Wednesday, April 3, 2013

"KALAU TAK UBAH HANGPA SESAI TAK SUDAH" KARYA AWANG LUKU

Hari ini 3 April 2013 jam11.30 pagi Parlimen Malaysia dibubar. Kuasa diserah kepada rakyat dan rakyat akan memilih wakil-wakil mereka dalam pilihanraya yang ke 13. 
Bagi menghilangkan stress mereka yang sedang menunggu nama-nama untuk dicalunkan MR siarkan sendaloka yang bertajuk “Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah” hasil karya salah seorang follower setia blog ini Saudara Awang Luku beralamat di Kaki Gunung Jerai, Kedah. 
Menurut Awang Luku sendaloka ini ditujukan khas kepada pengundi-pengundi Kedah baik yang sedang berada di negeri Kedah atau yang sedang berada di perantauan. 
Kata Awang Luku “Kepada sesiapa yang kena luku kepala jangan cepat melenting kerana dalam kepala ada otak dan guna otak untuk berfikir dengan bijak dan waras. Sakit kena luku hanya sekejap tapi sakit kerana tidak berfikir akan merana seumur hidup" 
MR ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Awang Luku.
Visual : nusantaratribune.com
 KALAU TAK UBAH HANGPA SESAI TAK SUDAH
Hai Oghang Kedah, 
Pilihanraya Mai Dah 
Kali Ni Hangpa Jangan Dok Buat Mudah
Dulu Hangpa Gagah Besar Macam Gajah 
La Ni Hangpa Pecah Melayu Punah Ranah 
Harap Pada PAS Hangpa Lekat Getah
Hutan Depa Tebaih Tanah Depa Punggah 

Hai Oghang Kedah, 
Lima Tahun Lepaih Dah 
Takkan Dok Betokak Tak Sudah-Sudah 
Yang Sudah, Sudah Lah 
Tok Sah Dok Seronok Dan Dok Gah 
Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah 

Hai Oghang Kedah, 
Kalau Tak Mau Susah 
Hangpa Kena Ubah 
Jangan Biaq Pas Dok Belasah 
Kot Besok Tak Dak Apa Nak Mentekedaghah 
Krup, Krup, Krup.. Kikih Kerak Nasi Kawah 
Masa Tu Baghu Hangpa Wah.. Wah..
Waktu Tu Nak Buat Apa Dah 
Dah Terantuk Baru Nak Tengadah 
Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah

Hai Oghang Kedah, 
Yang Dok Di KL Balik Mai Pangkah 
Jangan Dok Eksyen Dalam Banglow Mewah 
Hangpa Pun Dulu Bekubang Dalam Sawah 
Lompat Geli Geleman Takut Kat Lintah 
Balik Mai Lekaih 
Tolong Mak Ngah Dan Pak Ngah 
Depa Dok Hap.. Hap.. Macam Nak Mati Dah 
Harap Puak PAS Piii Gi Rahhh 
Harap PKR DAP Lama Mampuih Dah 

Hai Oghang Kedah, 
Jangan Dok Gelabah 
Mai Kita Ubah 
Yang Sudah Tu Sudah Lah 
Hati Gajah Sama-Sama Dilapah 
Hati Nyamuk Sama-Sama Dicicah.

(Karangan : Awang Luku, Kaki Gunung Jerai, KEDAH. 3/4/2013)

2 comments:

  1. Tahniah Awang Luku, Harap2 tokoh2 tertentu ambil iktibar. Jgn pula ada lagi nama2 yg tercalun nanti menggunakan kempen PRU sbg medan utk membunuh pesaing utk jawatan KB.

    ReplyDelete
  2. baru 5 taun,,tggu lg la sampai 50 taun

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.