Tuesday, September 23, 2014

"KONSEP PENGURUSAN LAKI-BINI" - DARI RANJANG KE MEJA PENTADBIRAN



Amalan pentadbiran dengan meletak isteri sebagai anggota penting dalam kerajaan semaada secara resmi atau tidak resmi nampaknya semakin popular. Memberi muka kepada pengaruh isteri dalam pentadbiran Kerajaan mungkin boleh diistilahkan sebagai konsep “Pengurusan Laki-Bini (KPLB)’ atau “Managing By Husband and Wife”. Pendekatan pengurusan terkini yang sebaris dengan pengurusan “Management By Objective” yang dipopularkan oleh Peter Drucker.

Dalam perkembangan terkini amalan ini baru sahaja menemui kegagalan apabila ia cuba dipratikkan secara sah dalam cubaan meletak isteri sebagai Menteri Besar Selangor. Ini kerana ia berjaya disekat oleh Sultan Selangor. Di mana Anwar gagal meletak Wan Azizah sebagai pemimpin bonekanya di Selangor.

Sebaliknya  konsep Pengurusan Laki-Bini berjalan segar secara terhormat  di peringkat pucuk kepimpinan tertinggi. Bayangkan majlis menandatangani MOU sesama sendiri yang dibuat di New York (klik sini). Entah apa sangkutan PERMATA Negara dan Petronas yang terpaksa dibuat di New York. Bukan kah ia boleh ditandatangani di dalam negara sahaja. 
Untuk hebat buat sahaja di pucuk menyayup tingkat 88 Menara Berkembar Petronas, di antara menera yang tertinggi di dunia. 
Mengheret rombongan isteri yang sebegitu ramai hanya untuk 'signing' MOU ke New York bukan nya satu perbelanjaan yang sedikit.

Tidak terkecuali di negeri Kedah pun sudah mengamalkan  konsep Pengurusan Laki-Bini. Pentadbiran Mukhriz telah meghalalkan Setiausaha Kerajaan Negeri melantik isteri kesayangan beliau menjawat jawatan nombor tiga tertinggi dan terpenting dalam negeri Kedah.

Apapun cukup-cukuplah sekadar berguling garak di atas katil apa perlunya dasar kerajaan sehingga dibawa ke meja pentadbiran di pejabat. Biar suami lebih objektif dengan pengurusannya.

5 comments:

  1. Mami oii,
    Kami doakan Kak Ros dan isteri semua mengikut jejak contoh Hillary Clinton.
    Selepas hubby pencen mereka pulak gedik-gedik jadi PM..amacam?
    Jangan maree..

    ReplyDelete
  2. Hairan ya???????????
    Kita tak dengar pulak bini Kit Siang, bini Guan Eng, bini Hadi Awang, bini Nik Aziz.
    Mana mereka ya????????
    Bini Kit Siang - chiak moyyy di rumah.
    Bini Guan Eng - chiak apommmm
    Bini Hadi Awang - basuh baju dan didik anak.
    Bini nik Aziz - mengajar Quran.

    Bini orang UMNO? bikin duit bikin harta bikin kuasa.

    Tak gitu Mummy ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri Lim Guan Eng namanya Betty Chew Ge Cheng dan dia ADUN N.20 Kota Laksamana, Melaka. So mana yang katanya isteri Lim Guan Eng tak terbabit politik?
      Dalam ramai2 isteri PM Malaysia, kecuali Rosmah Mansor sahaja yang "aktif", yang 5 orang lain hanya aktif dengan badan badan amal sahaja.

      Delete
  3. MR jangan lupa dasar Tun Perak.

    ReplyDelete
  4. Pas terkubur d pengkalan kubur akibat wabak perasit yg terus membiak subur menghisap segala gizi dan zat di dalam jantung dan organ penting pada tubuh badan pas...sekirang tidak d rawat segera dan d buang jangkitan ini maka tubuh badan pas yang mula menyusut akan menjadi keremping dan lemah akibat jangkitan yg smakin melarat akhirnya tubuh badan pas akan tumbang dan tersungkur tak berkutik bila jangkitan sampai ke otak.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.