Friday, May 2, 2014

KEJAYAAN HIMPUNAN BANTAH GST KERANA KERAJAAN GAGAL MEMBERI PENERANGAN TENTANG GST.

APA GST?
Akibat kegagalan Kerajaan memberi penerangan yang sejelas-jelasnya maka rakyat mudah tertipu dengan hasutan Anwar Ibrahim sehingga berjaya mengheret mereka berdemonstrasi di jalanan membantah GST. 
Menteri, orang-orang menteri dan jabatan yang berkaitan gagal turun ke padang mendekati akar umbi untuk memberi penerangan tentang GST. 
MR pernah mengikuti penerangan yang dibuat oleh orang-orang Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung dengan GST. 
Melalui perbincangan dengan mereka, mereka lebih menjurus ingin mengumpul ‘crowd’ sahaja untuk menunjukkan kepada Pak Menteri mereka bikin kerja. Pengisian nya dipotong-potong ringkas ikut keselesaan kerana Pak Menteri sibuk. Perserta yang hadir pada sessi itu masih terpinga-pinga tentang GST.
MR sendiri mencadangkan supaya pegawai-pegawai penerangan tentang GST ini turun ke bawah berjumpa dengan kumpulan-kumpulan kecil di akar umbi tetapi cadangan yang diberi seperti taik telinga masuk sekejap lepas itu dikorek buang alasan tidak ada budget. 
Sesungguhnya program penerangan yang dibuat hanya untuk membodek Pak Menteri sahaja. Masih ramai wakil-wakil rakyat sendiri yang tidak tahu apa GST apa tah lagi JKKK, Penghulu dan rakyat akar umbi di bawah. 
Jika ini berlaku tidak mustahil Kerajaan Najib senang digulingkan hanya dengan memutar belit maklumat oleh Pak Sheh Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. MR.
    Saya setuju,Saya bukanlah batu api.
    Pi mai pi mai asyik dok himpun geng umno/jkkkk saja.
    Tumpuan pada sasaran tak dibuat.
    Kumpuilan Cina ,India dan lain lain kaum tak dibuat.
    Penceramah pula cakap macam beri kulah cara akedemik.
    Mana rakyat nak faham.
    Orang UMNO pun tak faham.Puak pembangkang lagilah buat tak faham.
    Sebenarnya kumpulan pemimpin UMNO pun gagal nak beri penjelasan tentang GST.
    Betul MR penganjur mereka kencing dan tipu pada Timbalan Menteri atau Menteri supaya nampak ramai.Pada hal tin kosong.

    Begitulah cara jentera kerajaan buat kerja.Cincai dan lepas tangan.
    Manakala parti kerajaa macam UMNO asyik kira himpun puak atau geng sendiri.

    Apa salah nya jemput semua NGO atau kumpulan sasaran rakyat yang lain.
    Asyik-asyik serah bulat bulat pada UMNO.Masuk angin keluar asap.
    Orang sudah menyampah dah dengan UMNO ini.
    Buat majlis orang tepi dewan pun tak tahu apa-apa.Tak dijempaut.
    Jabatan Penerangan pun serupa juga.Tak habis habis asyik dok panggil UMNO saja.Kumpulan tak berparti tak dijemput.
    Begitu juga JASA lagi main politik.Mereka tak tahu yang kerajaan ditekan dan himpit oleh pembangkang kiri kanan.

    Penghulu pun serupa juga pi mai pi mai orang UMNO yg dijemput.

    Penerangan secara menyeluruh atau pelusuk kampung dan bandar tak sampai sasaran.Cuma dok fokus pada UMNO saja.

    Apa hal NGO,-NGO yang amat ternanti-nanti untuk mendengar penerangan.

    Jentera kerajaan masih lemah dalam hal ini.Jentera parti kerajaan pun gagal kerana mereka banyak main politik dalam untuk political mileage mereka sendiri.

    Itulah kelemahan agensi kerajaan dan jentera parti kerajaan.'
    Bila Timbalan Menteri atau Menteri atau PM turun maka kerahan dan paksa rela dibuat.

    GST penting pada pendapatan kerajaan.
    Agensi penerangan ,JASA ,Kastam dan lain nya buat cincai dan lepas tangan.

    Dato Ahmad Maslan jangan syok sendiri.Cuba buat post mortem balik.Jawapnya gagal.
    Pembangkang akan terus beri maklumat songsang untuk menolak GST dan kjerajaan.

    Itulah kerja mereka.

    Kalau Dato Ahmad Maslan 100% percaya pada UMNO alamat lingkuplah.
    Ada masa lah nak guna UMNO.Ini bukan masa nak main politik untuk popular pun.

    Dasar kerajaan pun rakyat tak faham,

    Insya Allah kalau kena cara dan strategi rakyat akan faham dan terima dengan baik.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.