Saturday, June 6, 2009

China dan peradaban

Utusan Malaysia - sabtu 6/6/2009

Najib terima layanan istimewa


BEIJING 5 Jun - Sambutan dan layanan yang diberikan oleh kerajaan China terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan rawatan rasmi selama empat hari ke negara ini melebihi penghormatan sebagai seorang pemimpin sebuah negara.

Najib yang turut diiringi ibu Tun Rahah Mohd. Noah; isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Noryana Najwa serta Norashman Razak diberi layanan dengan penuh semangat setiakawan dan kekeluargaan.

Perdana Menteri berkata, beliau terkejut apabila Perdana Menteri China, Wen Jiabao menghadiahkan gambar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sedang menandatangani komunike untuk menjalin hubungan diplomatik bersama Perdana Menteri China ketika itu, Zhu Enlai 35 tahun lalu.

"Saya dapat tahu Perdana Menteri Jiabao telah mengarahkan sebuah agensi berita China mencari gambar Allahyarham ayahanda saya Tun Abdul Razak bersama Enlai sedang menandatangani komunike.

"Maklum balas pertama yang diterimanya ialah tidak dapat cari gambar itu. Beliau (Jiabao) kata pergi balik dan cari dengan nada lebih tegas. Sudah tentu bila Perdana Menteri China arah untuk kali kedua tentu kena buat dari situ mereka jumpa gambar itu yang diberikan kepada saya dan ibu saya," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kejutan dalam lawatannya itu pada sidang akhbar di sini hari ini.

Malah, kata Najib, beliau turut membawa bersama keluarga terutama Tun Rahah kerana lawatan itu ada unsur dan sentimen kekeluargaan sempena sambutan ulang tahun keputusan yang dibuat 35 tahun lalu untuk mewujudkan hubungan diplomatik Malaysia-China oleh Tun Abdul Razak.

"China merupakan sebuah kerajaan yang menghargai budi yang dibuat. Mereka tidak pernah lupa peranan keluarga Allahyarham ayahanda saya terutama bonda saya.

"Sebab itu setiap duta China (ke Malaysia) akan menjemput bonda saya ke rumah mereka atau sekurang-kurangnya melakukan kunjungan hormat pada bonda saya walaupun Allahyarham (Tun Abdul Razak) tidak ada lagi.

"Ini tidak dilakukan oleh mana-mana negara lain. Tetapi China buat ini. Ini keunikan China yang tidak pernah lupakan budi," jelas Perdana Menteri.

Malah kata Najib, majlis menandatangani perjanjian antara kerjaan Malaysia-China yang membabitkan pelan kerjasama strategik turut dibuat di Dewan Agung Rakyat.

"Mereka tidak pernah guna dewan ini untuk upacara perjanjian, tetapi mereka guna sebab mereka mahu mengiktiraf kepentingan lawatan ini. Ada juga beberapa perkara yang dibuat oleh kerajaan China yang di luar protokol biasa.

"Ini petunjuk mereka mempunyai sentimen istimewa terhadap Malaysia sebab kita merupakan negara ASEAN pertama yang mengiktiraf mereka," katanya. - Utusan

KOMEN :
No komen.

12 comments:

  1. Salam,

    Anda dipelawa untuk buat komen.Walaupun berbeza tidak mengapa.Mungkin komen memberi mafaat kepada pembaca semua.

    http://penpusaka.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Malaysia juga mempunyai sentimen menyayangi antara kaum, Melayu, cina dan lain2 kaum di negara kita.Rakyat Malaysia selamanya sering berkasih sayang,saling sedar batasan masing-masing aku juga menghormati perasaan orang2 macam gelong Gajah walau mungkin berlainan pendapat dan tanggapan politik.

    Hanya sahaja kadang2 keadaan hermoni dan muhibbah ini dikocak dan dikeruhkan oleh sesetengah pemimpin politik demi kepentingan politik mereka.

    Rakyat Malaysia sudah matang,perbalahan pendapat tidak memungkinkan perseteruan yang berpanjangan..sejarah telah banyak mengajar kita.Berdebat dalam Blog misalnya janganlah keterlaluan sehingga ada yang mengungit dan mengaib mak bapa kita yang tak tahu apa2.

    ReplyDelete
  3. Yang Peng San macam bangun dari mimpi.Mana ada sentimen kasih sayang dan menyayangi antara kaum.
    Realitinya Melayu hanya bercampur sesama Melayu. Melayu dimanja dan tidak mampu bersaing. Apabila Melayu bertekak sesama Melayu dan ketinggalan segala segi kaum lain dipersalahkan.
    Apabila hanya jaguh kampong dan berjuang atas sentimen yang cetek.

