Posting di bawah disedut dari blog Zamkata:-
Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.
Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.
Kononnya nak tambak laut dari Sanglang ke Kuala Muda. Syarikat Samudera Darulaman diberi hak ‘deal ‘ pasir di Acheh. Rakyat Kedah menaruh harapan mengunung. Sanusi nak tanam padi atas bumbung. Gagasan MENJERO –Mental, Jasad dan Rohani hanya tinggal gagasan.
Akhirnya bila Sanusi tersungkur tak dapat 2/3 dlm pilihanraya parti BN menjadi nyawa-nyawa ikan di Kedah. Gagasan tinggal gagasan, tambak laut jadi bahan lawak penglipurlara rakyat Kedah.
Hari ini mai pulak Mukhriz. Dok nak buat airport di Kulim. Kesan dari pengumuman Mukhriz itu telah melahirkan ramai speculator harta tanah mula goyang loceng jadi broka nak jual tanah di Kulim dan kawasan yang sekitar dengannya. La ni dah ada ketua bahagian UMNO dok gila merian melobi projek nak buat airport bawa profile syarikat jumpa MB. Menjual air lior sana sini.
Hakikatnya pengundi hari ini sudah cerdik. Depa tau projek jangka panjang macam ini bukan senang nak dilaksanakan. Pengambilan tanah sahaja memakan masa 3 atau 4 tahun. Kajian EIA sahaja makan masa 4 tahun. Itu tidak termasuk lagi gangguan ekonomi negara kesan pergolakan politik di Asia Barat dan negara China yang hari ini sedang berlaku tunjuk perasaan di Hong Kong di mana generasi muda mahukan demokrasi mutlak dengan sokongan ‘the hidden hand of America”.
Jika semua ini diambil perkiraan secara rasional bermakna projek ini akan menjangkau lebih dari 10 tahun. Tempoh satu penggal Mukhriz jadi MB pun tak lama. Lagi sekali PRU Mukhriz akan balik federal dan tinggal Kerajaan Kedah terkontang kanteng. Masa itu mai pula MB baru yang entah apa pulak projeknya nasib tak baik balik kepada pemerintahan PAS.
Apa yang Mukhriz harus tumpu ialah menambah nilai sektor yang sedia ada seperti pertanian dan pelancungan. Kerajaan persekutuan telah berbelanja billion ringgit memajukan Langkawi persoalannya apa usaha Kerjaan Negeri menarik pelancung dari Langkawi ke tanah besar? Tahun lepas kedatangan pelancung ke Langkawi dianggarkan berjumlah 2.8 juta malangnya tak sampai pun 10% yang datang ke tanah besar. Siapa yang untung dengan kemajuan Langkawi? Jawabnya ialah Satun, Phuket dan Hadnyai. Kerajaan negeri masih tidur dibuai mimpi.
Projek jangka panjang memerlukan pemimpin yang lama memerintah seperti Mahathir. Memerintah dalam suasana politik yang stabil. Itu pun sehingga kini projek Proton masih dalam kawalan Mahathir dari sejak penubuhannya pada tahun 1983 sehingga hari ini tak ada satu pun pemimpin yang boleh diharap memimpin Proton.
Kasihan, umur tongkat langit pun masih melancarkan model baru Proton. Jika Mahathir tak ada Proton gulung tikar.
Itulah realitinya kepimpinan Mukhriz. Lama mana nak pakai jubah dan ketayap? Pengundi ingin melihat pembangunan yang menyentuh jiwa mereka. Mereka mahu makanan untuk hari ini bukannya 20 tahun lagi yang entah apa akan jadi.
"APA DIHARAP PADI SEBERANG ENTAHKAN MASAK ENTAHKAN TIDAK, APA DIHARAP JANJINYA ORANG ENTAHKAN TUNAI ENTAHKAN TIDAK"
Mukhriz harus bangkit dan buktikan keupayaan.
