Monday, April 1, 2013

KHARUL FAHMI JAWAB SERANGAN MEDIA

Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. 
Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW. Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. 
Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula. Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik. Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU. 
Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. 
PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada. UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. 
Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa. Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. 
Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni. Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional. 
Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. 
Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jengkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH.(Sumber : Harakah)

KOMEN:
Jawapan Khairul Fahmi anak kepada Mat Som ini ternyata jelas mengorek lubang yang lebih luas dan dalam kerana menghina Rasullullah SAW.
Janganlah mudah melatah dek kerana taksub untuk menegak benang yang basah kita mengheret keluarga Rasullulah SAW di dalam menguatkan hujah kita yang cetek itu. Mengikut kepala otak sendiri tanpa mendalami ilmu agama.
Memetik contoh tanpa fakta penuh dan tanpa berlandaskan keseluruhan Al Quran dan Hadis samalah dipengaruhi iblis dan syaitan.  

8 comments:

  1. Sanggupkah kamu KFMS bersumpah bahawa orang yang di dalam video lucah itu bukannya pemimpin kamu dalam PR. Jika tidak yakin dan ragu2 itu bukan dia maka berdiam saja lebih baik. Jika kamu yakin itu bukan orang yang dimaksudkan, bersumpahlah sebagaimana orang yang telah menuduh beliau bersumpah mengikut syarak. Sanggupkah kamu bersumpah sedangkan tuan punya badan pun tak berani melakukan sumpah ikut syarak. Telanlah kebenaran itu walaupun pahit. Janganlah menjual agama untuk keuntungan dunia semata2.

    ReplyDelete
  2. Suatu hari kamu akan menerima balasan yang setimpal dengan kesalahan yang kamu lakukan. Kamu cuba memutarbelitkan kenyataan yang telah kamu keluarkan.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kamu seorang yang sangat hina. Poi.

    ReplyDelete
  3. Tergamak dia guna Rasulullah untuk buat perumpamaan. Huduhnya perangai penganut pas ini. Keji dan sekejinya. kalau umno jahat sekalipun, mereka takkan burukkan Rasulullah seperti kamu dan juga seperti Bos kamu yang menyamakan Muhammad s.a.w seperti mamat2 biasa di kampung, dan takkan kata sanggup berkawan dengan syaitan asalkan dapat jatuhkan umno, dan tak ada seperti Cg Rahim MP K.Bharu yang sanggup mati demi mempertahankan karpal yang menentang Hudud dan negara Islam,

    Amat teruk dah PAS, sebab tu ramai yang meninggalkan mereka, tapi mereka masih syok sendiri dan dibuai bayang2 putrajaya.

    ReplyDelete
  4. Alahai.... bahasa twitter punyalah simple macam tu pun tak dapat nak faham??? tutup bloglah lagi bagus... :)

    ReplyDelete
  5. akai menggunakan lutut...tu yg payoh sgt nak paham bahasa simple.....

    ReplyDelete
  6. tak nampak dia Hina NABI PUN YG DIHINA KELAKU AMENO..

    ReplyDelete
  7. pertama sekali, nabi dah wafat. jadi apa ke jadah nak buat perumpamaan begitu. very the simple, itu pun ada sesetengah manusia sampai jadi bengong. sebab tu senang diperkudakan dap.

    ReplyDelete
  8. PAS semakin hari semakin nampak sesat dia. Itulah pasai suka dok kafir orang, mencarut, tuduh itu dan ini..di dunia pun Allah dah tarik rahmatnya dari geng ni. Cakap pun makin merapu dan mengarut dari tok guru sampai ke peringkat pecacai parti.
    Kalau Allah pun mereka boleh sekutukan - bila benar kristian pakai dan diletak sekali dgn jesus dan holy ghost..setskat Nabi Muhammad tu diaorang buat serupa sayur ler..
    Klu nak berdalih serah jer lah kpd puak2 PAS ni kerana memang ini kerjaya diorang. So tak hairanlah bila nik Sziz kata solat orang Umno tak dapat pahala kerana orang Pas dah kompom syurganya. Tak caya cuba tengok kad keahlian mereka mesti tercatat syurga mana depa masuk...hahaha.
    Yang hairannya dari dulu sampai sekarang belum ada sorang pun orang Pas mahupun tok guru depa yan boleh tunjuk kat aku ayat dan surah mana yg Allah sebut secara spesifik pangkah PAS masuk syurga tapi kalu depa yang turjun neraka dulu...aku percaya dan cukup yakin.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.