Friday, April 19, 2013

KEKECIWAAN DATUK KAMILIA, NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA JELAS ADA SESUATU YANG TIDAK KENA DALAM PEMILIHAN CALUN OLEH DS NAJIB

Datuk Kamilia pernah tegas dalam isu NFC
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak kawasan Bukit Chandan pada Pilihan Raya Uumum ke-13 (PRU13). 
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN. Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya. 
"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding Dun dan (menjadi) Exco. 
"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.
"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia-Wanita BN di sini, hari ini. 
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita. (Kamilia keciwa)
Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas.
Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak. Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.
"Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti. "Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya.
Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak. 
"Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya. - Bernama

KOMEN: 
Kemelut isu ini jelas menampakkan ada sesuatu yang tidak kena dengan mekanisma pemilihan calun oleh DS Najib. Tempoh merajuk yang diberi selama 24jam nampaknya akan berlarutan sehingga ke atas kertas undi.
Ada banyak lagi calun-calun yang personalitinya juga boleh mendatangkan keraguan. Tindakan merombak keputusan calun di Melaka dan Pahang pun menjadi persoalan sejauh mana ketelitian yang telah buat.
Biar tidak dipanjangkan di sini kerana ia ibarat menyimbah minyak ke dalam api. Keraguan sepatutnya melebihi kepada jika Anwar Ibrahim menjadi PM atau Lim Guan Eng menjadi Menteri Pertahanan.
Apa pun selepas 5hb Mei ini banyak akan terbongkar kalau BN kecundang. Kalau BN menang DS Najib akan dilihat seorang pemimpin yang hebat, gemerlang, cemerlang dan terbilang.

3 comments:

  1. Pemilihan calon di Sabah juga satu keraguan. Dikhabarkan cm mensabotaj nama calon bila sampai di kk. Nama calon diumumkan mengikut senarai lama bukannya mengikut senarai yg diarahkan oleh najib.

    Akan byk undi protes. Lebih teruk lagi, musa juga mengucar-kacirkan kawasan parti komponen bn. Habislah sabah kali ni, bukan lg fixed deposit bn.

    ReplyDelete
  2. Ramalan kebanyakan penyokong UMNO akar umbi menegaskan bahawa PRU13 ini sama atau lebih parah dari PRU12 kerana gara2 PM Najib mahu kekal jadi Presiden UMNO bukan PM Malaysia. Cara beliau memilih calun2 BN rata2 di seluruh Negara amatlah memalukan seluruh jentera UMNO, segala penat lelah 4 tahun meyakinkan Rakyat Malaysia terutama Org Melayu akan ada pembaharuan dalam pemimpin pelapis untuk masa depan UMNO dan Org Melayu hancur tidak tercapai.

    Sy telah lama mengikuti cara beliau PM Najib mentadbir Negara, yg paling sedih dan menakutkan pertama-tama kali sebagai PM dari UMNO beliau lah PM Melayu UMNO yg sanggup membuang eksekutif Melayu Islam dari PETRONAS kepada Cina Kristen yg ekstrim berasal dari Sarawak Shell, Datuk Wee Yiaw Hin kelulusan Kej. Awam utk menjawat Executive Vice President (Explorations & Productions) atau dalam bahasa Melayu yg mudah: jawatan inilah tunggak kekuatan sesebuah syarikat minyak & gas kerana bertanggungjawab mengeluarkan minyak & gas dari perut bumi. Bukan hanya menjual minyak & gas setelah ditemui dan dibersihkan (refine). Natijahnya seolah-olahnya tidak ada org Melayu yg amat berpengalaman dalam bidang ini malah ramai jurutera2 minyak Melayu yg telah lama berkecimpung di dalam PETRONAS atau luar PETRONAS yg layak menjawat jawatan penting ini. Jadi sy tidak hairan kalau PM Najib telah mengkianati pejuang2 Melayu Islam yg syahid berjuang memerdekakan Tanah Melayu - Malaysia - Nusantara ini sejak 1511 lagi.

    Fikirlah wahai umat Melayu bahawa kita telah tertipu dgn janji manis 1Malaysia PM Najib yg akibatnya hancur satu bangsa yg merdeka tetapi dijajah oleh bangsa Melayu boneka serta dilembukan oleh kafir Kristen yg amat membenci Melayu dan Islam!!!

    ReplyDelete
  3. Kamilia kecewa...pembangkang gembira akan berjaya tawan parlimen tersebut. Kamilia kecewa tak dapat jadi calon Parlimen, tapi kamilia gembira pembangkang menang, puas hati katanya, biar puteh mata jangan puteh tulang janji hati puas....... Kamilia sanggup gadai Melayu dan Islam semata-mata kerana tak terpilih sebagai calon Parlimen. Inilah silkap perjuangan pemimpim UMNO....penting diri sendiri.....masih kurang jati diri walaupun ilmu tinggi...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.