Sunday, December 1, 2013

PAS MASIH MENGUASAI GLC KEDAH DI LAMAN-LAMAN WEB.

Di bawah MR siarkan salah satu komen yang menyentuh posting MR sebelum ini. MR ucapkan terima kasih kepada Trooper Jalanan dan Hulubalang Cyber. 
Harap maaf e mail tuan tidak dapat MR siarkan kerana terlalu sensitif dan komen itu MR rasakan bukan untuk paparan umum kerana terdapat selok belok strategi kerahsiaan cyber trooping yang kelak boleh digunakan sebagai senjata oleh cyber trooper DAP.
Harapan MR teruskan perjuangan tuan.
 
Komen dari Trooper Jalanan,
Sebelum pilihanraya cyber trooper Muhkriz di kira antara yang paling hebat ketika itu. Youtube Mukhriz “Zainal Hijau Di Kedah” demonstrasi menentang pengambilan balak oleh Kerajaan PAS ketika itu telah naik dari 300 trafik kepada 100,000 lebih pengunjung ke YOUTUBE tersebut. Ini mengambarkan betapa hebatnya cybertrooper Mukhriz ketika itu.
Sebaliknya selepas ,mengambil alih Kerajaan Kedah laman-laman web yang utama pun tidak di update dan seperti tidak diambil tahu langsung.
Di mana mereka trooper dahulu yang banyak membantu beliau? Jangan sampai seperti kacang lupa kulit. Masa melapah sama-sama dilapah masa dihidang hanya golongan tertentu dilayan.

3 comments:

  1. Tak pa kita sama-sama tunggu dan lihat apa akan terjadi. Kalau tidak kita gabung dengan Red Bean Army.

    ReplyDelete
  2. Slogan yang dilaung-laungkan BERANI BERUBAH tapi di dalam GLC Kedah masih tak berubah. Masih ramai org PAS makan gaji buta.
    Mukhriz takut untuk mengubah. Nampaknya liku panjang lagi laaa politik Mukhriz.

    ReplyDelete
  3. di KHTP pulak, dengaq cherita, puak PAS2 ni pampasan gaji dah bagi 2 & 3 bulan, last2 masuk jugak industrial court. Masa PAS dulu buang org sekupang pun tak bagi. Baik sangat la MB la ni, lemah lembut, kalau mcm ni susah la. Kena ruthless dgn puak lalat hijau ni, jgn la bagi muka

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.