Monday, September 14, 2009

'Suara rakyat suara keramat'

Oleh HAMDEN RAMLI
pengarang@utusan.com.my
Utusan Malaysia

TAWAU 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.

Beliau berkata, hakikat itu perlu menjadi pegangan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, yang menjadi penentu jatuh bangun pemimpin adalah rakyat.

"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.

"Sebagai Presiden UMNO, saya boleh mempertahankan jawatan kalau saya menjaga 2,500 perwakilan tetapi saya tidak mahu semata-mata menjaga 2,500 perwakilan UMNO.

"Sebaliknya, saya mahu menjaga 27 juta rakyat Malaysia dan saya harap ini menjadi sikap pemimpin kita di semua peringkat," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Kauthar di sini hari ini.

AS I SEE IT:
Syabas DS Najib!! Melayan karenah Perwakilan UMNO inilah kadangkala lebih memeningkan dan lebih "demanding" dari melayan keperluan rakyat.

Mereka rasa mereka telah kuat apabila mereka boleh "mengebooooo" mana-mana pemimpin dalam Perhimpunan Agung UMNO.

3 comments:

  1. Semuga sasaran ucapan DS Najib itu mengenai dan memberi kesan sewajarnya. Inshaallah.

    ReplyDelete
  2. Semua kena tahu bahawa PERWAKILAN LEBIH KUAT DARI PEMIMPIN dan RAKYAT LEBIH BERKUASA DARI KERAJAAN ...

    Kenapa ?? Sebab perwakilan yang memilih Pemimpin UMNO dan Rakyat yang memilih Kerajaan ... Mummy Rokiah silap bila tak sedar siapa lebih kuat ....

    ReplyDelete
  3. macam pernah dengarq ja ayat ni dalam ceramah anuar ibrahim...najib dah tak dak idea ka terpaksa cedok idea anuar....?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.