Wednesday, October 31, 2012

SEMPENA REBRANDING LANGKAWI JANGAN ADA LAGI PENGURUS PELANCONGAN YANG SOMBONG

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015.
Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 buah pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung.
Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi. Bernama
Dalam hal ramah mesra ingin MR singkap kembali posting blog ini pada 16 Mac 2012 sila link Ferry Langkawi dan Pengurus Pelancongan LADA yang tidak MESRA RAKYAT.
Penjenamaan fizikal dan hardware memang mudah dilaksanakan tetapi rebranding 'SOFTWARE' sikap, perangai, kesantunan, ramah mesra, think tourism bukan satu perkara yang mudah tetapi tidak mustahil kerana Langkawi bukan berasal dari pulau lanun.

1 comment:

  1. Penjenamaan Langkawi tiada memberi makna signifikan kepada penduduk Langkawi. Cuba buat kajian selepas Langkawi dibuka/bangun/diberi status pelabuhan bebas apakah rakyat asal majoriti Langkawi telah dapat manfaat daripada tindakan Madey? Saya banyak tanya yang para pengusaha/peniaga/entreprener di Langkawai bukanlah orang asal Langkawi, bermakna pembangunan Langkawi harus untuk pertama-pertamanya orang asal Langkawi, tetapi tidak. Ramai kroni UMNO yang mengambil kesempatan daripada pembangunan Langkawi tidak kira Langkawi mengalami proses 'rebranding' atau kerja silap mata.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.