Sunday, August 2, 2009

Kalau dah nama pembangkang semuanya dibangkang

''Amat memalukan terdapat pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang atas dasar politik sanggup mempertikaikan kedudukan ekonomi Melayu, raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan menganggap apa yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai perkauman dan semua rakyat perlu saksama semuanya," kata Mahyuddin Yassin, TPM.

AS I SEE IT:
Kualiti pembangkang kita yang sebenarnya tidak berkualiti. Mereka akan membangkang apa juga kerana mereka pembangkang. Walaupun ada isu-isu yang melibatkan aqidah yang harus dipertahankan. Kalau isu perbuatan songsang pun mereka mempertahan habis-habisan apa lagi isu-isu lain?

Pembangkang kita bertindak lebih kepada emosi dan sentimen khasnya isu-isu yang diklasifikasikan sebagai "isu-isu kabur" atau "grey area issues".

Yang lawak ialah Pak Lah, mantan PM yang menyuarakan untuk menghapuskan ISA tetapi keesokkan harinya menantunya pula Khairy Jamaludin mempertahankan ISA. Rakyat melihat seperti ada lakonan atau sandiwara di antara Pak Lah dan Khiry.

Walaupun Pak Lah bukan pembangkang tetapi cakap macam pembangkang ini yang rakyat lagi kabur dengan sikap bekas pemimpin yang sebegini.

Tidak dapat dinafikan Pak Lah jugalah yang mengundang ramai penunjuk-penunjuk perasaan yang mengharu-birukan bandaraya Kuala Lumpur kelmarin.

11 comments:

  1. Mami,
    terima ksih kerana link my blo to your blog.
    So we can blogblog laaaaa

    ReplyDelete
  2. salam mammy.
    komen mammy.

    "Walaupun Pak Lah bukan pembangkang tetapi cakap macam pembangkang ini yang rakyat lagi kabur dengan sikap bekas pemimpin yang sebegini.

    Tidak dapat dinafikan Pak Lah jugalah yang mengundang ramai penunjuk-penunjuk perasaan yang mengharu-birukan bandaraya Kuala Lumpur kelmarin."

    Aku tak pernah komen pasal Pak Lah atas rasa hormat aku..tapi kalau Pak Lah tak nak orang2 melayu makin membencinya lebih baik Pak Lah berfikir dalam2 sebelum lontarkan komen terhadap sesuatu isu. Komen2 Tun M. terhadap UMNO tak pernah membawa orang ramai berarak di jalanan sebab ianya fakta yg berasas. Pak Lah layak digelar Duta baru pakatan pembangkang sebab fakta dan ideologinya hanya sesuai dijayakan PR yg hanya berpolitik sepanjang masa dan sanggup memusnahkan dan menjual bangsa terutamanya pembangkang melayu demi nak kaut kuasa. aku satuju dengan Mammy.

    gelong gajah..makasih sebab bertanya khbar aku..Alhamdulillah YPS sihat dan aku respect dengan semangat pertanian hang sehingga pokok sawit dah mengenali hang...heh.heh.heh.

    cuma aku berharap sangat hang tak terlibat demonstrasi bantah ISA dan dihambat FRU semalam.


    Dr. Mahathir memberitahu, parti pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'menjual' rakyat untuk mendapatkan kuasa dan kepuasan.

    ReplyDelete
  3. Tak kiralah mumi oiii sapa yang berlakon bersandiwara tapi yang jadi pelakon ialah anak watan melayu,penonton pula ialah bangsa lain yang menonton sambil makan dengan penyepit bersama pakaian baru datang dengan kereta kereta mewah sekeluarga.bila lampu dewan di dimmerkan maka pelakon pelakon terdiri dari kalangan anak anak watan melayu pun memulakan lakonan berlari bertempik berkejaran hiruk pikuk.penonton pula sesekali melihat anak melayu lintang pukang mereka akan berteriak kagum.....wou fantastikkkkk.....sambil makan hidangan yang lazat lazat.begitulah bodohnya anak anak melayu yang dipengaruhi diperkotak katikkan oleh manusia yang sentiasa bila berkata kata dia akan tersenyum kerana dia rasa dia hebat.cubalah wahai anak anak melayu buat demo di Pulau pinang.rasanya melayu tak berani pun.MANA ADA MELAYU YANG BERANI.MELAYU KEBANYAKANNYA BODOH DAN KEBODOHAN MEREKA SENTIASA DIPERGUNAKAN.SEDARLAH WAHAI BANGSA KU YANG BERDEMO DI KL TEMPOH HARI.SIA SIA SAHAJA....NEGARA INI MILIK KITA JANGAN HANCURKAN SECARA HALUS.
    Mami kalau berani siarkan tulisan saya ini.kalau beranilah...Kalau tak berani tak perlu.

