Monday, May 5, 2014

APA PERUBAHAN MUKHRIZ MAHATHIR SEPANJANG SATU TAHUN JADI MENTERI BESAR KEDAH?

Hari ini 5 Mei 2014 genap satu tahun Kedah “diselamatkan” oleh BN. Mukhriz Tun Mahathir ditabalkan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas merdeka. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 5 Mei 2013. 
Mukhriz dilantik setelah BN berhempas pulas memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRU13 yang lepas. 
Mukhriz dulu
Mukhriz Mahathir menuntut ilmu Pentadbiran Perniagaan di Sophia University, Tokyo, Jepun pada tahun 1987 dan memperolehi Ijazah dalam bidang Pemasaran Antarabangsa dari Boston University, AS pada tahun 1989. Pada 1989 hingga 1999 beliau menjadi penasihat kepada President, The Bank of Tokyo-Mitsubishi Ltd di Kuala Lumpur. 
Di dalam bidang korporat Mukriz pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Opcom Cables Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar optic fibre, Pengerusi TBWA-ISC Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat pengiklanan, Airzed Networks Sdn Bhd sebuah syarikat Wi-Fi broadband wireless dan Bioven Holdings Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar vaksin anti-cancer. Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah Ajiya Berhad dan pengarah bukan eksekutif Reliance Pacific Berhad. 

Rakyat Kedah mengundi UMNO/ BN pada pru yang lepas kerana serik dengan pengurusan dan pentadbiran Kerajaan PAS yang dilihat beku dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat negeri Kedah. Pengundi mahukan perubahan dan mereka telah dijanjikan bahawa Mukhriz anak Mahathir akan dilantik menjadi MB jika UMNO/BN berjaya menawan Kedah. 

Memandangkan aura Mahathir masih kuat di Kedah maka mereka mengharapkan Mukhriz juga seperti bapanya dapat mengembalikan kehebatan kepimpinan Mahathir di Kedah.
Orang Melayu seringkali berpegang kuat dengan peribahasa Melayu “Dimana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”. Mengharapkan kuah Mahathir tumpah kepada anaknya Mukhriz. Sebaliknya realiti peribahasa ini tidak boleh diguna pakai di dalam kontek Mukhriz dan bapanya. Kuah Mahathir tidak tumpah kepada Mukhriz. Mukhriz tidak ‘bold’ seperti Mahathir, malah dia amat lambat, takut-takut dan cukup berhati-hati di dalam membuat keputusan. Malah menurut seorang pentadbir kanan KCS negeri Kedah ada ketika mesyuarat tergantung apabila Mukriz selaku pengerusi tidak membuat keputusan. 

Mereka yang di sekeliling Mukhriz yang dilantiknya “is a non-performer” hanya mengekor kemana Mukhriz pergi. Malah sebahagian exco yang dilantik tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik tidak seperti ketika Mahathir menjadi pemimpin di mana sekelilingnya mereka yang hebat. Pemerhati politik melihat tindakan Mukhriz ini sebagai strategi politik takut ada yang melawan tauke. 
Contohnya yang terdekat seperti exco yang mempengerusikan portfolio pelancungan Kerajaan Negeri, tidak nampak ada usaha-usaha untuk menyahut cabaran bagi menarik pelancung ke negeri Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Mereka lebih selesa dengan kedatangan pelancung ke Langkawi dan angka itu dipakai sebagai pencapaian kemasukan pelancungan ke negeri Kedah. 

Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, langsung tidak tahu “sepatah haram” bahasa Inggeris, entah bagaimana beliau dapat menawan gelombang informasi seperti Google, Twitter dan perang siber yang 98% dalam bahasa Inggeris. 
Hakikatnya Mukhriz tidak seperti anak-anak Mahathir yang lain, Mirzan seringkali diasosiasikan dengan kekayaan sektor perkapalan dan raja pengangkutan, Mokhzani dengan Fomula One dan sektor minyak dan gas manakala Marina dengan aktivis perjuangan liberalism, gender dan Sisters In Islam. 
Mukhriz pula mengikut jejak langkah bapanya yang mahu bergelumang dalam arus perdana politik. Gelangang politik banyak mengubah gaya dan jiwa Mukhriz. Beliau ternyata berlainan dari yang lain. Beliau cukup mesra rakyat dan tidak pernah mengeciwakan rakyat bawahan yang ingin bergambar dengan nya dari orang tua sehinggalah kepada kanak-kanak. 
Mukhriz banyak berubah dan kelihatan waraq dengan jubah dan tidak pernah lekang dalam acara-acara keagamaan. Tok-tok guru pondok di Kedah sangat selesa dgn Mukhriz malah lebih selesa dari pemimpin PAS sendiri. Hampir setiap minggu diadakan kuliah agama di rumah rasmi Seri Mentaloon sebagai meneruskan legasi Ustaz Azizan. 
Mungkin inilah jasa besar PAS di Kedah yang telah berjaya membentuk kerohanian jiwa Mukhriz mengikis imej elit anak Mahathir kepada seorang yang waraq. 

