Monday, June 8, 2009

Awang Selamat rasis

Muhyiddin tegur Utusan

Rahmah Ghazali Jun 2, 09 7:00pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.

"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.

Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.

KOMEN:
Gagasan 1Malaysia cetusan dan wawasan PM seperti dipermain-mainkan oleh Awang Selamat. Walau apa juga penjelasan di dalam Mingguan Malaysia 7/6/2009 konon menegak di atas hujah sejarah sebenarnya Awang Selamat membuka lebih luas lagi pekong di dadanya.

Awang Selamat menyanyikan komentarnya seperti lagu yang dinyanyikan pada tahun 1992, 26 Januari. Pada masa itu di atas tajuk "Ekstremisme Melayu dikutuk tetapi ekstremisme China dipupuk".

Sejauh mana hujah Awang Selamat masih relevan perlu dikaji. Awang Selamat seharusnya bertindak bijak macam Datuk Wong Chun Wai dari The Star.

23 comments:

  1. baca ke tulisan awang selamat tu. tak ada apa pun. cuma petikan tun sambhantahan di parlimen. so what. baca dulu jangan tulis dulu. fitnah. jangan jadi blogger bodoh

    ReplyDelete
  2. hello,

    anda dh baca ke petikan awang selamat?apa yg racist nya?dh mmg fakta sejarah dimana ex president mic yg keluarkan statment berkenaaan dan ianya ada dlm hansard parlimen.sesuatu yg telah menjadi sejarah merupakan fakta dan tidak boleh dinafikan.

    ReplyDelete
  3. sejarah itu sejarah. kalau ia diungit lagi untuk tujuan yang tertentu and tidak releven dengan tempatnya, ia akan menjadi bahan mengecam. hope all understand that and live happily for better a malaysia.

    ReplyDelete
  4. Tak ada yang rasis dikatakan Awang Selamat, dia mengatakan kebenaran.

    Apakah pemimpin Melayu dah rasa ketakutan sehingga kebenaran pun perlu dibendung.

    Ingat kata-kata pujangga ""Those Who Forget History Are Doomed to Repeat It";

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan Mummy bahawa Wong Chun Wai juga racist tetapi dia lebih bijak dari Awang Selamat yang bodoh sombong macam Kassim Selamat dok pi cucuk mata dia sendiri.

    ReplyDelete
  6. Sejarah telah tertulis Melayu ada yang datang dari Jawa,Acheh, Yunan dan seluruh kepulauan Melayu atau Kepulauan Rempah-rempahan.
    Sejarah juga telah mewarganegarakan bangsa China, India menjadi warganegara Masia. Itulah hakikatnya. Mengapa masih diungkit-ungkit lagi. Apa yang perlu kita lakukan ialah works toward unity, bersatu,berpadu. Bukannya cuba ungkit-ungkit utk memisahkan kembali suku-suku kaum kita.
    Awang...Awang...hang fikirlahhhhh

    ReplyDelete
  7. Akhbar Melayu menyiarkan kesah orang Melayu. racist. Akhbar bukan Melayu menyiarkan kesah bangsa-bangsa mereka 1Malaysia. Lama tak dengar mengenai RAMD (Regimen Askar Melayu diRaja0. Masih wujud lagikah atau telah pun jadi Regimen Askar Malaysia diRaja.

    ReplyDelete
  8. Racist? ya ka?.. sejarah yang racist kot..

    TPM tak baca pun artikel tapi boleh beri komen. Kesian Malaysia dapat pemimpin cam ni..

    ReplyDelete
  9. tuan rumah cakap mcm tu racist ka?
    kalau orang yg tumpang kat umah kita leh cakap n minta apa depa nak?yang tu untuk keadilan ker?awat melayu takut jadi racist???????????????????????

    ReplyDelete
  10. peristiwa may 13 1969 adalah sejarah; sejarah hitam lebih tepat. kalau kisah itu dibangkitkan dengan unsur unsur perkauman...porak perandalah negara kita, hancurlah perpaduan. Talk & write whatever good; ignore & forget whatever evil.
    sebagai contoh sajalah itu.....fikir fikirlah....

    ReplyDelete
  11. jangan ts muhyiddin jadi macam anwar sudah..depan kelompok ni ckp lain..depan kelompok nu cakap lain..dlm retreat ckp lain..perlaksanaan di peringkat akar umbi lain pulak..

    ReplyDelete
  12. Awang Selamat hanya menulis fakta sejarah. Kenapa takut sangat dengan fakta sejarah? Takut yang sebenar di ketahui dan mula difahami? Kenapa takut sangat dikatakan rasis? Kenapa orang lain boleh mengugut kita dengan memomokkan kita rasis sedangkan mereka lebih bersifat rasis? Esok kita takut pula dikatakan "alim" dan semua jadi okay? 1Malaysia ialah berkenaan "menerima hakikat seadanya mengikut Perlembagaan dan semangat Perlembagaan diterima seadanya" bukan lagi untuk hanya bersifat toleransi untuk memudahkan penyatuan. Penyatuan yang hakiki ialah apabila semua pihak menerima hakikat tanpa soal jawab dan iri hati sesama warga.

