Thursday, December 18, 2014

KEDAH BUAT APA?

Pulau Pinang optimis mencapai sasaran 5.7 juta kedatangan pelancong tahun depan berikutan Malaysia menjadi Pengerusi Asean. Pengarah Tourism Malaysia Pulau Pinang, Harun Pilus berkata pihaknya akan menggunakan kesempatan tersebut sebaik-baiknya bagi mempromosikan Pulau Pinang dalam kalangan negara Asean. 
"Kita sasar kedatangan pelancong meningkat 5% tahun depan berbanding jangkaan 5.5 juta tahun ini. 
"Sehingga September lepas, lebih 3.8 juta pelancong melawat negeri ini melalui lapangan terbang dan pelabuhan serta jalan darat," katanya di George Town hari ini. 
Harun berkata lebih 20 acara menarik dirangka bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong. – Bernama.

KOMEN:
KEDAH BUAT APA?

7 comments:

  1. benci benar hang kat mukriz noooo

    ReplyDelete
  2. Nampaknya mummy macam ada perasaan tak puashati, benci dan irihati dengan Kedah. Sudah tentu sebagai pemimpin, MB Kedah ada perancangannya tersendiri. Adakah dia perlu report pada mummy mengenai perancangannya? Kalau mummy pun ada perancangan, adakah mummy perlu report pada orang lain?. Biarlah dia menjalankan tugasnya untuk menjadikan Kedah maju dan makmor. Kita tengok progressnya macamana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua tahun ooooooooooooo apa pun tarak...Jangan sampai orang kata DAP perintah negara ini yang terbaik Melayu jadi MB ok,ok,ok tapi not OK.

      Delete
    2. Kalau Mr tak cakap pn ,dah nyata tak satu apa pn kami rakyat Kedah nampak yang dibuat Mukhriz.Macam dulu,Tadak perubahannya.

      Sia sia orang ramai menyokongnya.Petani duk senak dan makin senak,pekebun,ada yang dah tak gamak nak motong.Semua itu adalah sebahagian besar dari penduduk Kedah,yang mana sewajarnya telah dibela oleh beliau.

      Beliau mencari kehebatan dengan projek airport Kulimnya itu yang entahkah jadi.Pastinya,kami petang,pekebun,nelayan,tak berubah susah jika projek itu menjadi sekalipun.

      Mukhriz mesti berubah atau diubah!

      Delete
  3. Kedah tak buat pe.Relek tunggu pelancong datang sendiri.

    .

    ReplyDelete
  4. Kedah diperintah oleh UMNO.
    Mukhriz dan EXCO dan Barisan UMNO Kedah dilihat tak ada strategi dan perancangan.
    Dari segi politik UMNO--kosong.
    Dari segi kerajaan pun tak ada yang baharu.
    War Room pun indah khabar dari rupa,
    Rupa nya mereka keliling Muhriz asyik isi poket sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  5. Pelancong antarabangsa datang untuk melihat atau rasa ada sesuatu keunikan ang boleh ditawarkan oleh negara atau negeri itu. Pulau Pinang, Melaka dan Sabah dan Sarawak ada keistimewaannya dan ramai pelancong antarabansa ke tempat berkenaan. Apa benda tarikan yang ada di Kedah selain ada jelapang padi dan Pulau Langkawi. Jika sekal pun PAS mengambil alih dan mem'replicate' versi 'serambi mekkah' tak mungkin ramai pelancong antarabangsa yang mahu membuat Kedah sebagai 'top destination', mungkin ramai peancog dari Indonesia dan dari negara "Islam' lain. Peninggalan candi Hindu di sekitar barat Kedah Tengah pun tidak dibangunkan dengan kreatif lagi indah. Maka Kedah harus terima hakikat bahawa Kedah tidak lagi mempunyai pakej wisata yang berpotensi membangunkan industri pelancong bagi tarikan pelancong asing. Pentadbiran UMNO atau PAS ke tak mungkin boleh membangunkan industri pelancong di tanah besar Kedah.Lagipun Mukzriz pun bukan ada minat sangat menjadi MB Kedah, dia cuma menunggu Najib rebah untuk kembali semula di Pusat atas arahan Madey, ayahandanya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.