Wednesday, May 12, 2010

Asyik-asyik mamak lagi...


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.

Beliau yang dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah pernah menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Diploma Kewartawanan daripada Institute of Journalism di Jerman pada 1969.

Zainuddin kemudian memperolehi Fellowship Kewartawanan daripada Universiti of Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 1981.

Beliau mula bertugas sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia cawangan Alor Setar pada 1959 dan kemudian menjadi wartawan tetap pada 1969.

Bermula daripada itu, Zainuddin kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemberita dan seterusnya diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, jawatan yang dianggapnya sebagai 'bom jangka'.

Semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, tulisannya di dalam pojok Awang Selamat sentiasa bersifat provokatif bagi mengisi agenda negara secara kritis.

Zainuddin yang dilucutkan jawatannya itu pada 1992 kemudian bergiat aktif di dalam bidang politik.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian dilantik menjadi Menteri Penerangan.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Zainuddin bertanding merebut kerusi Parlimen Merbok dan menang dengan majoriti 15,162 undi.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Zainuddin menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya.

Katanya, beliau kini lebih menumpukan kepada dunia penulisan setelah bersara daripada dunia kewartawanan dan politik.

''Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini," katanya.

Menurutnya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuk ketika membuat pendedahan mengenai ekstremis kaum di negara ini serta kegiatan kumpulan ajaran sesat Al-Arqam sehingga ia diharamkan satu ketika dulu.
Belum pun kering dakwat posting MR yang bertarikh 7/5/2010 di dalam blog ini tentang suara mamak-mamak di Parlimen, semalam UMNO menganugerah lagi pada mamak, mamak Zainudin Maidin atau Zam sebagai Tokoh Melayu Terbilang.

Inilah bukti yang nyata satu pengiktirafan peranan mamak dalam di dalam United Malays National Organisation (UMNO).

Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah mesej pengiktirafan peranan utama kaum mamak dalam negara ini. Zam mewakili sebilangan besar mamak-mamak yang terdiri dari mamak nasi kandar/roti canai dan teh tarik, mamak surat khabar/majalah, mamak money changer, mamak roti, mamak rempah-cabai, mamak kacang puteh dan seluruh DKK dalam negara ini.

Mungkin atas dasar atau kriteria ini Zam dipilih. Kalau mengikut penulisan buku Zam hanya menulis tak lebih pun dari 4 buah buku iaitu "Yang Pertama dan Terakhir", "Mahathir Di Sebalik Tabir", "Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot" dan "Wira Tidak Didendang.". Tokoh-tokoh lain seperti Kadir Jasin menulis lebih dari itu.

Mungkin juga Najib mengenang jasa Zam kerana menulis tentang ayahanda beliau Tun Razak "Tun Razak : Jejak bertapak seorang Patriot" dan hasil penulisan diserah kepada Yayasan Tun Razak membuat Zam dipilih.

Apa pun di dunia ini tidak ada yang percuma.

24 comments:

  1. Aparaaaa...satu kapai mari mau bisin-bisin.

    ReplyDelete
  2. aiya...itu mamak tulis satu buku, kasi angkat itu bapak Pm, terus dapat anu-gerah terbilang,...wow..itu baru satu buku, kalu itu mamak tulis lagi banyak buku kasi angkat2 bakul, itu anu-gerah angkasa lepas , dia pun boleh dapat jugak....wow...dunia2.....

    1malaysia 1mamak....hehehe jgn marah yea......

    ReplyDelete
  3. Salam MR,
    Barangkali M dalam UMNO tidak lagi mewakili 'Malays' tetapi 'Mamak'. Itu la gamaknya yang dapat award pun muka yang tu jugak. Takkan Melayu Hilang di Dunia ? As if !! Hahahahaha!!

    ReplyDelete
  4. Sabar mummy... marah memang marah bila bangkit hal Mamak ni... tapi kita kena sabar.... Masalahnya orang Melayu sendiri terlalu bertolak ansur....pada saya yang ada campur Melayu boleh lagi dikira untuk benar2 boleh di dalam UMNO.... tapi sedihnya ramai yang dalam UMNO tu sepatutnya di dalam MIC atau KIMMA...

