Thursday, April 18, 2013

MEREKA YANG TIDAK DICALUNKAN KENA INSAF BUKAN ALLAH TIDAK SUKA MEREKA.

Merajuk dan patah hati cukup sinonim dengan Melayu. Patah hati kaum Melayu tidak mendatangkan apa hasil dan untung. Hanya luahan perasaan geram, bebal, sakit hati dan marah. 
Sebaliknya merajuk kaum Cina mendatangkan keuntungan yang besar kepada mereka apabila mendapat layanan istimewa melalui berbagai-bagai tuntutan
Tak kan nak jadi wakil rakyat sampai tongkat langit? Takkan kalau tak dapat jadi calun dunia kita dah kiamat atau "that's the end of my career". Apakah kalau kita menjawat ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda atau ketua puteri itu adalah tiket otomatik kita jadi calun?.
Dalam ucapan berdegar-degar kita sering menyatakan “inilah barisan pelapis kita yang bakal megambil alih kepimpinan negara”
Sebaliknya hari ini apabila kita tidak dicalunkan kerana terpaksa memberi laluan kepada orang muda kita mula  mengamuk bagai nak gila ibarat gajah naik minyak habis tanaman binasa habis makanan dimusnah. 
Yang sudah itu sudah lah.. Kan dah ada akujanji untuk patuh dan serah kepada keputusan pucuk pimpinan parti?. 
Usah mengamuk bagai orang hilang akal. Kalau kita semua mula berpakat menghimpunkan beberapa kerat pengikut kita dan kita salak berapi-api menghasut dengan mengungkit-ungkit apa yang telah kita tolong, sumbangan yang telah kita beri dan projek yang telah kita usahakan. Nescaya kesemua wakil-wakil rakyat dan bekas wakil rakyat itu pun mampu melakukan yang sedemikian atas pengaruh masing-masing dan jasa masing-masing kerana itu adalah sebahagian tanggung jawab sebagai wakil rakyat. 
Masing-masing ada pengikut masing-masing. Dulu semasa mereka jadi wakil rakyat ada juga rakyat yang komplen kita tidak turun kawasan. Ada juga rakyat komplen kita berkereta besar, bini besar, wang besar dan kita bermewah-mewah di luar London, Paris dan New York. 
Hari ini apabila tiba giliran pelapis kita ambil alih kita mula hentam pelapis kita. Kita hasut penyokong kita untuk membenci pelapis kita padahal kita kena sokong dan bimbing pelapis kita supaya jangan buat itu jangan buat ini, buat begitu dan buat begini berdasarkan pengalaman kita. 
Berlaku adil lah pada diri sendiri. Masa kita sudah berlalu. Dunia kata pergi dan kubur kata mari. 
Pada ketika ini adalah lebih baik kita mendekati dan mengabdikan diri kepada Kaliq kerana kita akan beralih ke satu lagi alam yang lebih kekal mengadap pencipta kita Allah azzawajalla. Barulah kita sesal ketika itu apabila kita mula dipersoalkan di mahsyar sejauh mana keikhlasan kita menolong rakyat. Apakah kita ingin diagung-agungkan dan diangkat atau kita mahu pahala yang lebih kekal. Jawablah! 
Bersyukur dan ingatlah kita telah diberi peluang menjadi wakil rakyat berkali-kali tetapi mati itu hanya sekali jadi “No mistake no trial and error”
Yang sebenarnya kalau ditanya pada diri kita apa kemahuan kita, jawapannya “aku mahu itu, aku mahu ini, aku mahu semua sehingganya aku mahu langit dan bumi ini. Aku mahu wakil rakyat, aku mahu exco aku mahu jadi menteri” sentiasa tidak pernah puas dan tamak haloba. Langsung tidak mengambil perkiraan bahawa kuasa Allah lah yang menentukan akhirnya.

9 comments:

  1. 2008 sudah flip flop...cukup la mummy..kali ni terdouble flip la setiausaha karja BN..apapuntb.