    Yang Peng San,
    Kita bersuara dalam blog bukan untuk mengungkit dan mengaibkan mak bapa kita. Tetapi kita harus bersuarakan yang benar dan perbetul kesilapan yang dahulu pada hari ini supaya anak kita nanti tidak mengungkit dan mengaibkan kita yang tak tahu apa-apa.

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dgn Putera sulung. Biar kita berkata benar walaupon ia pahit tetapi jgn sampai membuka aib orang. Itu sudah menyalahi arahan Islam. Tiada siapa yg mahu aibnya menjadi tontonan umum melainkan *&^%.

    Bukan saya hendak memburukkan melayu, tetapi itu adalah kenyataan. Sebelum kita menuding jari menyalahkan bangsa lain atas sesuatu kesalahan cermin2 dahulu diri sendiri, apa kesilapan diri sendiri. Jgn hanya niat untuk berjuang tetapi bila berperang menyorok di belakang sekali. Melainkan ada kepentingan sendiri.

    Harap2, Melayu(khususnya Muslimin dan muslimat) kini lebih banyak bermuhasabah diri dan berfikir panjang dalam membuat keputusan. Jika niat itu berlandaskan Islam, IssyaAllah walaupon kalah / shahid, akan tetap ada ganjarannya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...
    woi gelung gajah... hang pun jilat pungkok chin ping lagi baguih. jadi barua komunis... bagi la puki mak hang kat chin peng sama... bagi patriotik....

    June 2, 2009 8:25 PM

    adakah sehingga ketahap seperti komen anon di atas???

    hanya melayu dalam PKR dan PR yang membenci melayu UMNO dan menghasut kaum2 bukan melayu untuk membenci melayu dalam UMNO dan enggan mengakui perpaduan yang ujud demi untuk menyuburkan anutan politik hasad mereka.

    putera sulong juga ketinggalan dek zaman..adakah anda berfikir tanpa perpaduan di kalangan kaum di Malaysia baginikah rupa dan wajah negara kita selepas lebih 50 tahun.

    kelemahan dalam penyatuan kaum diakui sememangnya masih ada tetapi usaha kerajaan kearah itu sedang giat dijalankan dan usaha ini sering diganggu gugat oleh pemikiran orang seperti putera sulong.

    ReplyDelete
  6. "putera sulong juga ketinggalan dek zaman..adakah anda berfikir tanpa perpaduan di kalangan kaum di Malaysia baginikah rupa dan wajah negara kita selepas lebih 50 tahun"
    kata Yang Peng San.

    Yang Peng San,
    Hakikatnya Perpaduan kaum sepanjang 40 tahun (dikira selepas 13 Mei 1969)selama ini hanya retorik semata-mata seperti telor dihujung tanduk.Pemimpin UMNO cakap lain buat lain. Mereka mencari populariti dengan tepukan bersemangat dalam perhimpunan agung UMNO apabila mereka hentam bangsa lain dan manjakan Melayu.

    Tun Razak dan Husein Onn telah mencetuskan kempen "MUHIBBAH". Setiap hari kita di sekolah akan menyanyikan lagu: -

    MUHIBBAH
    Muhibbah Muhibbah
    Itulah amalan kita semua
    Muhibbah Muhibbah
    Sejak sedari zaman purbakala

    Tunaikanlah ikrar
    Satu nusa satu bangsa merdeka
    Satu loghat dan satu suara
    Dalam Malaysia jaya

    **Junjung tinggi cita-cita bangsa
    Hormatilah perlembagaannya
    Marilah kita berganding tangan
    Hapuskanlah jurang perbezaan

    Muhibbah Muhibbah
    Gema bersatu padu satu bangsa
    Negara 'kan makmur bahagia
    Dalam Malaysia jaya.

    Kita di sekolah pada waktu itu berkawan rapat dengan China,Melayu, India.Perpaduan mula nampakan bibit terjalin.

    Tetapi apabila berubah pucuk pimpinan,PM baru dan kabinet barunya mengubah dasar-dasar sehingga Melayu hanya berkawan dengan Melayu dan tersisih dengan bangsa lain.

