Kekalahan BN di kubu sendiri dalam PRK Sibu dengan majoriti kepada DAP sebanyak 398 ternyata merupakan satu mesej yang buruk kepada BN Serawak dan kepimpinan Najib.
Indikasi “BN in trouble” dapat dilihat apabila pada pukul 3.00 petang hanya baru 53.02 peratus pengundi turun membuang undi ini bermakna musibah bakal menimpa seperti kes PRU12 yang lepas.
Ini juga membawa indikasi bahawa yang telah turun mengundi adalah terdiri dari pengundi-pengundi Cina Bandar yang sahih menyokong DAP. Manakala pengundi-pengundi pendalaman yang kebanyakan memegang tradisi memilih BN masih “wait and see”.
Jika ada jentera atau pengangkutan yang mengusung mereka keluar baru mereka akan keluar mengundi jika tidak mereka akan terlelap tidur kekenyangan makan tengahari.
Situasi cemas BN amat ketara. Kehadiran Najib pada 15 Mei iaitu sehari sebelum hari mengundi di kawasan perumahan Rajang Park yang dilabelkan sebagai kawasan hitam ternyata sudah terlewat.
Kehadiran beliau bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan membawa buah tangan di dalam bentuk peruntukan sebanyak RM5 juta. Peruntukan ini adalah untuk menyelesaikan masalah sistem kumbahan dan perparitan yang kerap berlaku banjir kilat di kawasan perumahan tersebut.
Menurut lapuran The Star 16/5/2010, salah satu punca yang menyebabkan kawasan ini menjadi hitam adalah kerana masaalah sistem perparitan dan kumbahan ini. Isu ini telah lama berlarutan sejak pilihanraya umum yang lepas lagi. Mungkin kerana dilabel sebagai kawasan hitam maka BN menghukum mereka.
Isu-isu sebegini bukan hanya di Rajang Park, Sibu tetapi masih lagi terdapat banyak lagi tempat-tempat yang sedang menghadapi kes yang sama dan pengundi sedang menunggu hari dan waktu pilihanraya untuk berjual beli.
Inilah amalan BN setiap kali pilihanraya, baik kecil mahupun pilihanraya umum, memasang umpan ketika air bergelora. Umpan hanyut, ikan entah ke mana. Strategi mengumpan pengundi dengan projek-projek pembangunan sudah lapuk.
Kerajaan yang diberi amanah memimpin hari ini seharusnya lebih pro-aktif, “to address the issues before it becomes an issues”.
Umum mengetahui kekayaan negeri Serawak melimpah ruah dari minyak diperut bumi sehingga ke pucuk daun kayu balak menjolok langit. Apakah perlu menunggu kedatangan seorang Perdana Menteri di waktu pilihanraya, menggendol RM5juta untuk menyelesaikan isu longkang, parit, jamban dan banjir kilat?
Di mana efisiensinya seorang Ketua Menteri yang masih bertongkat langit di makan zaman?
Konklusinya apabila terlalu lama memegang jawatan Ketua Menteri, cakapnya sudah tidak laku, tenaganya sudah lembik untuk turun ke kawasan, minda dan pemikirannya sudah merapu dan yang nyata kesunyian sedang meratah batinnya apabila rakan-rakan seperjuangan telah lama mengadap ilahi meninggalkannya.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Kalau boleh kat dalam kubur pun dia nak bawak kuasa tu.
ReplyDeleteTak letih ker lama sangat duduk kat situ...ish ish...
La ni orang nak orang muda tapi tak semestinya anak atau kaum kerabat dia.
BN masih lagi menang di Sibu...menang undi POS.
ReplyDeletekawan aku kat serawak hantar sms tertulis.UNDI SUPP BERERTI UNDI TAIB MAHMUD.BYE..BYE..
ReplyDeleteSebelum PRK Sibu, aku call member utk tanya keadaan di sibu. Dia kata Sibu BN pasti menang sebab depa tabur lebih 160 juta RM. Betoi ke? Tiba2 dengar berita SIBU kalah kepada DAP. Syabas dan tahniah kepada warga Sibu sebab pembangunan pun dapat, wakil rakyat pilihan mereka pun menang.
ReplyDeleteorang tua-tua selalu berpesan.jangan inaya orang miskin.dan jangan juga melakukan kezaliman sama ada terzahir atau tersem,bunyi.kerana kata orang tua-tua doa orang miskin adn doa orang kena zalim dimakbul ALLAH.oleh itu beringatlah wahai manusia yang berstatus pemimpin.sama ada pemimpin dibawah,ditengah dan ditas.WALLAHHUALAM
ReplyDeletemummy rokiah.bukan mr tak tahu.aku ingat dato najib pun tahu.laporan yang sampai semua ok dan no problem.aku kesian pada dato najib.aku rakyat biasa nak ada suara.kuasa pun 5 tahun sekali.laporan ok dan no problem ini jangan pakai.apa pun jangan patah semangat bekerjalah dengan ikhlas.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMungkin kemenangan hebat di Hulu Selangor membuat BN dibuai selesa dan memandang sepi isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP.
FULLSTOP.
DAP cina ni depa anti Melayu!
ReplyDelete....wawa
moralnya dr pada kekalahan kali ni.. stop dok bagi peruntukan kepada bangsa & manusia2 yg tak kenang jasa & budi kerajaan selama ni..
ReplyDeletewalhal banyak lagi kawasan yg sentiasa menyokong kerajaan, diabaikan.
nasib baik undi melayu & kaum bumiputra yg membantu calon BN memperolehi undi sebanyak tu.. kalau tidak majoriti yg di menangi DAP lagi bercambah.
ubah pendekatan cara perlaksanaan & kempen pada masa depan.
jika tidak inilah yg bakal terjadi pada PRK yg bakal mendatang.
kamek mamak
umno kena teruskan kursus politik.jangan dok beri tumpuan pada orang yang ada jawatan dlm umno sahaja.penyokong umno kena lah beri peluang juga.baru ada percambahan idea.suara akar umbi sepenuhnya hendaklah didengar.jangan bergantung pada kaki ampu dan kaki cium tangan.suara dan pandangan akar umbi tak sampai keatas.tak semua yang manis mujarab dan tak semua yang pahit itu tak boleh dimakan.suara akar umbi amat penting hari ini.
ReplyDeleteDan mami jangan lupa nak tambah juga, KM Taib Mahmud lebih suka didodoi dengan irama dan lagu P Ramlee, dari turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
ReplyDeleteempaya dinasti keluarga rakyat dah muak
ReplyDelete