    Saya yakin komen TS Muhyiddin diambil diluar konteks. Orang Melayu kena berani menempias usaha untuk mengaburkan hakikat sejarah. Ini semua dilakukan dengan tujuan untuk menidakkan orang melayu yang kelihatan sedang dirundung dilema. Kelemahan ini sedang cuba ditangguk oleh pihak yang bertujuan mahu meruntuhkan ketuanan melayu dibuminya sendiri.

    Kita perlu berani dan bangkit bersama-sama Awang Selamat dalam mempertahankan apa yang sebenar, jangan malu dan jangan segan.Hanya orang bodoh sahaja yang malu dengan hakikat kemelayuan dan hakikat sejarah negaranya sendiri!

    Selagi kita terus dihambat malu, selagi itulah orang akan memperbodohkan kita dan terus-terusan merampas apa yang hak bagi kita!

    ReplyDelete
  13. hello One Malaysia,

    go and read this posting

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    kenapa bila pihak tertentu mengungkit mengenai hak kita,tak dikatakan racist,bila kita pertahankan hak kita,kita dituduh racist?bila ade orang sentuh psl uagama Islam yg sebati dgn umat melayu,mereka tidak dituduh racist,bila kita pertahankan hak ini,kita dituduh racist.what the hell is going on?

    my advice go and read that blog,you get the answer.kita semua bukan racist.tapi jgn kacau atau bangkitkan dahulu.

    ReplyDelete
  14. Untuk mummy dan SEMUT GATAI,

    AWANG Selamat tak mempermainkan gagasan 1 malaysia PM Najib,yang melenting dan terhegeh tu UNCLE SAMY,dia nak jadi hero Tamil dan lebih kuat dari ketua HINDRAF mahupun ketua LTTE Prabakharan.Kalau Samy tak lompat dia dicop pengecut oleh kaum India jadi kena lompat la.

    Wong Chun Wai tu pun nak hidup dulu dia bantai Tun dia kata Tun Racist tapi la ni dia pi peluk Tun pula.They all are a bunch of clown representing the Indians and the Chinese.SEMUT GATAI hang kena faham,depa nak hidup !

    ReplyDelete
  15. Rakan bloggers,
    1. Kita faham Wong Chun Wai nak hidup. Wong Chun Wai juga faham kalau nak hidup di kalangan Melayu dia kena berlakon seperti itu.

    2. Buka setakat Wong Chun Wai tetapi semua tycoon China yang menguasai ekonomi Malaysia ini semuanya berlakon macam Wong Chun Wai.

    2. Tetapi Melayu sedap dibuai oleh lakonan-lakonan ini. Yang sedihnya Melayu UMNO yang nak bertanding atau struggling for power dalam pemilihan UMNO juga dibiayai oleh tycoon-tycoon ini.

    3. Media Melayu @ Awang Selamat kurang @tidak bijak spinning isu-isu Melayu sehingga mudah ditangkap sebagai rasis.
    Awang Selamat lebih cenderung memainkan emosi Melayu yang balik-balik bermain dengan fakta sejarah dimana ianya telah menjadi fakta lapuk yang mudah dipatahkan secara halus oleh media Wong Chun Wai dan hantu Chin Peng.

    4. Kebijaksanaan media Wong Chun Wai dan hantu Chin Peng ialah memanipulasikan fakta-fakta sejarah ini sehingga mengaburkan generasi professional baru Melayu yang pandai berbahasa Inggeris yang rata-rata membaca akhbar The Star. Tetapi media Bahasa Malaysia Awang Selamat hanya dibaca dikedai-kedai kopi pinggir-pinggir kampong, orang-orang tua pencen vateran dan taman-taman yang rata-ratanya mudah diusik emosi mereka.

    5. Media Wong Chun Wai dan hantu Chin Peng lebih "structured" dengan mengatur strategi jangka panjang eg: tidak siapa sangka Chin Peng akan dijadikan champion, pahlawan dan wira kemerdekaan oleh mereka.

    6. Mengapa? kerana Melayu merasakan kekuatan-kekuatan fakta sejarah ini banyak menyebelahi mereka dan kedudukan mereka ampuh dan tidak akan tergugat bersandarkan fakta-fakta sejarah ini.

    7. Jika dikaji blog-blog PKM mereka sedang menyemai fakta-fakta bahawa mereka bukannya menentang Melayu tetapi mereka menetang penjajah. Secara tidak langsung termasuk Melayu yang pro penjajah i.e Bapa Kemerdekaan kita - YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

    8. Apakah generasi baru Melayu sedar akan putar-belit fakta sejarah ini?

    9. Untuk bersaing media Awang Selamat harus diterbit dalam bilinggual ke bahasa Inggeris. Kalau tidak Awang Selamat hanya syok sendiri dengan dendangan lagu-lagu lama.