    Sejak tarikh itu jurang perpaduan kaum semakin jauh. Nampak hanya pada "wajah" tetapi tidak pada isinya("wajah" sprt kata Yang Peng San). Retak menanti belah. Melayu hanya pandai bercakap Melayu dan lemah dalam Bahasa Inggeris.Melayu dimanjakan dengan macam-macam subsidi.

    Persoalannya apakah kita masih beretorik dengan hanya berbangga setakat "50tahun" seperti kenyataan Yang Peng San?

    Hari ini mengapa perlu kita mengulangi semula kempen perpaduan kaum? Mengapa pemimpin kita tidak teruskan dasar-dasar yang baik dari pemimpin terdahulu?

    Apakah selepas UMNO dibelasah teruk dalam PRU yang lepas? Atau apakah selepas UMNO sudah hilang pengaruh dalam BN? Mengapa begitu mudah minoriti Hindraf yang kita pandang enteng bangun menentang kita?

    Apakah dalam Islam ada rakyat kelas dua dan mengamalkan diskriminasi?
    Jawabnya sepanjang "50 tahun" itu kita gagal, UMNO gagal.

    Satu lagi...Mengapa apabila kita menegur UMNO kita dicapkan sebagai PKR atau pembangkang? Atau UMNO sudah anggkuh sehingga tidak boleh ditegur? Atau UMNO hanya memerlukan YES man.

    So kalau begitu we all wait see what will happen to UMNO.

    ReplyDelete
  7. putera sulong..cara anda melenting ini mengingatkan aku kepada sedara Zaid Ibrahim..aku harap anda janganlah menjejaki langkahnya kelak makin banyak pulah sampah yang terpaksa dilupuskan UMNO.

    ReplyDelete
  8. Putera Sulong biar hang jadi sampah kerana memang pun org dah menyampah dengan UMNO. UMNO hanya ingin dipenuhi pembodek2 seperti yang peng san.
    Kalau hang nak perjuang untuk dunia akhirat hang mai masuk PAS.
    Selamat datang....

    ReplyDelete
  9. Mummy Rokiah,
    Hari ini dalam sejarah...
    Kekuatan PAS, PKR, DAP dan pembangkang hari ini berpunca dari keanggkuhan UMNO dan BN.
    Pemimpin mereka dibuai fantasi dan khayalan. Menteri-menteri kabinet mereka angkuh semasa memerintah dan tidak boleh ditegur eg YPS yang walaupun sedar sampah terlalu banyak dalam UMNO tetapi masih ingat UMNO itu kuat.

    ReplyDelete
  10. SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    ReplyDelete
  11. Salam, saya mohon ambil gmbr "Suara Rakyat, Suara Keramat."

    ReplyDelete
  12. Sejarah rampasan kuasa di perak yang telah di putar belit ..kronolgi kes jarang yang di ulas dari mula , akhir nya melayu sentiasa tertipu dari dulu kini dan selamanya.

    Parpu kari...tolong tanya tajol n the gang plan A .31 ogos 08. apa janji tajol rusli..kemudian apa pulak plan B yang di gunakan oleh Najib..setelah plan A tajol gagal...siapa MB cadangan Najib,dan kenapa tiba2 zambry di lantik jd MB ?

    apa pun aku dah jengok blog parpukari..kira aku hormat juga la..kerana komen masih seimbang..tak macam blog MB zambry..hanya penoh dengan kipas satay dan kipas letrik..puja puji seakan dewa ..komen yang tak sehaluan langsung tak ada..itu lah mentaliti blog MB zambery..

    yang peng sang pasai maki hamum dalam bloq tak jadi kudis pada aku..apa orang nak kata guna jari bukan nya luak apa pun..itu lah budaya melayu hari ini..peradaban melayu mmg mudah cair..toleh belakang sejenak..satu langkah kedepan akhirnya adap melayu hilang jadi sejarah..

    Kita tak perlu hidup dalam berpura pura..melayu cina india..sekali imbas nampak amat mesra , tambah pulak dalam majlis politik dan orang bangsawan..nampak sangat mesra nya..
    contoh..tapi cuba tengok di kawasan perumahan rakyat marhain..majlis keramaian dan hidup masih lu lu gua gua..bila ke kedai cina ..cina layan cina guna bahasa cina ..dgn melayu india guna bahasa melayu..apa kesan dalam hubungan kaum jika ini masih belaku ? melayu masih tak terasa terpingir kerana melayu mudah lupa sejarah bangsa sendiri.ingat kata Dr m..melayu umno mudah lupa..

    isssh aku nak kena pi motong getah dulu..ta ta..maaf mummy no lari topik sat..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.