Mukhriz meneruskan banyak legasi Ustaz Azizan, orang-orang PAS di dalam GLC tidak dipecatnya seolah-olah seperti juga Ustaz Azzizan yang meneruskan legasi UMNO di Kedah ketika mengambil alih Kerajaan dari BN dahulu.
Pembangkang pun tidak banyak isu di dalam persidangan dewan undangan negeri. PAS ternyata ‘mati kutu’ dengan sikap Mukhriz akomodatif sama seperti UMNO yang ‘mati kutu’ dengan Ustaz Azizan semasa Ustaz menjadi MB. KUIN nampaknya berjalan lancar seperti yang dirancang Ustaz Azizan. 

Pegawai-pegawai  ‘The inner circle’ sekeliling Mukhriz dilihat mentah dan kata orang Kedah budak kanyaq, surat-surat rakyat banyak yang tidak dijawab manakala banyak temujanji ditapis-tapis oleh Pegawai-Pegawai Khas yang ramai dan Setiausaha Politik. Sehingga seorang pemimpin parti komponen keciwa dan ‘give up’ dengan pegawai-pegawai ini dengan berbagai alasan untuk tidak membuka pintu berjumpa Mukhriz. Banyak janji-janji yang Mukhriz kata “OK” tetapi apabila sampai kepada pegawainya menjadi “Tak OK” 
Hari ini ramai penyokong kuat Mukhriz yang bekerja kuat berhempas pulas untuk beliau menang semasa PRU dahulu kini merajuk dan membawa diri masing-masing apabila Mukhriz lebih banyak melayan rakan-rakan dari luar Kedah. Memang tepat pendapat yang mengatakan di dalam politik tidak ada istilah kenang budi dan jangan diharap apa-apa dari orang politik.
Sesungguhnya satu tahun Mukhriz menjadi MB Kedah yang nampak ketara ialah dari seorang elitis kepada seorang yang waraq bekopiah lebai dan berjubah putih. WASSALLAM

17 comments:

  1. Semoga beliau konsisten dan bersikap rendah diri. Beliau tidak memerlukan apa-apa lagi keperluan asas hidup kerana sudah lengkap melainkan mesti menjadi pemimpin yang berkaliber, cekap dan bertanggung jawab.

    Pelapis yang di harap kekal bekerja dalam UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  2. YANG HANG TULIH NI ADA YANG BETUI TAPI BANYAK JUGAK YANG TAK BETUI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bloger ni memang penipu besar.maklum la penganut fahaman umnongok.buta ka tak tengok dan nilai apa purubahan yg kerajaan PR buat dulu walaupun tak berjaya sepenuhnya.umnongok be end menang pun puas main tipu.

      Delete
  3. Mukriz yang tak pernah susah sebab Bapak nya yg songlap satu Negara selama 22 tahun, cam mana diharapkan untuk mengerti keperitan hidup orang2 biasa bikinan bapa dia, Tun SyaiTun.

    ReplyDelete
  4. Mula Mukhriz naik dulu dia tak mau pakai KCS sebagai setiausaha sulit dia. Dia mula nak buang KCS apa cerita ni?

    ReplyDelete
  5. KUIN pun tak selesai lagi masaalah. REKTOR nak gaji 50ribu bungkus....

    ReplyDelete
  6. Biarkan mukhriz slow dan kekal dengan lebainya dari bergerak laju dan laju juga ra$uah dan kroni2 yg kenyang buncitan.

    Pembangunan dan kemajuan bergantung kpd kemahuan dan usaha rakyat sendiri...kerajaan hanya menyediakan prasarana.

    ReplyDelete
  7. apa yang bapak mukhriz dah songlap?

    ReplyDelete
  8. Passwordnya ANSARA,

    Kalau nak projek, nak buat appointment ngan mukriz pastikan anda adalah dari group ansara,,jikalau tidak masuk group tu,,sorry tak layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui ker nie kawan? Kalangan setiausaha dan pegawai khasnya, rasanya tak ada dari kalangan ANSARA. Mereka inilah kumpulan paling kuat cengkamannya ke atas Mukhriz. Khabarnya, yang ANSARA pun jadi sengsara bila berdepan dengan kelompok ini. YB Anak Bukit pun ANSARA juga rasanya. Boleh kowtim jugak ker?

      Delete
  9. BN Menang Kedah Senang.
    Yang didapati senang dan begitu pantas iaslah.

    1.EXCO-EXCO nya yang turut serta berebut rezeki dgn rakyat.
    2.Setpol dia sendiri pun jaga perut dan uncang sendiri sahaja.
    3.Kumpulan Ansara.

    Itulah Slogan BN Menang Kedah Senang.

    ReplyDelete
  10. Manifesto x tertunai..tukaq saja exco2 tu

    ReplyDelete
  11. Mungkin mr boleh ulas juga kekalutan umno kedah,,yang hidup segan mati tak mau,,, lepa tu pengerusi perhubungan buh orang kalah tanding di parlimen sp dengan seorang mamat kaki skandal sama pempuan duk dalam umno ngri

    ReplyDelete
  12. Hadaiah selapas Mukriz jadi MB.
    Orang Melayu diKulim,Mahang,Lunas,Padang Serai,telah diberi hiburan dengan secukupnya.
    Tumbuh pusat hiburan dan ala kemungkaran yang menjahanamkan Nelayu.
    Menjahanamkan pelajar-pelajar Melayu.
    Inilah kerja DO Melayu dizama Mukhriz yang tanpa ada nilaiu-nilai Islam dan agama.
    Zaman Pas pekan Alor Setar,Zaman UMNO diKedah Selatan.

