Saturday, May 17, 2014

DYANA SOFYA MANGSA "CHARACTER ASSASSINATION"

Pilihanraya Kecil Teluk Intan akan memaparkan wajah politik negara yang cantik apabila DAP mempertaruhkan calun comel-lote Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 
Dyana 27, merupakan bekas graduan berkelulusan undang-undang dari universiti Melayu UiTM telah bergiat aktif dalam politik DAP sejak 2010. 
Nama Dyana tiba-tiba dengan otomatik meletup sebelum hari penamaan calun tempoh berkempen. Media sosial anti DAP mengambil pendekatan "membunuh watak" atau “character assassination” dengan mula menebar visual konon Dyana mendedah aurat dengan berbikini. 

Dyana memantul dengan menyanggah melalui satu kenyataan media pada Jumaat lepas bahawa gambar foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna. 
“Character Assassination” adalah taktik politik kotor yang bukan baru dalam politik negara ini. Ia berjaya menyelamatkan Mahathir dari dijatuhkan oleh Tengku Razaleigh apabila watak Ku Li telah dibunuh dengan penyebaran visual Ku Li memakai tengkolok salib. Visual ini disiarkan dalam akhbar Utusan dan gambar-gambar nya di sebarkan di mesjid-mesjid bagi melahirkan kebencian orang Melayu kepada Ku Li ketika itu. 

Walaupun Mahathir ketika itu tidak rela tetapi beliau sendiri tidak menghalang tindakan kotor balacinya itu yang sedang menghirup keistimewaan jawatan dari anugerah Mahathir sendiri. 
Kini taktik yang sama cuba digunakan kepada Dyana Sofya. Tetapi generasi kini sudah tidak ambil pusing strategi taktik lapuk itu. Malah mereka lebih "advance" dengan pendekatan yang lebih licik, halus dan bijak dengan melancar serangan bertubi-tubi melalui “Soldadu Kacang Merah” atau “Red Bean Army”. 
KATY PERRY
Hakikatnya apa yang menarik dari calun DAP dalam PRK Teluk Intan ini ialah amaran Dyana Sofya kepada pengeritik beliau. Beliau dengan tegas memberi amaran kepada mereka “Anda akan mendengar saya...mengaum!” memetik sebahagian bait lagu terbaru penyanyi Katy Perry bertajuk “Roar” yang sedang menjadi siulan pengundi muda hari ini.
Jangan main-main, di antara bait-bait lagu “ROAR” amaran Dyana ialah “I got the eye of the tiger, a fighter, dancing through the fire, 'Cause I am a champion and you’re gonna hear me roar, Louder, louder than a lion, 'Cause I am a champion and you’re gonna hear me roar.” 
Sama-sama lah kita lihat sejauh mana Dyana akan ‘ROAR’ atau mengaum seperti harimau selepas penamaan calon yang akan diadakan pada 19 Mei ini manakala pengundian pada 31 Mei. 
WASSALAM.

22 comments:

  1. Ya memang benar bahawa gambar tersebut ialah gambar pelakon wanita Pauline Luna, sila lawati laman web berikut:

    http://famousdude.com/5557-pauleen-luna@imagepauleen-luna-01.jpg.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai RBA buat kerja, mereka buat dan kemudian letak bukti. Bijak-bijak.

      Siapa yang kenaaaaa..

      Delete
    2. Aku malas tanya banyak, antara Dyana kentut dengan Dato Mah kentut, hangpa nak bau yang mana? Kalau kentut calon pilihan hangpa tu pun hangpa tak lalu nak bau, jangan mimpi nak undi depa nanti. Aku terus terang saja, kalau Dyana kentut aku memang tak kisah nak bau, tengok Dyana pun aku suka dah. Jadi hangpa pikiaq tengok la sapa yang aku nak undi di telok intan nanti.

      Delete
  2. Mummy,

    Dyana merupakan kerugian bagi UMNO, kerana putri UMno gagal untuk mengindoktranasi kan Dyana. Lazimnya, puteri UMNO takut untuk merekrut smart and pretty lady to join them takut nanti ada persaingan.

    God bless Dyana, atu pengajaran untuk melayu. I salute Dyana yang berani membuat pilehan.