    Hamba Allah

    ReplyDelete
  5. Apa nak heran Mummy, mee goreng pun guna nama dia, nie sat lagi nak pekena "mee goreng mamak" satu. heheheh..

    ReplyDelete
  6. Nak kata najib ni bodoh, takkanlah ornag bodoh jadi Pee Emm. Takdak orang lainkah yang lebih layak diberi anugerah ini? Ini satu lagi tanda UMNO dah hilang arahtuju, mungkin lepas ni mamak Zam dapat TUN pulak, bersaing dengan seorang lagi mamak "hebat", Mahathir.

    ReplyDelete
  7. Jangan lupa Kesultanan Melayu Melaka sebahagian dari darah keturunan mereka juga ada campur darah mamak.. itu fakta sejarah..
    Mamak ka .. melayu ka.. bukankah kita semua orang Islam dan menentang musuh laknat yang sama?

    ReplyDelete
  8. Kemenangan Zam dalam PRU 2004 dengan majoriti 15,162 di Parlimen Merbok ternyata bukan kemenangan yang kecil. Jumlah yang besar ini adalah pertanda Zam diterima dalam arena politik UMNO.
    Jasa-jasa beliau semasa menjadi MP Merbok juga masih diperkatakan sehingga sekarang.
    Sentuhan rakyat yang digunapakai di dalam pendekatan Zam sebagai wakil rakyat telah dicontohi pemimpin PAS.Sehingga Ustaz Azizan yang menjadi rakan beliau semasa di Maktab Mahmud pun turun melancarkan buku "Hj Abdul Rahman Merbok" hasil inisiatif Zam.Ahli-ahli PAS Merbok tercengang apabila melihat keakraban Zam dan Ustaz Azizan sangat mesra bergurau senda semasa berucap,lebih mesra dari Zam dan pemimpin UMNO sendiri.
    Zam sebagai karyawan Tamu UUM perlu kerja rapat dengan Ustaz Azizan,MB Kedah demi kepentingan Melayu Kedah.

    ReplyDelete
  9. Kalau lelaki mamak, perempuan pulak di panggil mami or mummy as in mummy rokiah.

    matt

    ReplyDelete
  10. tahniah dato zam.kalau kita buat kebaikan tak rugi pun.orang pun ingat pada kebaikan kita.nak tanya sikit.dato zam dah tak minat lagi ke pru 13 nanti.

    ReplyDelete
  11. Salam Mummy,

    Depa kata mesyuarat UMNO Bahagian Tanjung, P. Pinang kebanyakannya menggunakan bahasa Tamil kerana kebanyakan ahli umno di sana adalah mamak, jadi elok Dato' Zam dpt anugerah tersebut. Cuma kini spesis mamak dah tak ada di Kota Kuala Muda lagi. Sebab tu bila Dato' Zam bertanding calon MP Sungai Petani, beliau tewas pd tahun 2008 di tgn Dato' Joe PKR yg juga bekas AJK umno Bahagian SP

    ReplyDelete
  12. aku simapati pada dato zam.dia orang baik.tetapi jadi mangsa mainan politik dimerbok.

    ReplyDelete
  13. mamak pandai kipas & ampu..

    tu yg depa semua hidup senang lenang.

    ReplyDelete
  14. benda mcm ni pun nak kecoh2..apa yg tak kena dgn ko ni mummy rokiah????

    ReplyDelete
  15. MR...

    Nak komen sikit pasai komen ustaz..

    apa ustaz dok merepek ni. 2004 org sokong pasal umno kukuh. TUN M handover kat TUN LOLAH dengan keadaan baik adanya.

    sebab tu bukan MP Merbok saja menang besar tempat lain pun sama. bukan isu menang besar & dia baik dgn ust azizan.

    kalau MR nak tau..tak dak apa yg mamak ni buat kat parlimen Merbok.. semua telah d bangunkan ketika era TUN M & TUN Daim. mamak tu claim kredit saja.

    pasai apa 2008 mamak ni bertanding org bagi kalah.. pasal dia kaki ampu & tak buat keja. bodek sana, bodek sini. RTM masa zaman dia org nak teguk pun meluat. lagi tak dak apa pembangunan yang dia buat di merbok selama jadi MP kat sana.

    tu org sg petani marah. paling senang semua salah paklah. asyik ambik cadidate org tak mau letak kat Parlimen SP. kalau nak ikut kan mamak mcm ni banyak kat chorosta market d penang.

    so paham2 sendiri la.