ReplyDeleteJarum lagi mummy betina ni sekor
ReplyDeleteDengki betul bekas Menteri yang dah kalah seorang ni. Macamlah masa dia jadi Menteri dulu tu penuh dengan kejayaan.
ReplyDeleteApa yang Mukhriz buat adalah cadangan dan perancangan. Samada ianya berjaya dilaksana atau tidak banyak faktor akan mempengaruhinya. Perancangan perlu ada barulah cadangan itu akan berjaya dalam perlaksanaannya. Kalau perancangan pun tak ada bermakna hanya mampu makan gaji buta dan berjaya mengelak timbul isu daripada perancangan yang dikemukakan. Tidak semua yang dirancangkan akan berjaya tetapi sekurang-kurangnya hargai mereka yang punyai idea dan cadangan untuk kemajuan negara untuk jangka masa panjang.
Akhir sekali bila ada projek besar sudah pasti akan ada yang kaya. Rezeki siapa tak tahulah siapa yang dapat.
Bolehlah mereka dapat komisyen dan persen.Tukang lobi.
ReplyDeleteEXCO mana pula nak bolot projek ini.
Jangan marah mummy.... memang amano menang hari tupun kerana brimm dan sedikit kelemahan Pas. Lepas ni lingkup terus le amano kat Kedah....
ReplyDeleteAda benar nya bila ambil dan majukan apa yang dah ada di kedah.
ReplyDeleteContoh ambil kepesatan langkawi ke kedah.
Patut ada feri kereta macam penang.
Tak cukup ridership ka untuk service ni?
Di kedah negeri padi - pertanian.
Patut ada university pertanian di kedah.
Banding sektor pertanian thai atau jepun?
Majukan pulau bunting. Dah ada titi. Buat apa biar terbengkalai?
Majukan gunung jerai. Satu satu nya tempat peranginan sejok di kedah. Kelebihan nya ada pemandangan yang 'to die for'.
Betoi mami - ketayap dan jubah tu tak payah laa....buat kerja yang bole dan terdaya sudah.
Dasar langit terbuka sgt sesuai dengan cadangan airport di kulim.Merebut peluang dan meningkatkan aktiviti2 ekonomi atas perkembangan semasa industri penerbangan, adalah lebih baik dari berdiam diri.Bayangkan wang brim di laburkan dlm industri tersebut akan melimpahkan pelbagai sektor ekonomi jangka pendek dan panjang.
ReplyDeleteBrim,krim,klim dasar kerajaan yg talah gagal di pru 13.Bn mendapat 48% undi keseluruhan.Ada dua pemikiran yg boleh di takrifkan sebagai keperluan mendesak atas tekanan dan kebijakan mengurus dana rakyat di antara dua kaum iaitu melayu dan cina.Contoh di selangor yg mempunyai rizab tunai mencecah Rm 3 billion lebih.Tak kiralah dari sumber mana tetapi dlm skop yang baik mengurus kerajaan negeri.
ReplyDeleteBN Menang Kedah Seang.
ReplyDeleteAirport impian EXCO sajalah.
Yang senag sapa.Keliling pejabat MB sahaja.
.
ReplyDelete.
MR
Saya rasa gomen laki-bini najibrosmah
mengurus setiap negeri seperti
separable entitities. Jadi mereka laki-bini
inc tak perlu ambil pot yang berlaku di negeri
negeri. Organisasi yang efisen mesti ada integrasi
dan jalankan unit unit dalam organisasi sebagai
responsiblity centres yang ada interactive link
dengan gomen pusat. Jadi performance gomen pusat
adalah sum total performance responsiblity centres [di negeri]
yang berkait di dalam gomen pusat. Inilah konsep management
accounting - the whole =sum of its parts
Ikut storyline yang dilampirkan orang kedah/kulim perlukan satu
airport. Kalau dari zaman sanusi joned hingga ke kini mat
kedah dok
mintak tapi tak dapat. Saya rasa gomen laki-bini kit mengurus
negara tanpa ambilkira maklombalas dari
rakyat kedah -mungkin kerana sikap tak payah
ambil pot kehendak rakyat negeri yang diuruskan
dek Parti Pas dan lebih lebih lagi kerana
demer yakin BN akan menang lagi di Kedah.