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah SWT
    Mummy rokiah .... Allah SWT itu cantik dan Ciptaan Allah bangsa manusia itu lebih baik dari ciptaan yang lain .. termasuk wajah yang cantik dan mummy rokiah .. Allah SWT suka akan kecantikkan jadi jika Allah SWT suka pada yang cantik . Kita bangsa manusia wajib ikut cakap dan peel ( sifat) Allah SWT . Bahagian BN pilih Hemsem tapi dah expire bagaikan yang fresh n young dalam BN masih tak layak di ketengahkan ??? Calon BN dah 2 kali kalah dalam pilihanraya umum masih nak di calon kan ... eh... apa da???

    ReplyDelete
  4. OK lah Dyana tu. Comel dan cun. Tak kan nak suruh orang Melayu undi Cinabeng dari Gerakan tu.

    Dyana tu Melayu dan Islam. Sesaudara dan saudari. Ke mana jatidiri Melayu kalau sokong Cinabeng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena juga tengok siapa bosnya.

      Delete
  5. Dyana, kalau engkau menang pun kerana tipu muslihat DAP untuk memperdayakan orang2 melayu bukan kerana ngauman mu yang bodoh tu. Apa yang engkau boleh lakukan di Bayan Mutiara, Pulau Pinang apabila tapak masjid yang telah diluluskan kerajaan BN telah dijual oleh Lim Guan Eng. Umat Islam terpaksa sembahyang jumaat dibawah flyover. Mungkin engkau tidak mempunyai perasaan kerana sembahyang pun mungkin tak pernah, aurat pun tak tutup buat malu MRSM saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahu cerita betul pasai tapak masjid Bayan Mutiara, jangan buat fitnah disini.Bab aurat aku tak nak kata apa serupa je dgn setengah putri UMNO. bab kata solat pun tak pernah mangkin bertimbun fitnah hang. ANGSARA dan MRSM okey je.

      Delete
    2. Jatuhnya kerajaan Melayu Melaka pada 1511 disbbkan kuatnya perasaan hasad dengki puak mamak dan melayu hingga begitu mudahnya Pertugis menawan kota melaka. Mcm tu jugalah keadaan di penang. Cerita yg sama berlaku lagi. Puak cina tak kuat manapun...yg bodonya puak-puak dua ekoq tu la. Dok pakat beqebut dunia sampai negeri tergadai...skit haqi lagi hangpa semua pakat pi laqi duduk dlm hutan bkit bayan lepas la.tidak pun pakat pindah pi dok balik pulau atau pulau jeqejak la hangpa....

      Delete
  6. Kita nak tengok penyokong hidup melayu nak sokong siapa kali ini

    ReplyDelete
  7. "Shahrizat berasa simpati terhadap Dyana kerana masih tidak sedar dirinya hanya dijadikan boneka dan telah diperalatkan oleh DAP dalam mencapai objektif parti itu untuk memiliki kuasa politik"
    Ucapan Syahrizat yang tidak ada asas sama sekali menunjukkan betapa tua nya parti Mak Cik2 dan Mak Long2 yang sudah nyanyok dan merapu.‬ Depa lah yang menyekat anak-anak muda dari mendekati parti depa jadi anak-anak muda lari kepada DAP, PAS dan PKR.

    ReplyDelete
  8. Mummy jarum ni bukan nya setakat anti pada Mukhriz bahkan turut anti pada Tun Mahathir dan family. Mungkin ada dikalangan keluarga mummy atau mummy sendiri yang kempunan tak dapat habuan semasa Tun memerintah. Kebanyakan artikal mummy jarum ni tak lupa nak hentam Mukhriz dan sesekali terselit pulak nama Tun ...hmmm mumy oh mummy - ingatkan kat Penang aje penuh dengan mummy jarum...

    ReplyDelete
  9. Rasa betul RBA yang sebar gambar tu. Taktik biasa bagi mereka dan kita dah faham.

    ReplyDelete
  10. Mereka buat,
    Mereka sebar,
    Mereka jawab,
    Mereka dapat kredit.

    Orang lain yang takde kena mengena yang kena.

    ReplyDelete
  11. Saya yakin dia akan sokong Hudud.

    ReplyDelete
  12. Takutnyeee Dyana nak mengaummm.
    yang nak mengaum tu Dyana, tapi suaranya DAP.

    Miummm..muimmm

    ReplyDelete
  13. Dap sudah ada MElayu nya.
    Lepas ni PAS dan PKR tak boleh lawan.

