(Dari blog Lim Guang Eng)
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pada 30.9.2011 Di Komtar, George Town.
Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.
Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.
Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.
Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor. Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.
Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.
Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.
Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.
MR NOTES
Guan Eng telah sedar beliau silap. Terlajak perahu dan terlajak cakap sama saja. Jikalau terlajak perahu ia akan dilambung ombak dan badai silap haribulan perahu akan hanyut di tengah lautan. Dan jika terlajak cakap silap haribulan badan akan binasa.
Cakap siang dengar-dengar, cakap malam pandang-pandang.
Apa pun Guan Eng telah insaf dan harap-harap Guan Eng bertaubat lah untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang beliau lakukan.
Sekalang apa sulah jadi? Lu baru chaiiii…
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
kita setuju guan eng silap dan dah minta maaf pun sebab ditekan hebat oleh pelbagai pehak.yang kita mushkil geng yang sebut sultan terengganu natang kenapa tak perlu minta maaf?adakah kerana dia orang umno/bn?begitu juga dengan anuar musa yang menghina sultan kelantan dengan menabalkan sultan baru suatu masa dulu,tak perlukah dia memohon maaf?adakah kerana dia umno jadi dia boleh buat apa saja?rakyat malaysia memandang semua itu.....
ReplyDeleteBETUL KATA JAWAPAN BODOH UTK SIBANGANG,BILA LAGI UMNO INGIN MEMPERBETULKAN KESILAPAN.ADAKAH UMNO BERANI MEMOHON MAAF PADA RAKYAT,PD RAJA-RAJA MELAYU.SEDANGKAN UMNO MEMAKI,MENCARUT PD SULTAN DAN RAJA MELAYU.UMNO TAK RASA MALU KE BILA BANGSA LAIN MEMOHON MAAF PD SULTAN DAN RAJA MELAYU?APABILA UMNO TEWAS DLM PRU13 NANTI,BARULAH UMNO INGIN MEMOHON MAAF ATAS KEKALAHAN PD RAKYAT.TOO LATE FOR UMNO.....
ReplyDeleteok lah tu LGE dah minta maaf.Ini adalah suatu pengajaran pada semua pihak.
ReplyDeleteLGE bijak dalam buat keputusan minta maaf.Ular yg menyusur akar tak kan hilang bisanya.
yg tak cerdik mat sabu....dari PAS/
dizzy boy,
ReplyDeleteRupa2nya Guan Eng takut to late untuk DAP itu sebab dia cepat2 minta maaf, tu pun tah ikhlas ke tidak?
Tapi aku sebagai orang Melayu beragama Islam tak akan memaafkan GE lidah bewak ni...!