Tuesday, May 5, 2009

PRK Penanti - UMNO telah keciwa dengan demokrasi

Utusanonline - 5/5/2009

KUALA LUMPUR 4 Mei - UMNO masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Biro Politik UMNO yang bermesyuarat tengah hari ini juga tidak membincangkan perkara itu.

"Mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini membincangkan banyak perkara dan Pilihan Raya Kecil DUN Penanti bukan salah satu daripadanya. Perkara itu belum diputuskan lagi,'' katanya.

KOMEN:
Rakyat atas pagar tertanya-tanya dan tidak begitu faham mengapa UMNO begitu susah untuk membuat keputusan untuk bertanding atau tidak dalam PRK DUN Penanti.

Apa juga muslihat pihak PKR atau PAS dalam isu ini seharusnya UMNO tidak terjebak dalam krisis PKR, PAS dan DAP kerana yang di katakan Pakatan Rakyat nampaknya sudah tidak dapat berpakat lagi. PAS mula menyedari mereka telah dikuda kepangkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim. Retak sedang menanti belah.

Apakah UMNO sudah tidak yakin lagi dengan sistem demokrasi negara ini di mana kuasa rakyat harus menjadi keutamaan. Pastinya penyokong-penyokong tegar UMNO di Penanti akan keciwa kerana tidak dapat memangkah calun UMNO atau BN di dalam PRK ini kelak jika UMNO tidak bertanding.

Tun Mahathir pernah berkata dalam mana-mana pertandingan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

16 comments:

  1. SALAM MAMI, AMBOI PEDAS MACAM KARI BAWAH POKO KETAPANG TU HA! MUAHAHAHAHA, NAK BUAT IKLAN SIKIT NO..MINTAK IZIN YA MAMI!

    AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

    KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

    ReplyDelete
  2. Bukan UMNO tak yakin @ tak berani, nak letak calon BN maka okey la tu UMNO buat keputusan bersama dalam BN. 1Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Betul..One malaysia....

    http://congakone.blogspot.com/2009/05/one-black-malaysia.html

    ReplyDelete
  4. Mummy,
    Sebenarnya PRK Penanti ini adalah lebih daripada peperangan psikologi di antara Najib dan Anwar.
    Tak gitu?

    ReplyDelete
  5. Salam mammy. Dengan sejarah kejayaan umno yang panjang di penanti tiada sebab bagi umno-bn untuk tidak merebut kembali hati rakyat penanti (statestik 1986 hingga 2008) umno-bn menang 4:2. Barangkali faktor calon perlu dipandang dengan tepat untuk mampu menyatukan hati orang2 melayu dengan jumlah lebih 72% yang terpecah itu.isyarat 2004 telah jelas kepada umno-bn, dengan kelebihan hanya 667 orang selepas merebut dari tangan pkr pada pru sebelumnya. Malangnya kemenangan itu gagal diurus dengan baik sehingga pengikut umno-bn beralih arah. umno-bn ada pengikut hanya sahaja hati mereka perlu dimenangi semula dengan memilih calon yang betul2 boleh..

    ReplyDelete
  6. parpu kari..ni bodoh nak mampus ...dgn bomohpun percaya... mmg dasar manusia xdak iman.... opppsss parpu kari ni sebenarnya muslim ka kafir...

    ReplyDelete
  7. org dah tak terima lagidaah UMNO dalam dunia ni.... tahun 2020 nanti cuba tanya bebudak sekolah apa tu UMNO... jawapan yg diterima ...UMNO tu apa.... kereta? lori? bas? atau nama gameboy baru ker?

    Lahanat UMNO

    ReplyDelete
  8. issh.. sedih sungguh sampai macam tu sekali pemikiran org sekarang ekk.. mmg tak tau nilai..kita merdeka pun sbb UMNO... kalau sampai dah tak kenal UMNO tu sapa...mmg teruk la komen awak tu..

    ReplyDelete
  9. UMNO akan lebih dihormati kalau pemimpin mereka tidak pinggirkan agama dalam berpolitik..sikap double standart jentera kerajaan dan media pro kerajaan yang keterlaluan juga membuatkan rakyat semakin jelik dan meluat..percayalah, UMNO akan hilang majoriti 2/3 di semenanjung dalam PRU akan datang jika amalan ini diteruskan...

    ReplyDelete
  10. konsep 1malaysia meresahkan org melayu berbanding cina dan india..mmg inilah yang mereka tunggukan....tiada maknanya konsep ini sekiranya org melayu berpecah 3 (UMNO,PKR,PAS) sedangkan cina tetap cina dan india tetap india...melayu berjuang untuk parti sedangkan cina dan india berjuang untuk survival bangsa mereka...

    ReplyDelete
  11. Aku sendiri terkejut bila anak aku Tingkatan 1 kat sekolah asrama penuh cakap kat kelas dia 99%sokong Pakatan Rakyat.Ada sorg je anak org UMNO asyik kena perli. Tu kelas dia saja. Dia kata abg2 senior lagi le terang2 dok ckp pasal meluat kat UMNO BN. Tu budak2sekolah tu...lu pikirle sendiri...lepasni agaknya sokongan kpd UMNO BN pupus le nampaknya. Jgn salahkan org yg tak menyokong, pikir apa yg UMNO BN dah buat sampai jadi mcm ni? Takkan nak mengaku yg Pakatan Rakyat dan individu2 pembangkang ni kuat kot?

    ReplyDelete
  12. aku pasti anak awak tu mesti sedang belajar di selatan filipina atau koman-koman pun di salah satu sekolah menengah di selatan siam sebab di tempat tersebut sahaja anak yang bagitu kecil dilibatkan dengan kesesatan politik.

    ReplyDelete
  13. setuju dengan anak bajau sempornaMay 7, 2009 at 1:03 AM

    Kerana UMNO lah Islam menjadi Agama Persekutuan. Pemimpin UMNO lah yang terlibat dalam kemerdekaan tanah tumpah darah ini.
    Kerana UMNO lah orang Melayu mempunyai kedudukan tinggi sebagai penjawat awam.

    Walaupun pembelajaraan tanggung jawab pemerintah, apakah kenikmatan di Malaysia ini sama dengan negara Thai dan Indonesia. Belajarlah bersukur!

    Kalau kita jumpa orang Islam dalam keadaan mabuk, adakah Agama yang di salahkan?

    Begitu juga dengan kakitangan kerajaan rasuah. Adakah kerajaan itu 100% RASUAH. Bezalah dengan jelas!
    Kita harus sedar, apa yang berlaku ini adalah seperti yang di katakan orang tak terima UMNO lagi ialah agenda YAHUDI dan Amerika. Mereka telah berjaya menghuru-harakan kestabilan politik Melayu khasnya dan amnya Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Sisingamangaraja GorgorMay 8, 2009 at 1:09 AM

    Tepat skali kate2 setuju dengan anak bajau semporna...~

    Inilah 'demokrasi' yang diagungkan oleh barat yang tak menguntungkan Islam dan negara2 yang lemah...~

    Mereka mempunyai senjata propaganda yang hebat... Mereka menguasai pertubuhan2 rahsia, media, rangkaian, yayasan2, organisasi2 yang mempunyai cawangan di sluruh dunia...~

    Sudah tentulah mudah bagi mereka mengawal pentadbiran setiap negara didunia neh...~

    ReplyDelete
  15. Berita Harian Online 8 Mei 2009

    * MUTAKHIR

    SUP bekas MB diminta tampil bantu kes SMS ugutan

    KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menggesa Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, untuk tampil membantu siasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu bulan lalu.

    Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC II), Hamzah Mohd Jamil, pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.