Menurut Sumber Dalam (SD) DAP, pengumuman Lim Kit Siang untuk berpindah ke kawasan baru Gelang Patah, Johor di samping disambut kegembiraan dan sorakan penyokong-penyokongnya tetapi yang sebenarnya di belakang kisah ini ia adalah episod penuh kedukaan kepada 3 ahli keluarga LKS.
Isteri Kit Siang, Puan Neo Tee Yoke merupakan orang yang paling sedih dan bimbang dengan kesihatan LKS apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding jauh ke Johor.
Puan Neo seorang isteri yang penyayang cukup menentang dan sangat marah dengan kedegilan LKS yang memperjudikan kesihatannya hanya kerana kepentingan politik.
Menurut SD, Kit Siang sudah berusia 72 tahun dan sejak akhir-akhir ini beliau mengalami gangguan kesihatan yang tidak menentu.
Kesihatan mata Kit Siang sangat kritikal dan pada bila-bila masa boleh mengakibatkan buta.
Beliau juga sangat mudah letih di samping berucap dengan ucapan berapi-api tetapi ia ibarat enjin lori yang kuat mengaum tetapi badan sudah kondem. Hanya semangatnya sahaja yang kuat tetapi fizikalnya sudah uzur.
Puan Neo juga bimbang dengan bebanan perjalanan dan pergerakkan LKS yang jauh dari satu tempat ke tempat lain untuk berpolitik dan ceramah dan pasti akan menjejaskan fizikalnya. Tidak
berapa lama dahulu sekembalinya Kit Siang dari berkempen di Sabah
selama satu minggu beliau telah dimasukkan ke wad kerana semput dan letih.
Kit Siang juga sedang mengalami sakit belakang yang parah ‘acute low-back pains’ yang sering menyerang tak tentu masa. Ada ketika sakitnya sangat teruk sehingga menjejaskan pergerakan beliau. Berlaku kejadian di mana beliau tidak dapat menyambut majlis jamuan tengahari sempena Tahun Baru yang lepas di Kelab Renang Pulau Pinang kerana serangan sakit belakang.
Salah seorang anak Kit Siang, Dr Lim Guan Chong, yang sedang berkhidmat di Hospital Lam Wah Ee sangat bimbang dengan kesihatan bapanya setelah mengetahui keputusan imbasan MRI yang dilakukannya.
Menurut SD lagi, anak LKS, Lim Guan Eng tidak peduli semua ini hanya kerana kepentingan politik. LGE mahu mengheret pengaruh bapanya di Johor untuk menumpulkan pengaruh Boo Cheng Hau. LGE bimbang dengan kemaraan politik Boo yang kelak akan menjejaskan anak didiknya Anthony Loke yang sedang disiagakan sebagai persediaan untuk mengambil alih jawatan Setiausaha Agung DAP dari beliau apabila tamat tempohnya kelak.
Menurut SD lagi Boo Cheng Hau dilihat sebagai bintang yang sedang menyinar dan jika Boo boleh membawa kemenangan 6-7 kerusi Parlimen di Johor dalam GE13 akan datang dia akan dilihat sebagai pemimpin DAP yang hebat dan pengaruh Anthony Loke akan terancam.
Pertarungan PRU13 di Johor akan memperlihatkan pertarungan yang sengit di mana DAP akan berhadapan dengan kubu kuat UMNO dan dan MCA.
Di kalangan keluarga Kit Siang sedang mempersoalkan mampukah Kit Siang bertahan untuk berentap dalam tempoh 2 minggu waktu berkempen yang penuh sengit, cemas dan pantas itu.
Yang sebenarnya Dr Lim Guan Chong sendiri bimbang dengan bapanya sedang mempertaruhkan nyawanya dengan penuh risiko.
“Kit Siang boleh rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung atau strok di tengah-tengah berkempen dan Gelang Patah akan dimenangi oleh MCA tanpa bertanding jika Kit Siang meninggal semasa tempoh berkempen atau sebelum hari mengundi” kata SD.
Anak perempuan Kit Siang, Lim Hui Ming, seorang peguam bersama Tetuan Lee Ong & Kandiah pun telah menyuarakan kebimbangan dan cuba untuk memujuk abangnya Guan Eng supaya menghalang bapanya berpolitik dan supaya terus bersara dari politik tetapi desakannya tidak berhasil. Seluruh keluarga Kit Siang sedang meratapi akan kematiannya walaupun beliau belum lagi mati.
Hakikatnya LGE di lihat kejam di kalangan ahli keluarga Lim Kit Siang sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa bapanya untuk kepentingan politiknya.
“Di Mana Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”
Lim Kit Siang memang musuh ketat UMNO, kerana beliau mempunyai prinsip yang kental dan beristiqamah(consistent) yakni sejak dia terjun dalam dunia politik prinsip perjuangannya tidak pernah luntuh dan berubah iaitu memperjuangkan hak demokrasi, keadilan sosial dan kekayaan untuk rakyat majoriti Malaysia. Logiklah kudratnya tidak boleh bertahan lama kerana pada usia 72 tahun semua organ dalam tubuhnya akan merosot tidak seperti Madey yang hebat kesihatannya.Jika kita berlaku adil dan objektif LKS adalah seorang pejuang demokrat yang hebat. Jika kita nak tahu seorang pejuang yang kekal pada prinsipnya LKT adalah salah seorangnya seperti Syed Husin Ali, Pramoedya Anan Toer, Rashid Maidin, Abdullah CD, Syamsiah Fakeh,Hishammuddin Rais (TT), Nik Aziz dan ramai lagi.
ReplyDeletepuuiihh
Delete