Fakta Penting -di Butterworth sudah sedia ada lapangan
terbang yang besar yang kini di dalam
pfi gomen [ rujuk blog anil netto ] di beri kepada cukong
kroni Pak Lah -TSR Capital Bhd. Kedudukan BW taklah jauh
mana dari Kulim [ 1 jam perjalanan]
Untuk buat satu airport memerlukan 2¬3 billion ringgit dan
memerlukan pengambilan tanah yang memakan
masa hingga 10 tahun. Ini sudah ada airport
yang besar. Kalau nak jadikan landasan A380 pun munkin perlu
tak sampai 100 juta pun.
.
Philosophy Sampah Gomen Laki-bini
------------------------------------------------------
Kebanyakan generasi saya datang dari ibu bapa yang hidup
yang berpengalaman dengan hidup susah di dalam zaman
jepun. Walaupun bapa saya berkerja di
bawah BMA dan seterusnya
dengan gomen jepun hidup masih susah. Jadi amalan jimat
cermat adalah teras hidup kami.
.
Omputih ada frasa- ' waste not want not'. Siapa belajar di
sekolah yang diuruskan Gereja [La Salle/Convent] tentu di
dera hapalkan amalan falsafah ini.
.
Pada zaman ini gomen laki-bini dan opiser gomen amalkan
falsafah- Waste [bazir] - a must [ satu yang wajib] ,
Want , Want , want [Keinginan yang tak terbatas] adalah
kemestian! Ini adalah kerana di sebalek dasar Waste N Want
ini terletak kekayaan Mat /minah pemimpin/ bekas pemimpin
Melayu!
Habuan mereka datang dari pemberian Cukong Cina yang akan
mentransformasi kan Want [dari gomen] ke cash
yang bolih di limpahkan ke mat/minah pemimpin/bekas
pemimpin gomen!
.
Inilah tragedi falsafah sampah yang di amal dek regim
laki-bini 1 Malaysia. Buta pada pandangan pengurusan global
yang ada di 1Malaysia menjuruskan negara ke defist yang besar
dan sangsara pada rakyat. Sikap memandang secara narrow
view terhadap negeri melepaskan peluang untuk satu
negeri menikmati benefit dari negeri jirannya.
.
Mahathir ada kata ' Prosper thy neighbour'
and filosofi ini mesti dimulakan di kedah at home]!
.
.
hanana bt abdulla
.
.
Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M
ReplyDeletePerjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M
Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M
Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M
bu ...wekk
ReplyDeletePatut lerr ada EXCO Pelajaran Kedah siap kata lagi tak akan tercapai cita-cita mukhriz nak bina airport. Rupanya kesnya begini. Ingatkan dia nak tikam mukhriz dari belakang. Lagipun dia memang terkenal dengan sikap suka tikam belakang. Lagi satu pijak semut pun tak mati bila depan mukhriz. Kenapalah mukhriz percaya dia sangat. Dia ini umpama musuh dalam selimut. Harap mukhriz segera buka mata.
ReplyDeleteSaya setuju mummy...dalam keaadan ekonomi tgh problem nih...toksah la YB-YB dok merayan lebih nak buat projek besar2....patut di tambah nilai pada industri2 yang sedia ada di Kedah.....cthnya...in my humble opinion...Baling tuh ada potensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan...cuma masalahnya Baling tuh terlalu jauh dgn interstate highway PLUS....lagi satu Baling dan Sik tuh banyak waterfall dan selain itu boleh juga dijadikan pusat tanaman kopi yang terbesar jika YB-YB kat situ agak cerdik...orang Baling pandai bancuh kopi...kopi depa sedappppp....marvelous in the world....
ReplyDelete