    Apa UMNO buat,EXCO buat.YB buat.

    Pusat hiburan bercambah cambah.Itulah Mukhriz yang tak turun padang.EXCO relek.
    Manakala DO buat saham akhirat.

    ReplyDelete
  13. Salam MR!Dengan tulus ikhlasnya MR memberi markah gagal kepada Mukhriz selama setahun menjadi kepala negeri.Amat bersetuju dengan MR.PAS tak perlu bekerja kuat MR dan tak perlupun membuat bising di Dewean Negeri kerana mereka juga faham bahawa yang menjawab soalan mereka adalah pegawai yang telah terlatih sama juga semasa PAS memerintah dahlu.Jadinya PAS sudah belajar perkara ini semasa menjadi kerajaan.

    MR!Kerja PAS sekarang ini adalah membentangkan janji-janji BN semasa pilihanraya lepas.Mereka juga mencanangkan cuti Mukhriz setiap bulan keluar Negara.Mereka tahu Mukhriz tidak menggunakan duit negeri tetapi mereka meletakkan persepsi bahawa Mukhriz membelanjakan duit negeri dan mereka boleh menunjukkan gambar-gambar Mukhriz diluar Negara bersama pelajar kita.Bukti mereka kuat dan nyata.Sekarang pun Mukhriz diluar Negara dan semua orang Kedah tahu perkara ini.

    Mukhriz sebenarnya gagal dalam semua segi.Sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri apa yang Mukhriz lakukan untuk memperbaiki hubungan antara pemimpin UMNO yang kalah dengan yang menang dalam pemilihan yang lepas.Apa Mukhriz lakukan untuk menguatkan UMNO Negeri Kedah?Langsung tidak Nampak apa-apa tindakan yang diambilnya.

    UMNO menang dalam pilihanraya lepas adalah kerana ahli-ahli UMNO serik dengan PAS.Tetapi sekarang ahli-ahli UMNO yang sama memenangkan UMNO pada pilihanraya lepas telah mula bersungut bahawa tidak banyak bezanya dengan PAS memerintah Kedah dan masih lagi ada suara dari akan umbi UMNO sendiri yang lebih menghormati Arwah Uztaz Azizan sebagao MB yang senang didekati.Jadi MR orang Kedah sudah tidak kesah siapa yang memerintah Kedah kerana hidup mereka tetap juga sama.Harga getah tetap turun dan punca mencari rezeki semakin sempit dan peluang pekerjaan juga tidak banyak dicipta oleh kerajaan Mukhriz.Hanya retoriknya yang lebih.

    Mukhriz amat takut membuat keputusan kerana dia sebenarnya tidak begitu arif dengan system pentadbiran negeri.MR menyenaraikan keleyakan akademik dan jawatan Mukhriz sebelum berkecimpung dalam dunia politik.MR!Kalau takdirnya Mukhriz bukan anak perdana menteri dimasa itu adakah dengan mudah dia mendapat jawatan tersebut?

    Pentadbiran negeri sekarang ini bercelaru.EXCO hendak membuat semua keputusan pentadbiran sehinggakan kelulusan kuari pasir hendak diputuskan oleh EXCO.Jadilah keadaan bercelaru.Sepatutnya EXCO membuat dasar untuk dilaksanakan oleh pegawai.Sudah terbalik MR.

    Mukhriz datang ke Kedah menjadi MB berlandaskan hiraki keturunannya sahaja.Sebab itulah Mukhriz tidak merasakan denyut nadi rakyat terbanyak.Setakat untu menjadi warak semasa di Kedah tidak memberikan apa-apa impak besar untuk pilihanraya akan datang MR.

    EXCO-EXCO Kedah pula semacam tercium rezeki untuk masa empat tahun akan datang ini kerana mungkin mereka sendiri tidak yakin dapat mempertahankan kuasa yang ada pada pilihanraya akan datang.Ada dikalangan EXCO ini tidak pernah mengadakan mesyuarat jawatankuasa tetap yang dipengerusikan mereka setelah setahun memerintah.Jadi apa perancangan yang boleh mereka lakukan untuk mentranfomasikan Kedah kearah yang lebih baik MR?

    Kesimpulannya MR Mukhriz gagal dalam urusan politik juga urusan pentadbiran negeri Kedah.WASSALAM MR...

    ReplyDelete
  14. Langkawi hanya salah satu daerah dlm Kedah.Mukhriz patut berusaha tarik pelancong asing ke Tanah besar Kedah.
    Selain itu, pembangunan perlu digiatkan dgn buka technology park, university teknologi di bandaraya Alor Star, bukannya asyik suruh pelabur ke kulim hi-tech yg hanya untungkan pulau pinang shj.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.