    ReplyDelete
  16. laaa..si sipot babi dlm mahkamah hari ni tak basuh ponggong sampai dua hari...biar betul!!!!!...x berak x apa dua hari konon nak simpan air mani...PIrahhhhhh!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. Saiful: Yes, I was a strong (BN-Umno) supporter but I voted for PKR Subang parliamentarian R Sivarasa and PKR Bukit Lanjan state representative Elizabeth Wong............Hahahaha...WTF!!!
    Wei sifol vote PKR weii...KO tak naik again ke?????

    ReplyDelete
  18. mamak pun manusia jugak muslim jugak darahnya merah .... lagi pun si mamak ni banyak pengorbanan nya pada umno .... jauhi lah sifat hasrat dengki sesama muslim kalau begini sampai bila nak maju ????

    ReplyDelete
  19. dato zam dijadikan sampel antara calon bn yang kalah dipru 12 yang lalu.tambahan pula dato zam menteri penerangan.kenapa jadi begitu.ramai tokoh kalah.pada pandangan aku puncanya ialah orang umno sudah berasa terlalu selesa sepanjang masa.hari ini pun aku perhatikan sikap selesa masih ada dan belum hilang.pembangkang berhempas pulas siang malam untuk mendapat tempat.kedua perebutan dalam sampai kini belum kering lagi,basah dan lembab sana dan sini.masa ini faktor kemenangan banyak dilihat pada imej calon.penguasaan parti hanya tinggal sekadar 40 peratus sahaja.oleh itu dato zam menerima tempias pru 12.selamat maju jaya dato zam.

    ReplyDelete
  20. Biaq pi lah MR oooiii.... Mamak yang dapat anugerah tuuu... tak lah jadi macam Mamak DSAIAljuburi ANAK mAKjAN DAN dr Ibrahim Carok Tok Kun tuuuhh..

    ReplyDelete
  21. kontraktor kelas FMay 15, 2010 at 7:58 AM

    di kedah hari ini pun ramai tokoh-tokoh mamak.di kulim bandar baru mamak.di baling mamak juga.aku harap jangan jadi mamak dikitol sudahlah.

    ReplyDelete
  22. Merbok,Daim dan Zam ~hakikatnya dalam era mereka Merbok Gemilang. Hari ini Merbok seperti burung Merbok berak kapor.
    Pemimpin yang ada hanya mahu glamour dan banyak main wang dalam berpolitik.

    ReplyDelete
  23. Sifat hasad dengki yang sering dilabelkan kepada orang Melayu melalui istilah Phd kepada orang orang Melayu amat terserlah setelah membaca komen komen disini.
    Kita boleh pertikaikan keupayaan bekerjanya, kita boleh pertikaikan cara berfikirnya,kita boleh pertikai cara bertindaknya dan kita boleh pertikai apa sahaja perbuatannya.
    Soalnya , apakah kita perlu pertikai warna kulitnya?, keturunannya?, agamanya?
    Kelakuan kita ini lebih mendedahkan kelemahan, kedaifan, kebodohan kita kepada kaum lain lantas kita menjadi bahan ketawa dan lelucon akibat daripada sifat buruk yang kita tonjolkan.
    Biarlah kita berhujah berdasarkan fakta dan bukannya emosi. Kita serlahkan budaya terpelajar kita,kita serlahkan budaya kematangan kita, kita serlahkan budaya kebijaksanaan, agar semua ada rasa hormat pada kita.
    Kalau inilah cara kita berhujah , maka perasaan hilang hormat kepada bangsa Melayu semakin menebal, pandangan negatif terhacap bangsa Melayu semakin luas.

    Orang cerdik BERHUJAH
    Orang tak cerdik BERBALAH

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.