    Maaf jika menyentuh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  16. pelik betul orang malaysia ini.
    kalau mereka bersemuka kat mana mana,tak kira bangsa mana... berlakon sepertilah hubungan mereka itu rapat sampai ke silaturahim. apabila menulis article tak kiralah kat akbhar mana pun, kat blog apa pun dan kat bahagian comments sesiapa pun...he he he...meletuslah perasaan perkauman macam lawa gunung berapi. Bahaya..bahaya. Pelik betul orang malaysia ini!
    Mummy Rokiah..i love your comment.

    ReplyDelete
  17. Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

    Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

    Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

    Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

    ReplyDelete
  18. Media dia orang dapat bantuan dan sokongan oleh orang dia orang. Jadi dia orang bersatu hati walau tak bersatu diri.

    Media awang selamat,orang kita syik nak tunjuk lagak lebih pandai dan pandai kritik. Orang kita bukan nak bantu sokong dan bantu tolong, tapi nak bantu melingkup. Kalau agaknya lebih pandai spin, spin lah ambil klue dari media awang bukan tahu nak hentam sahaja tapi tak membantu. Orang kita suka tonjol siapa lebih pandai dan aku lebih pandai dari dia.Itu pasal tak jadi kuat dan berkesan.

    ReplyDelete
  19. Lee Kuan Yew datang ke Malaysia kerana untuk mengintai ingin melihat adiknya DAP dah mula berjaya menguasai Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  20. mummy rokiah...i benci dengan ulasan kau di atas.

    ReplyDelete
  21. mumy rokiah pasal apa tukar haluan di bawah 6.59 am.

    "malaysian insider" lee kuan yew mengadakan pertemuan dengan 5 pemimpin mca menunjokan keperihatinan beliau terhadap kaum cina di malaysia mungkin menyatakan kapada mereka,"dont wory we are just across the straits of johore" seterusnya akan berjumpa pemimpin dap, pkr, dan pas tak lupa curtesy call to najip dan mahyudin.
    munkin selepas ini keturunan india pulak akan memangil pemimpin berpengaroh dari tamil naidu bagi memberi pandangan dan menasihati najib bagimana melayan kehendak keturunan tamil naidu disini.
    orang melayu masih tetap memandang rendah kapada apa yang melayu lain buat.
    lee kuan yew tak raciest ,samy vellu tak raciest , awang selamat memang raciest.

    ReplyDelete
  22. ARKIB : 28/05/2007
    BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
    ISU kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua yang dianggap menghina kakitangan awam dan orang Melayu, meninggalkan kesan tersendiri. Apatah lagi beliau enggan memohon maaf atas kenyataannya itu, sebaliknya cuba mengalihkan perhatian kepada hal lain.

    Awang boleh faham kalau kebanyakan orang Melayu akan melihat DAP sebagai parti yang ‘memusuhi kaum Melayu’.

    Kakitangan awam di negara ini juga pasti akan menyimpan persepsi negatif terhadap parti itu berhubung kenyataan Tony Pua.

    Dalam pada itu, Awang tertanya mengapa DAP enggan membetulkan sikap banyak syarikat swasta yang mengehadkan peluang pekerjaan kepada orang Melayu, dengan cara menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin.

    Mesejnya daripada semua ini ialah perhubungan kaum di negara kita masih rapuh walaupun nampak molek di luar.

    Awang percaya jika kepentingan Melayu terus diasak, akan tercetus gelombang suara mempersoalkan semula tolak ansur kepada golongan minoriti. DAP patut sedar hal ini.

    Tiada negara lain di dunia yang menyaksikan kaum minoriti menerima nasib yang sebegitu baik sebagaimana di Malaysia.

    bak kata pepatah melayu "buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali"

    ReplyDelete
  23. Awang Selamat jangan risau dianggap rasis kerana terlalu banyak Melayu sekarang hilang rasisnya sehingga kuasa Melayu terpaksa dikongsi-kongsi.
    Akibat hilang rasis ini ada Melayu yang sudah melayan kerenah Chin Peng.
    Hari ini 3 naib Presiden UMNO Zahid,Shafiee dan Hishamudin tunduk-tunduk menghormati Lee Kuan Yew.
    Mereka angkat LKY dalam statement mereka.
    Mereka hangguk-hangguk, tunduk-tunduk macam pokka hormat pada LKY.
    Media Awang Selamat menyiarkan gambar ini. Awang pun takut di katakan rasis menyiarkan besar gambar ini.
    Mungkin LKY mai Malaysia yang patut menyambutnya ialah Said Zahari.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.