    ReplyDelete
  2. mohon link kan kepada blog puan... bersama kita membantu KEDAH kembali kepangkuan BN. Saya telah link blog puan kepada blog saya. terima kasih

    http://parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. INILAH RUPA MANUSIA YANG LUPA DIRI. DULU MASA MEREKA DIPILIH JADI CALUN, BUDAK-BUDAK NILAH JADI PENCACAI MEREKA YANG BERKEMPEN SIANG MALAM SAMPAI MEREKA MENANG BERPULUH TAHUN DAN SAMPAI JADI MENTERI PUN. TAPI BILA TIBA GILIRAN BUDAK-BUDAK YANG DULUNYA BERPELUH KETIAK MEMBANTUNYA DIBERI PELUANG JADI CALON WAH BUKAN MAIN MENGAMOK LAGI DIA. DASAR MANUSIA TAK SEDAR DIUNTUNG MACAM TULAH. DARI ORANG KESIAN, JADI MELUAT DAN MENYAMPAH. TAK APA. INI HARI KAMU. JIKA ANAK KAMU DIPILIH SATU HARI NANTI, APAKAH TERGAMAK DIA JIKA DIBUAT BEGITU? TAK APALAH. BIARKANLAH DIA. SEDARLAH DIRI TU SIKIT. TENGOK KEPALA AWAK TU. ALLAH DAH TAK IZIN SEBAB TULAH NAMA AWAK TAK NAIK.

    ReplyDelete
  4. MR.kenapa syok jadi wakil rakyat.
    1.panggilan YB.
    2.gaji YB banyak termasuk elaun-elaun.
    3.cukai jalan free.
    4.senang dapat projek,komisyen lobi pun dapat.
    5.mana YB yg hidup sengsara dan menderita.
    6.ada glomour.
    7.matlamat nak kaya dan kuasa.

    8.boleh kereta besau.
    9.rumah besau.
    10.hidup mewah.


    Itulah kelebihan bila jadi YB.Berebutlah sampai mati,

    ReplyDelete
  5. PM Najib telah mengkhianati perjuangan UMNO Kedah selama-lamanya. Janganlah menuding jari ke org lain kerana sebagai President UMNO beliau seharusnya waras memilih calun yg layak dan sessiau dgn bahasa Ibunda Inggeris beliau: WINNABLE CANDIDATES! Tetapi yg keluar HAPRAK! Malah inilah konspirasi PM Najib mahu mengkuburkan politik Dato' Mukhriz dan seterusnya Tun Det! Rakyat Kedah mahukan PEMBAHARUAN bukan PENJELMAAN SEMULA! Ini amat menyedihkan seolah-olah Rakyat Kedah tinggal hanya org BODOH2 sahaja seperti 90% calun2 BN Kedah! Sedangkan ramai lagi professional UMNO Kedah yg telah lama bersiap-siaga memenangkan PRU13 ini. Ingatlah PM Najib kalau bukan Tok Nenek Kedah dari 1821 hingga 1842 yg Syahid (juga dgn bantuan seluruh Ummat Melayu Nusantara) telah lama seluruh Tanah Melayu ini jadi Buddha Siam.

    ReplyDelete
  6. sesapa yg nak protes tu BOLEH BLAH ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua Rakyat Kedah faham sgt Calun2 BN Kedah. Tunggulah nasib HAPRAK ni selepas PRU13. Manamacam Rakyat yg percaya org2 yg menjahanamkan UMNO masa Pak Lah PRU12 boleh tukar kulit pulak PRU13? Maaf Rakyat Kedah dah lama berpolitik, dah ratusan tahun setelah jatuhnya P Pinang ke Francis Lights: depa kata dari pangkah KAWAK lama ni dalam UMNO baik pangkah PAS yg bodo!

      Delete
  7. satu demo juga berlaku di pejabat umno padang serai kerana menolak calon Merbau Pulas.
    semua pakat jadi tikus baiki labu.
    umno padang serai diambang jahanam.

    ReplyDelete
  8. Cara Najib pilih calon hampir sama apa yang dilakukan oleh Pak lah.....menyebabkan berlaku tsusnami politik.....konon calon PRU 13 menampilkan muka baru sebagai pelapis...tapi yang ketaranya mula lama dianaik taraf dan di kitar semula...UMNO diambang kemusnahan kerana sikap tidak jujur pemimpin dan pejuangnya yang terlalu hubbundunya...Najib mungkin terlebih dengn cakap Rosamah melalui konsep NKRA [Najib Kerja Rosmah Arah]....akibatnya banyak negara akan di tawan pembangkang dan mungkin Putrajaya juga dirampas oleh PR..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.