Saturday, September 6, 2014

MAHATHIR SAYANG NAJIB



 
REAKSI TUNKU MENERIMA TEGURAN MAHATHIR
Menurut Mukhriz teguran bapanya kepada Najib dalam blog chedet.cc adalah kerana sayang dan untuk menjana kekuatan atau energy kepada Najib yang sedang menghadapi berbagai ujian kebelakangan ini. (Di mana dan apa cerita di dalam KOTAK HITAM MH17?).
Allhamdulillah Mukhriz juga berprinsip yang sama dapat menerima teguran dengan terbuka dan beliau yakin hanya orang yang sayang sahaja akan menegur berlawanan dengan golongan yang menyokong manis dibibir atau pengampu sebaliknya membawa rebah.
Menurut Mahathir di dalam blognya beliau juga pernah menegur Tunku - “Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku”.
Mengimbau sejarah teguran Mahathir terhadap Tunku kerana sayang sebenarnya ia tidak mendatangkan kekuatan kepada Tunku sebaliknya ia mengeheret Tunku turun dari kerusi PM dengan lebih cepat
Kata Mahathir beliau “menegur” Tunku. Ikuti Perenggan 7 dan 8 dalam surat teguran Mahathir yang berbunyi :-
“Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenalkan sebagai ‘The Happy Prime Minister’ walaupun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku menggunakan kenderaan dan eskot Polis untuk bermain poker’
‘Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku ‘naïve’ dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang ta’ dapat patek sebutkan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.’
Hari ini teguran Mahathir terhadap Najib dalam para 25 blognya berbunyi - “Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng”.
Manakala para 31 Mahathir menegur - “Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan Negara”.
Hakikatnya Mahathir lebih sayang negaranya dan bangsanya daripada sesiapa juga.

3 comments:

  1. Bahasanya lebih kesat dari Pembangkang..sayang kebendenye....kalau macam tu LKS lagi sayang kat Najib..

    ReplyDelete
  2. memang betul sesangat, tanda2 kehancuran sudah mula kelihatan sejak pelbagai akta telah dimansuhkan.UMNO kini kehilangan pemimpn sejati yang dapat menjaga orang2 dan tanah melayu.
    (BERUNDURLAH ANDAINYA TIDAK MAMPU MENGGALAS TANGGUNGJAWAB)

    ReplyDelete
  3. Awat la mb kedah ni cakap tak macam pak dia. Takpayah lah kata sayang....kita bukan cakap pasai begaduh anak beranak.

    Tun cakap pasai masa depan orang melayu. Sayang tu beside the point la.

    Pasai orang orang melayu pulak nampak najib tak dak peduli kat depa....asyek dok layan pembangkang dan melayu2 korperat.

    Najib tak sedak kata surat khabak star tu penuh dgn unsur2 memajukan tujuan opposition?

    Melayu yang undi bn dia mana ada kesah?

    Dengan cina Singapore lembek....

    Tu laa pasai. Bila chedet tegok - melayu rasa itu isi hati depa.

    tapi yang paling penting - adakah itu rasa hati orang2 UMNO ? ?

    Bandingan teguran chedet kat tunku tepat sekali MR.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.