    ReplyDelete
  14. Oleh Shen Yee Aun
    papashan88@outlook.com
    Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kali ini terdapat seramai 45 orang pengundi berumur lebih 100 tahun, 38.61 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (41.94 peratus) dan India (19 peratus).

    Calon DAP di Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd. Daud merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang. Ibu Dyana Sofya sebenarnya bekas ahli Wanita UMNO yang aktif di peringkat bahagian. Sekiranya pembaca ada mengikuti artikel saya yang lepas maka kalian akan teringat yang saya mengatakan bahawa pakatan pembangkang sering mengambil individu yang memiliki ‘DNA’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya dipakejkan sebagai jaguh dalam parti mereka.

    UMNO dan BN ialah kilang penawaran bakat terbesar kepada pakatan pembangkang. Peliknya setiap hari ada sahaja tuduhan dan dakwaan disebarkan kepada orang ramai betapa lemah dan jahatnya UMNO dan BN.

    Dalam isu ini sebenarnya pihak media sosial BN yang tidak peka dan terperangkap dalam jerat yang diumpan oleh pakatan pembangkang. Dalam DAP sebenarnya sama juga seperti parti PKR yang mana terdapat kumpulan yang pro Istana Segambut dan sebaliknya.

    Begitu juga dalam DAP, terdapat kumpulan yang pro Dinasti Lim dan yang menentangnya. Banyak penganalisis politik sebelum ini meramalkan keluarga Dinasti Lim sudah tidak sehaluan dengan keluarga Ngeh dan Nga di Perak.

    Terdapat beberapa calon berpotensi sebelum ini yang dilihat sebagai penyokong kuat keluarga Ngeh dan Nga di Perak. Mereka ialah Setiausaha Politik Nga Kor Ming, Chong Zhen Min dan Hee Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai ‘SUPERMAN’.

    Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

    Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

    Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

    Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

    Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

    Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

    Nampaknya sebelum pilihan raya bermula Dinasti Lim sudah hampir menang dalam dua pertarungan iaitu secara dalaman dan luaran.

    Oleh itu adalah penting bagi BN untuk sedar daripada lamunan dan tidak berterusan terperangkap dalam permainan dan taktik kotor DAP ini yang akhirnya hanya menguntungkan mereka tetapi BN pula yang terpalit dengan dakyah dan pembohongan pihak pembangkang yang didalangi RBA.

    ReplyDelete
  15. Ramai juga Mualaf dan Melayu kat parti DAP ni kalau diselidekki dengan terbuka. Lama-kelamaan dalam 10 tahun, agaknya DAP lah akan betul-betul multiracial dan penuh muda-mudi berbilang bangsa dan agama.

    Yang tua-tua, rasis, kroni, hartawan, jutawan, extremis agama boleh lah meneruskan jadi ahli kat UMNO ke, MCA ke, MIC ke, Gerakan ke ataupun mana-mana parti BN.

    Dah semakin terang, parti-parti yang semakin rasis dan ektremis tu ialah parti-parti BN.

    Semua ni terjadi kerana Mamakutty yang dah jahanamkan UMNO dan mengujudkan parti UMNO Baru berprinsip cara perjuangan Mamak Melayu celup.

    Melayu dah lebih 500 tahun jadi bingung dan bodoh dijajah dan walaupun sejak Merdeka, BN dah 50 tahun memerintah masih kekal merasa bodoh dan bingung dibawah BN.

    Nak salahkan siapa sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang boleh tanya lagi ka nak salahkan siapa....salahkan diri hang sendiri la... Tuhan dah bagi otak dan hati kat kita . Sekolah pun dah pi.. Lepas tu hang boleh tanya lagi no...

      Delete
    2. PRK Teluk Intan pastinya milik DAP. Org melayu yg bijaksana tak akan turun mengundi. Wakil DAP adalah produk yg dilahirkan oleh kerajaan UMNO/BN yg tidak diberi ruang bergiat dlm UMNO.. Apa pun UMNO/UiTM telah gagal mentarbiahkan lulusan mereka dgn semangat melayu jati. Mungkin zaman dah berubah. Semangat tidak dipentingkan lagi, yang penting duit/pulus untuk menongkat langit. Dyana Sofya akhirnya hanya akan jadi seperli lembu yang dicucuk hidungnya.

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.