Tuesday, December 9, 2014

BERNAMA TV SEDANG KEBULURAN



Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA bukan satu nama kecil tetapi Bernama TV merupakan satu nama baru dalam industri penyiaran Negara. Kelahiran awal Bernama TV pun ibarat lahir senyap-senyap tanpa pengetahuan Menteri Penerangan ketika itu. Ia cetusan dari kepala otak Tan Sri Anuar Zaini orang kuat Pak Lah Badawi ketika tu.
Hari ini Bernama TV sedang kebuluran. Menurut CEO nya Datuk Ibrahin Yahya @ Ibrahim Tiger mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya. 
Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak. Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Bernama TV.
Menurut Ibrahim gaji terakhir dibayar oleh BTV pada 20 Oktober lalu pihak beliau juga belum pasti bila gaji penuh akan dibayar, kerana mereka kini telah pokai.
Nampaknya Bernama TV sedang nyawa-nyawa ikan dan akan hanyut pada bila-bila masa sahaja jika Kerajaan tidak campur tangan.
Yang sebenarnya banyak lagi cerita menarik di belakang tabir Bernama TV ini yang ramai tidak tahu kerana penonton hanya menonton wajah-wajah jelita penyampai  berita nya.

4 comments:

  1. tutup sajalah bernama tv. sebelum ni dah banyak stesen tutup. apa masalahnya. kalau org dah tak tengok, baik tutup saja. tapi jgn aniayakan kakitangan.

    ReplyDelete
  2. Berita2 asyik membodek kerajaan aje, lambat laun para pengiklan pun jauh diri kerana tak tahan dek kerja kreatif propaganda aje yang tidak membuka minda rakyat mak cik FELDA dan Melayu miskin/bangan di kota atau di kampung. Kalu nak ganti Bernama TV nanti para penerbit kena belajar dari Aljazeera, CCTV dan BBC nanti baru bermakna dan rakyat akan celek. Kalu ikut modul RTM/TV3 atau sepertinya mungkin pada mulanya akan gah tapi kemudian orang dan pengiklan akan naik menyampah dengan berita tepu perihal Ketuanan Melayu/hudud/ institusi Raja-raja Melayu/ bani Melayu diserang dek Kristian/DAP/PKR/ dan orang Melayu mesti bersatu dengan UMNO/PAS dan alpa dengan keserakah kroni UMNO/BN yang menjarah kekayaan kerana atas nama MElayu/bumiputra/Islam.

    ReplyDelete
  3. Bernama TV memuntahkan berita2 yang asyik membodek kerajaan aje, lambat laun para pengiklan pun jauh diri kerana tak tahan dek kerja kreatif propaganda aje yang tidak membuka minda rakyat mak cik FELDA dan Melayu miskin/bangan di kota atau di kampung. Kalu nak ganti Bernama TV nanti para penerbit kena belajar dari Aljazeera, CCTV dan BBC nanti baru bermakna dan rakyat akan celek kerana berita dari mereka selalu segar dan tidak berat sebelah. Kalu ikut modul usang RTM/TV3 atau sepertinya mungkin pada mulanya akan gah tapi kemudian orang dan pengiklan akan naik menyampah dengan berita tepu perihal Ketuanan Melayu/hudud/ institusi Raja-raja Melayu/ bani Melayu diserang dek Kristian/DAP/PKR/ dan orang Melayu mesti bersatu dengan UMNO/PAS dan alpa dengan keserakah kroni UMNO/BN yang menjarah kekayaan kerana atas nama MElayu/bumiputra/Islam, walaupun berita itu disampaikan oleh penyampai jelita atau yan handsome.

    ReplyDelete
  4. Mummy .
    Bukan Bernama TV yang kebuluran.
    Yang kebuluran ialah kakitangannya
    Apakah Pengurusan Bernama TV tak fikir ke masaalah kakitangannya.

    1.sewa rumah
    2.belanja harian
    3.kos pengangkutan
    4.makan minum
    5.hujung tahun persiapan persekolahan anak

    dan macam-macam lagi.

    Apa masalahnya ini Bernama TV.
    Siapa-siapa boleh beri penjelasan dan pencerahan.

    GLC atau Agensi Kerajaan makin kalut dan teruk,
    Imej Kerajaan DS Najib yang makin malap

    Menteri buat apa.......

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.