Sunday, April 21, 2013

ORANG KUBANG SEMANG MENUNGGU FILEM "KLON"

Visual: GI JOE Retaliation
Anwar Ibrahim dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang merupakan klon wajahnya dalam video jijik yang dikaitkan dengan Cina Doll untuk membuktikan bahawa video itu adalah hasil fabrikasi oleh kumpulan Tiga Datuk atau yang lebih dikenali sebagai Datuk T. 
Klon itu cuba ditampilkan di dalam ceramahnya kepada orang-orang kampong di Madrasah An- Nahdhoh, Kubang Semang atas adaian orang-orang di situ jahil, bodoh dan kolot. 
Saya juga tidak mahu ketinggalan terlibat menunggu pada malam itu untuk melihat wajah klon Anwar Ibrahim yang dicanangkan itu. 
Akhirnya yang ditunggu tak tiba kerana klon Anwar Ibrahim ditahan di imigresyen Bukit Kayu Hitam kerana disyaki cuba menganggu proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Membaca sandiwara ini mengingatkan saya akan filem Hollywood ‘G.I Joe: Retaliation’ bagaimana wajah Presiden AS diklonkan oleh penganas. Begitu juga di dalam filem ‘Oblivion’ lakonan pelakon kacak Tom Cruise bagaimana Jack Harper seorang angkasawan AS diklonkan oleh makhluk asing. 
Sebenarnya teknologi klon ini telah lama diamalkan oleh orang-orang tua dahulu tetapi lebih kepada hasil tanaman pokok seperti mengahwinkan pokok durian. Durian kampong berkahwin dengan durian Siam hasilnya ‘Durian Siam’ walaupun perkahwinan ini tidak ada ijab dan khabulnya. 
Saya hairan bagiamana PKR boleh tercetus ilham untuk menampilkan klon Anwar Ibrahim ini. Mungkin akibat terlalu banyak menonton filem fantasi atau filem Hindustan dan filem Tamil. 
Betul seperti pendapat banyak pihak bahawa tindakan itu memperlihatkan Anwar Ibrahim semakin terkepit dan terdesak untuk mengembalikan maruahnya yang tercemar. Sepatutnya adalah lebih tepat beliau mengambil tindakan taubat nasuha dengan bersumpah laknat di mana perbuatan itu jauh lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan membawa klon atau 'pelakon' tersebut.

9 comments:

  1. INGAT PKR, INGAT PENIPU DAN INGAT LIRIK LAGU BANGAU OH BANGAU INGAT JUGA LIRIK PKR. INGATKAH LAGI ANDA SEMUA BERKENAAN 6 KOTAK RAHSIA YG DSAI SIMPAN??????? Ini Pengalaman saya sewaktu bertugas di PRK Indera Kayangan (Kangar). Waktu siri ceramah PKR di Titi Chai, Kangar semua panglima perang DSAI ketika itu spt Ezam, Saifuddin, Zahid Mad Arif dan Azmin Ali setiap malam menjaja akan mendedahkan 6 kotak dokumen rahsia UMNO. Terloponglah semua yg hadir utk mendengar pendedahan 6 kotak dokumen rahsia yg akan menggegarkan negara ketika itu. Skrip "MALAM INI PENCERAMAH AKHIR AKAN DEDAHKAN DOKUMEN RAHSIA UMNO" terus dijaja hingga mlm akhir kempen. Setiap malam diakhir2 siri ceramah dgn "ALASAN KESUNTUKKAN MASA, KITA AKAN DEDAHKAN PADA MLM ESOK" terus dinyanyikan hingga tamat tempoh berkempen. Hari ini PKR masih menggunakan lagu yg sama dgn lirik barunya ciptaan komposer Chegubad dan Rafizi.
    Fikir-fikirkanlah....... Siakap, Senohong, Gelama, Tenggiri - Mula2 bercakap bohong lama2 dia mencuri.......
    Kesian tengok pakcik2 yg sanggup datang dari jauh utk dengar KONONYA RAHSIA UMNO. Tunggu punya tunggu hampehhh pun tak dak. Pada saya, Itulah PKR DAN ANWAR IBRAHIM.

    ReplyDelete
  2. apa jadi pada kes kena tahan di sempadan tu? realiti atau fantasi?

    ReplyDelete
  3. kerja UMNO buat fitnah... mentaliti zero.. itu saja modai korang,... haittuiihh... tunggu kebangkitan rakyat..

    ReplyDelete
  4. Kenapa terpaksa cari Klon orang Thailand? rupa aku sebijik merep macam PapaHomo, mai rumah aku kita runding baik2 tentang bayaran, kena gaya aku boleh mengaku.....

    ReplyDelete
  5. Klon Anwar telah ditahan di sempadan tak diberi masuk ape hal?....kera jaan takut ke? Ini kali lah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana video klon tersebut? takkan takde kottttt.. wahahahaha.. kalau klon ada, kenapa tak terima tawaran Zaid dulu, zaid tawar RM10,000 dan kereta mewah kepada sesiapa yang menyerupai anwar atau sesiapa yang jumpa dan mengatahui di mana ada klon anwar? iklan tu bukan di Malay sahaja, indon, thailand, filipina, singapore malah brunei pun tahu.

      Delete
  6. Semua kena tipu ..

    ReplyDelete
  7. Ini semua temberang PKR hampa pecaya ka........ingat 6 kotak tu dimakan anai anai kod....lepas cerita klon...di Siam tu memang banyak lady boy.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.