Tuesday, January 22, 2013

JASA USTAZ AZIZAN KEPADA RAKYAT KEDAH

Pic:KLA
MR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Profesor Datuk Dr Hj Jamil bin Osman yang telah secara pribadi menjemput MR ke majlis Istiadat Konvokesyen Khas & Perasmian Kampus Induk KUIN yang indah di Kuala Ketil, Kedah pada 29 Januari 2013.
Insyaallah jika tidak ada aral melintang MR akan hadir ke majlis tersebut. Kebetulan baru-baru ini pergi ke Baling MR ditunjukkan lokasi kampus baru KUIN yang sungguh indah dan luas.
Mungkin inilah jasa peninggalan Ustaz Azizan yang boleh dibanggakan jika beliau tidak lagi menjawat jawatan MB selepas PRU13 nanti. 
MR juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Wira Dr Affifuddin Hj Omar di atas pelantikkannya sebagai Pro Chanselor KUIN yang baru. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. 
Bagi menyahut seruan ini MR telah mengatur satu pertemuan eksklusif dengan Rektor KUIN Prof Datuk Dr Hj Jamil bin Osman untuk menulis tentang pencapaian dan usaha yang telah beliau lakukan membawa kehebatan KUIN sehingga ke hari ini.
Tunggu postingnya yang akan datang.

2 comments:

  1. Terima Kasih MR on your balance reporting. Do keep up! Jangan la dok bantai sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MR kena tanya Prof Jamil tuuu... pasai apa staf KUIN semua kacau pasai duit zakat depa, duit KWSP depa duit sokso depa tidak dibayar oleh KUIN, sedangkan gaji depa untuk itu telah di potong oleh pentadbiran KUIN. Ada staf mengadu kapada Jabatan Pekerjaan. IPT Swasta lain kepunyaan Kerajaan tak dak pun yang jadi macam tuuuuu....

      Kita cadangkan, sabelum MR nak pi wawanacara dengan Prof Jamil Rektor KUIN niii... untuk nak tahu yang baik saja, rasanya elok MR pi wawancara dengan 300 kakitangan KUIN yang dok bantah sahingga buat demonstrasi beberapa kali kerana tak puas hati dengannya mengenai banyak perkara, MR akan tahu kerenah dan berbagai penyelewengan yang berlaku dalam KUIN.

      Kerana bina KUIN yang hebat di Kuala Ketil tu, bukan maananya suatu kehebatan bagi Prof Jamil niiiii...

      Memorendem daripada kakitangan yang tak puashati kapada ketidakbertanggungjawaban Prof Jamil, hanya menunggu kakitangan nak mengadap KDYMM Yang Di Pertuan Agung selaku Censelor KUIN saja lagi. Apa pun KDYMM Yang Di Pertuan Agung dah pun tahu hal ini.

      Mengenai Afifuddin, MR tak payah puji dan bagi tahniah lah. Orang tu semua, tinggal tak dikler join PAS jeeerr lagiiii....

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.