pada tahun 1946. Ini kerana penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kemuncak gerakan nasionalisme mereka selama ini. Gerakan nasionalisme Melayu yang bermula begitu lambat dan tidak begitu mencabar kerajaan British telah menjadi cukup tegang dengan pengenalan Malayan Union. Ini kerana gerakan anti-Malayan Union itu telah membangkitkan kesedaran politik yang cukup jelas sehingga melibatkan kaum wanita yang selama ini tertutup dengan peranan tradisional mereka.

Pengenalan Malayan Union telah menyatupadukan orang Melayu, bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja-raja Melayu dan para pembesar tradisional yang selama ini terpisah dengan rakyat jelata. Penentangan itu merupakan satu gerakan yang telah mencabar kerajaan British sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak mereka.

Menyingkap catatan sejarah di atas, apa bezanya jika Mat Sabu juga mengiktiraf Komunis sebagai  pejuang Kemerdekaan?

5 comments:

  1. bezanya komunis bunuh beribu2 orang melayu, kejam dan zalim,...

    ReplyDelete
  2. Apa juga Wikipedia memaprkan secara iklas Dan betul atau Ada agenda

    ReplyDelete
  3. Laaaa...

    Mat Sabu Timbalan Presiden PAS.
    RTM ialah TV Kerajaan Malaysia
    Komunis ialah salah ideologi yang terdapat di dunia sejak zama Karl Marx dulu.

    Beza nya Mat Sabu buta sejarah.RTM masih ditakok lama.Dia ikut musim.Kalau musim panas dia pun jadi panas.Kalau musim sejuk dia pun sejuk juga.Komunis pula diRusia pun dah makin malap.Dingeri Cina ada Parti Komunis Cina tapi sudah condong dasar terbuka.Cuma Mat Sabu sahaja yang sudah hilang modal politik.Pemimpin sebuah parti yang tak ada idea.Merapu sahaja ......

    ReplyDelete
  4. Mat Sabu dan PAS konon nya anti penjajahan British....tapi la ni siapa yang taja kumpulan mereka? Bukan kah NGO British dan Amerika? Hairan bin ajaib PAS dan Mat Sabu..

    ReplyDelete
  5. Memang sulit untuk masyarakat Melayu yang sekian lama telah di'racun'kan bahawa UMNOlah yang menjadi tuan negara untuk menentukna hala tuju negara, lupa kita akan sebahagian sejarah yang telah dipadamkan oleh UMNO. UMNO wujud pada 1946 jauh kebelakang daripada gerakan yang menuntut kemerdekaan oleh banyak kumpulan seperti komunis, parti kiri Melayu, NGO, persatuan sekerja, sasterawan, wartawan yang ramai masuk jel atau lari masuk hutan dari pelbagai latar belakang. Mereka menentang kepentingan British dan UNMO tak nampak langsung menentang kepentingan British seperti membela monarki untuk mengekalkan kepentingan British mengaut keuntuntang dari bijih timah dan getah. British harus memberi kemerdekaan kerana gerakan kemerdekaan di rantau Asia tidak boleh dibendung lagi, maka dicipta UMNO dan terima Tungku yang pernah jadi ADO di Langkawi suka memancing ikan dan tak pernah berjuang menentang kepentingan British sebagai pengistihar MERDEKA.Lalu kit ada pentadbiran oleh UMNO yang masih menganggap orang Melayu tak boleh buat jarum dan menciplak lagu negaraku, bendera negara dan mula memutarkan hakikat yang perjuangan kemeedekaan negara adalah tanpa tumpah darah pada hal beribu-ribu dah ditembak askar upahan British. Orang UMNO meniup semangat 'Hidup Melayu' sedangkan pejuabg tulen meneriakkan 'Merdeka'. Banyak lagi konsep kenegaraan yang berpremiskan 'Ketuanan Melayu' cuba diserapkan ke dalam kepala rakyat sedangkan. Ideologi lain adalah tidak afdal dan pegangan Ketuanan Melayu akhirnya membawa keruntuhan negara seperti semua institusi negara seperti Polis, Kehakiman, Peguam Negara, SPR, telah di'UMNO'kan begitu meloyakan dan ramai penduduk Melayu adalah golongan miskin baik di bandar mahu di desa.Kini negara ada 40 bilioner! Itulah kejayaan UMNO, kini dan selamanya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.