    ReplyDelete
  4. Yang UMNO apa kurangnya, sokong apa juga yang dibuat kerajaan, kadang2 sokong secara membabi-buta.
    Contoh macam ISA. Takkan UMNO orang itu jika menentang ISA.

    ReplyDelete
  5. depa di merbok dok pening la ni, Dr Ismail bentang usul pindaan perlembagaan macam budak bodoh, mengorat pompuan dia pandai.

    ReplyDelete
  6. Salam mama miyaaa salam satu malaysia..aku pun heran jenis salam la ni..hari hari di radio tb ..salam satu mesia..nak jawab pun dah tak reti ..salam jenis apa pun tak tau la...

    Yps..hang tau kan mana2 bekas PM melayu umno ubn mesti tak belaga angin dgn orang kanan depa..sejak zaman melaka sampai la ni..paling joraa sekali Tun M ..semua tak kena..musa itam tak kena , tun ghafar tak kena , DSAI lagi teruk kena pasai melawan , paklah lembik pun kena , najib pun kena.. orang lain semua tak pandai ..dia sorang ja boleh jadi pm..patut nya bagi pebetui elok2 ..la ni jangkit kat pak lah pulak tak belaga angin dgn umno/ubn najib..haha ha ingat pesan Tun M..melayu umno mudah lupa..apaaanama..aku ja betui...
    jangan pak lah keluar Umno dah la mcm Tun M..keh keh keh..

    Mummy ..pembangkang malaysia la ni sampai bila pun tak betoi pada UBN..pasai undang2 kat parlimen semua depa tak pakai..

    aku sambung kmdian...lembu kerbau ,kebun nak tengok jugak..tak kan dok ngadap laptop 24 jam..
    ta ta..adioooos..salam 1 malaysia..isssh

    ReplyDelete
  7. mummy..saya ingat mummy dah pandai berblog..rupa2nya masih lagi xde isi bak kangkong..segar di luar kosong di dalam..saya dapat rasakan entri mummy semuanya berpihak kepada satu pihak sahaja..rasanya mummy tidak pernah membaca karya2 tun M, hishamudin rais atau saari sungip berkenaan dengan pilitik/budaya/sosioekonomi/tahanan ISA di malaysia..kerana itu mummy rasa mereka yang berdemo adalah bodoh..mummy xpernah rasa penderitaan ISA..kerana apa mereka ditahan?adakah bukti kukuh?kerana ideologi politik yg berbeza?mummy perlu ingat yg mereka hanya menjalankan perarakan aman dan kebanyakannya multiracial tapi kerana kehadiran polis menyebabkan situasi jadi panas..saya bercakap atas dasarrakyat malaysia yang merasakan media arus perdana berat sebelah..mummy luangkan sedikit wang / masa untuk baca akhbar alternatif pembangkang dan perdana (bandingkan kedua2 nya dari segi informasi) baru membuat andaian..jika mummy betul2 hamba allah yang beriman dan takwa..amik masa muhasabah..insya allah akan dibukakan hati untuk mummy..ape pon dunia politik memang kotor..tapi sekurang nya ada usaha dari satu pihak untuk membuat check and balance dan harapnya demokrasi berparlimen di malaysia dapat ditegakkan dengan aman..

    p/s:mummy perlu banyak membaca especially akhbar (tidak perlu baca blog kerana terlampau banyak fakta2 yg diputarbelitkan) kedua2 suumber arus perdana (kerajaan) dan alternatif (pembangkang)..sekian ikhlas dari saya - rakyat malaysia

    ReplyDelete
  8. DAP Uses Malays to Hentam ISA.
    PAP uses ISA to supperess dissent

