Thursday, December 4, 2014

LIHATLAH SIAPA YANG BANGANG?



MR bermula blogging pada 27 June 2006 dan aktif serta ligat pada13 Oktober 2008. Bermakna sudah lebih kurang 7 tahun secara konsisten blogging. Ramai rakan-rakan seangkatan sudah kecundang samada putus asa, keciwa, kekeringan ilham, dan ada yang sudah beralih angin apabila ditawar dengan jawatan yang lebih hebat dan habuan yang lumayan.
Malah ada yang sudah kena beli dan yang yang menyedihkan ada yang kena lelong seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam filem P Ramlee “Tiga Abdul”.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lepas Najib telah terlepas gurauan apabila beliau telah membangangkan blogger-blogger yang hentam ‘beliau’ dan ‘isteri beliau’ sesama UMNO. Tidak dapat disalahkan apabila blogger-blogger UMNO ini nampak banyak kepincangan di dalam UMNO sendiri atau isteri PM sendiri maka mereka mempunyai banyak bahan untuk menghentam UMNO.

Berhubungan dengan bangang MR ingin membuka soalan, siapa yang bangang dan siapa yang otak kangkung apabila syarikat-syarikat minyak terpaksa mengimport bekalan petrol RON 97  dari Singapura bagi menampung kekurangan stok di negara ini.?

Laungan konon pentadbiran ekonomi yang cekap dan ampuh kini sedikit demi sedikit nampaknya sudah mula akan terlondeh memperlihatkan panau dan kurap pentadbiran Najib.

Walaubagaimanapun saraf dan nadi politik Najib yang sedikit tersumbat akan kembali lancar apabila wang BR1M mula ditabur kepada rakyat.

7 comments:

  1. Tolak aliran perdana, sama lah terjun dalam jurang...

    Kepada siapa lebih kita percaya ? Bila kita di pimpin orang lain (artikel dinturtle) umpama dukung biawak hidup, apa jadi ?

    ReplyDelete
  2. rocky the great brown unused dick says: Hassan malek jugak yang pandai...

    ReplyDelete
  3. Beli minyak Ron 97 dari Singapore, Rm 2.62 -SGD 1.00.Berapa harga seliter di stesen pump minyak di Malaysia.Nilai ringgit merudum,akibat kejatuhan harga minyak.Kos Sara hidup meningkat akibat ringgit lemah dan tanpa subsidi.Akibat dr itu, blr bunga bank akan bertambah mata kerana mata asas sekarang tidal lagi relevant.Bursa malayaia susut at as ketidakpercayaan pada ringgit.Nilai hartanah susut.Pendapatan petronas berkurangan.Brim tidak relevant kerana kekurangan hasil negara.Ada laporan menyatakan trend harga minyak menyusut.Akiviti jual ringgit telah lama berlaku.Jepun akan mengeluarkan kereta engine hidrogen skala besar 2015.Mungkin harga minyak dunia akan rendah utk menyaingi bahan bakar lain.

    ReplyDelete
  4. Setakat hari ini tak ada mana mana pihak pun dalam UMNO pertahankan DS Najib dalam isu blogger bangang ini.
    Makna nya :
    Pemuda UMNO lena
    Wanita UMNO mimpi
    Puetri UMNO khayal
    UMNO lain main selamat.
    SUA membisu.
    Ketua Penarangan UMNO relak .Dok tumpu GST sepenuh masa.
    Tuan Punasihat ...tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  5. Jangan harap ketua-ketua ini nak pertahankan pepimpin mereka kerana mereka juga bercita-cita tinggi. Jadi, biar saja pemimp[in mereka terjun dengan labu-labunya. Lagi cepat terjun lagi cepat peluang terbuka.

    ReplyDelete
  6. Kih..kih..kih..pemimpin tu semua penyamun...blogger bangang ni penyangak...dh elok dh..penyamun jual penyangak...jgn mare..

    ReplyDelete
  7. haha..bloggers umno terpaksa terima walaupun pahit..bahwa mereka itu 'bangang' saja dipandangan najib dan ahli politik bn lainya..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.