Sunday, August 21, 2011

ADUN Kota Siputeh, Abu Hasan Sarif baru mengenali langit dan bumi


"Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan." Begitu kata-kata Datuk Abu Hassan Sarif mengenai perasaannya selepas Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada beliau.

Menurutnya, sebelum keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Rayuan, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah.

"Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, ketua-ketua cawangan dan jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerlun. (UM)

Dengan kenyataan di atas ternyatalah baru hari ini Datuk Abu Hassan Sarif kenal langit dan bumi apa akibatnya kalau ponteng dari menghadiri sidang DUN.

Apabila seseorang wakil rakyat itu diberi amanah dan dilantik oleh rakyat beliau adalah bertanggungjawab kepada rakyat sepenuhnya.

Suara-suara sejuta pengharapan rakyat di bawah mesti dibela dan di bawa kepada Kerajaan yang memerintah.

Apa kejadahnya kalau wakil rakyat itu ponteng? Dunia maklumat tanpa sempadan hari ini rakyat lebih cerdik dari kebanyakkan wakil rakyat yang ada. 

Amalan meletak tongkol kayu berlabelkan Barisan Nasional sudah berakhir. Wakil Rakyat yang tidak membaca dan ‘zero general knowledge’ akan terkangkang dibuli dalam Dewan Undangan Negeri dan Persidangan Parlimen.

Kesimpulannya PRU13 yang akan datang adalah gelanggang rakyat di mana akan berkhirnya tammadun cucuk hidung.

2 comments:

  1. Betul tu. Sekarang zaman letak tongkol kayu berlabelkan Pakatan Rakyat. Same old, same old. Bak kata orang Kedah, pi mai pi mai tang tu jugak.

    ReplyDelete
  2. MR.200 orang itu adalah kaki ampunya sahaja.Setuju dengan mami bahawa langit memang amat tinggi dan bumi pun ada tinggi rendah.Cukup lah apa yang telah rakyat lalui selama ini dengan kerenah wakil rakyat yang liat dan culas.Kerputusan mahkamah di hormati.Tetapi sebagai imej Kota siputeh perlu BN gantilah dengan tokoh lain.Sudahlah setakat itu.Kehadziran 200 orang itu bukan kayu ukor sebenar perasaan dan kehendak pengundi Kota Siputeh.Kalau dia nak uji pengaruhnya lebih baik dia letak jawatan dan adakan piliohanraya kecil.200 itu barulah sama sekolah luar bandar yg terdapat di negara jiran.Wakil rakyat macam ini tidak diperlukan lagi.Agaknya berapa lah kos yang telah dibelanjakan untuk kes ini.UMNO perlu berubah kalau nak lihat PAS gagal di Kedah.Kalau UMNO pun dengan stail 60an jangan terkejut PAS akan terus bertahta di hati rakyat.Sekian selamat berpuasa.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.