Monday, September 21, 2009

Tidak mudah Samy Vellu untuk melepaskan jawatan

Najib, pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata Samy Vellu ada berjumpa beliau sebelum pemilihan MIC Jun lepas di Kuching untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.

Perjumpaan itu untuk memaklumkan kepada Najib bahwa beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat.

Yang sebenarnya untuk seseorang pemimpin yang telah memegang kuasa selama 28 tahun bukanlah satu perkara yang mudah untuk melepaskan jawatan. Ianya tidak sama seperti perletakan jawatan mana-mana pegawai kerajaan, pekerja swasta atau mana-mana pekerja kilang.

Tampuk kuasa yang dipegang selama 28 tahun melalui cekaman kuku politik yang kuat samalah seperti pokok besar yang telah berakar umbi di mana akar dan tunjangnya telah menjalar di merata tempat sehingga menimbulkan masaalah kepada pokok-pokok lain.

Sepanjang berkuasa selama 28 tahun dan telah memegang jawatan penting sebagai Menteri Kerja Raya juga salah seorang menteri kanan sudah pastinya beliau telah melalui berbagai liku-liku di dalam pengubalan dasar di kementerian.

Mungkin harus diingat semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya lah banyak projek-projek mega dan supermega yang diuruskan di bawah kementerian beliau. Ekonomi negara pada masa itu begitu makmur dan projek-projek lebuhraya bersusun atur untuk ditender, dirunding atau ”direct award”.

Di dalam menguruskan projek-projek besaiz besar sebegini sudah pastinya ada lubang-lubang yang dibuat, sama seperti bermain dengan lobang-lobang congkak. Ada lubang yang telah dikambus, ada lubang yang belum dikambus dan ada lubang yang hangus malah ada lubang misteri yang tak tahu apa nak dibuat dan apa akan berlaku.

Lubang-lubang misteri inilah yang perlu berhati-hati, takut-takut tersilap diserah kepada pewaris harta yang tidak ”friendly” akibatnya kelak akan memakan diri sendiri.

Jika ini berlaku beliau tidak akan dapat mempertahan diri lagi kerana ketika itu beliau sudah tidak berkuasa. Kes-kes Fujimori, bekas Presiden Peru dan Ferdinand Marcos, bekas Presiden Filippina harus dijadikan pengajaran.

Inilah yang paling ditakuti dan sedang dihantui oleh Samu Vellu. Perletakan jawatan beliau bukan sahaja setakat peralihan kuasa tetapi yang lebih penting ialah peralihan harta. Malah akibat yang paling ngeri ialah jatuh status kasta dari kasta yang tinggi sehingga ke tahap menjual botol dan besi.

5 comments:

  1. Salam sejahtera,

    Kah...kah... kah... betul tu. Memang Samy dah banyak gali lubang hingga berlubang-lubang.
    Dan kerana banyak lubang yg tak tahu nak tutup macam mana, maka Samy dok cari jalan mahu berkuasa kembali.

    Boleh ke Samy dapat kuasa melalui PRU-13? Dia nak bertanding di mana? Di Sg Siput lagi ke?

    Ayo..yo.. Samy... di manapun you bertanding, you akan kalah. Sebab Melayu tak suka - pasai you lidah bercabang dan India tak suka pasai you pimpin MIC macam you sendiri punya company.

    Oleh itu, eloklah Mr. Samy masuk saja dalam mana-mana satu lubang yg masih belum tertutup tu.
    Tutup buku... habis cerita....

    ReplyDelete
  2. Mummy Rokiah,

    Well said and you hit the nail on the spot!

    There is no two way about it,SV is a detriment to BN and the Indians would really rejoice if he steps down faster!!Only his cronies have gained much in MIC,but the majority of Indians are still lagging behind!!

    Terima Kasih,
    T.Rajah

    ReplyDelete
  3. Susah nak bagi pendapat jika melibatkan ular ular hitam.

    ReplyDelete
  4. Tapi kalau dia jatuh sebab lubang tu tak semudah itu...

    Dia akan tarik sama sapa yg dah dapat habuan dari lubang tu tak kira la dari mana mana pun...dan ada org dah ketar kepala lutut...

    PKFZ pun dah nampak cara dia.

    Tak sabar nak nanti episod seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Banyak pemimpin veteran dah letak jawatan, Dr. Mahathir yang jadi PM pun sanggup letak jawatan dan di ikuti Pak Lah. Begitu juga dengan Lim Kheng Yek (Gerakan). Awat liat sangat Samy nak berundur. Berilah ruang kepada pimpinan baru bawa perubahan dalam MIC. Menurut seorang penganalisis politik, orang India ada 1.8 juta di Malaysia tetapi terdapat lebih 8 parti yang mereka sertai, maknanya kini orang India bukan hanya bernaubg di bawah MIC tetapi dibawah banyak parti lain. Mungkin Samy ada jawapannya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.