    Actually the red dot island very much wants to be part of Malaysia again.
    Thats why the PAP founder Secretary General LKY came creating waves ,to survey the best land possible and secure deals with everyone that want to be friends with the red dot island.
    A follow up visit to rapid dry concrete feel good chummy warmness, the PAP Women cadres with PM wife (de facto something ,not sure what).
    The reddot strategy is at least 50 70 years look ahead.
    Based on the Isreali model of land acquisition, they have to scout for land in the malay hinterland and Muslim dominated land mass,(same with Isreal-Egypt-Jordan)
    Paul Blanchard, a professor in the UNiversity of MEXICO, made predictions that global warming(surf for details internet) in a 100 years time will raise sea and ocean water levels.
    Many coastal cities will be drowned.
    So the warming up in the relations is due to warming up of the globe and melting of hearts is due to the melting of the ICEcaps.
    So,in 50 to 70 years time, the descendants of 3,500,000 citizens red dot state will diaspora to Penang,Kelantan,Pahang,and some say Selangor.
    The 1,000,000 non citizens will be floating ..to their COUNTRIES of Origin.
    Many pretenders(champion CAT) was home watch TV and uses inter net to see 19,955 malays including Makciks and juveviles conned into free KL sight seeing trip got gassed and free shower.
    They all very brave,and macho Malays.I think quite misplaced like the PLO-flagged-lying-the road-at-IPOH-guy.
    Good luck next time if u can get organised in KOTA BHARU stadium.
    Those guys are ver friendly,accommodating to 100,000 pples.
    Mah Ngah Tong.

    ReplyDelete
  9. salam buat mammy dan Anon 11.39am @ rakyat malaysia.

    bagi aku begini sahajalah. Aku tak memihak mammy rokiah tetapi aku selalu mengikuti boleh kata setiap posting mammy rokiah aku selalu baca tiada rasa dianya memihak atau bias kepada satu pihak sahaja.

    bagi aku kumpulan yang berdemo bantah ISA semalam adalah sekumpulan orang2 paling bodoh dan gila di malaysia. check and balance dengan buat huru-hara seperti itu dan menyalahkan pihak polis yg melindungi keselamatan dan harta awam bukanlah kerja manusia siuman. Banyak pilihan lain yg ada, tetapi dengan tiadanya sokongan ramai kepada PR maka rasa sakit hati dan kegilaan mereka dizahirkan dengan cara demikian.

    kata rakyat malaysia.
    "p/s:mummy perlu banyak membaca especially akhbar (tidak perlu baca blog kerana terlampau banyak fakta2 yg diputarbelitkan) kedua2 suumber arus perdana (kerajaan) dan alternatif (pembangkang)." Soalan saya. Adakah anda maksudkan "AKHBAR HARAKAH,SUARA KEADILAN". Kalau ya! molek sangatlah tu. Aku tak kata akhbar perdana kerajaan tak memihak kepada dasar2 dan perjuangan kerajaan, tatapi tak sesongsang akhbar pro PR.

    pelik! pengikut tegar PR ni.
    gelong gajah hang jangan lupa lembu,kerbau hang masukkan dalam kandang, bukan apa takut2 sok lusa kalau ada demo lagi depa pi berarak duluan sebab depa lihat ahli2 yg berdemo tu sama sifat dengan depa kesian lembu,kerbau hang kena seret dan asap pemedih mata FRU hang juga yg susah.keh.keh.keh.

    ReplyDelete
  10. Itulah kemesraan antara babah dan menantunya, sorang jual pantun, sorang beli pantun. Tapi jangan tak tau, yang karang pantun tu orang yang sama.....kepala hangguk sungguh!

    ReplyDelete
  11. Mummy,
    Kebanyakan penyokong-penyokong GMI yang berdemontrasi adalah mereka yang tidak pernah mengetahui secara mendalam atau membaca apa yang terkandung di dalam ISA. Mereka ini hanyalah Pak Turut dan Kuda Tunggangan pemimpin songsang sahaja. Itu sebabnya di dalam demonstrasi tersebut terdengar slogan-slogan seperti "Hidup Anwar". Mereka ini termasuklah si Kembara Putih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.