Kekalahan BN di kubu sendiri dalam PRK Sibu dengan majoriti kepada DAP sebanyak 398 ternyata merupakan satu mesej yang buruk kepada BN Serawak dan kepimpinan Najib.
Indikasi “BN in trouble” dapat dilihat apabila pada pukul 3.00 petang hanya baru 53.02 peratus pengundi turun membuang undi ini bermakna musibah bakal menimpa seperti kes PRU12 yang lepas.
Ini juga membawa indikasi bahawa yang telah turun mengundi adalah terdiri dari pengundi-pengundi Cina Bandar yang sahih menyokong DAP. Manakala pengundi-pengundi pendalaman yang kebanyakan memegang tradisi memilih BN masih “wait and see”.
Jika ada jentera atau pengangkutan yang mengusung mereka keluar baru mereka akan keluar mengundi jika tidak mereka akan terlelap tidur kekenyangan makan tengahari.
Situasi cemas BN amat ketara. Kehadiran Najib pada 15 Mei iaitu sehari sebelum hari mengundi di kawasan perumahan Rajang Park yang dilabelkan sebagai kawasan hitam ternyata sudah terlewat.
Kehadiran beliau bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan membawa buah tangan di dalam bentuk peruntukan sebanyak RM5 juta. Peruntukan ini adalah untuk menyelesaikan masalah sistem kumbahan dan perparitan yang kerap berlaku banjir kilat di kawasan perumahan tersebut.
Menurut lapuran The Star 16/5/2010, salah satu punca yang menyebabkan kawasan ini menjadi hitam adalah kerana masaalah sistem perparitan dan kumbahan ini. Isu ini telah lama berlarutan sejak pilihanraya umum yang lepas lagi. Mungkin kerana dilabel sebagai kawasan hitam maka BN menghukum mereka.
Isu-isu sebegini bukan hanya di Rajang Park, Sibu tetapi masih lagi terdapat banyak lagi tempat-tempat yang sedang menghadapi kes yang sama dan pengundi sedang menunggu hari dan waktu pilihanraya untuk berjual beli.
Inilah amalan BN setiap kali pilihanraya, baik kecil mahupun pilihanraya umum, memasang umpan ketika air bergelora. Umpan hanyut, ikan entah ke mana. Strategi mengumpan pengundi dengan projek-projek pembangunan sudah lapuk.
Kerajaan yang diberi amanah memimpin hari ini seharusnya lebih pro-aktif, “to address the issues before it becomes an issues”.
Umum mengetahui kekayaan negeri Serawak melimpah ruah dari minyak diperut bumi sehingga ke pucuk daun kayu balak menjolok langit. Apakah perlu menunggu kedatangan seorang Perdana Menteri di waktu pilihanraya, menggendol RM5juta untuk menyelesaikan isu longkang, parit, jamban dan banjir kilat?
Di mana efisiensinya seorang Ketua Menteri yang masih bertongkat langit di makan zaman?
Konklusinya apabila terlalu lama memegang jawatan Ketua Menteri, cakapnya sudah tidak laku, tenaganya sudah lembik untuk turun ke kawasan, minda dan pemikirannya sudah merapu dan yang nyata kesunyian sedang meratah batinnya apabila rakan-rakan seperjuangan telah lama mengadap ilahi meninggalkannya.
Academics Should Think Carefully Before Advocating Assimilation
-
For years, a non-Muslim academic in Malaysia has advocated the idea that
Malaysia should move away from an integration model towards an assimilation
model....
4 weeks ago


