Wednesday, September 2, 2009

Pulau Pinang pengotor- Singaporekan Pulau Pinang


(Pic : The Star)
Utusan Malaysia 2/2/2009
Selain itu, tabiat para penjaja yang kurang menitikberatkan kebersihan turut mencemari imej Pulau Pinang sebagai 'syurga makanan.' Keadaan para penjaja tepi jalan atau di pusat-pusat penjaja yang menjadi tumpuan para pelancong seperti di Pesiaran Gurney dan Padang Kota sudah boleh membuat orang berfikir dua tiga kali untuk singgah menjamu selera.

Keadaan yang sama dapat dilihat di beberapa restoran di sekitar pusat bandar yang masih menjalankan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk di kaki lima selain mencampakkan sisa-sisa makanan ke tepi-tepi jalan raya.

Begitu juga dengan keadaan pantai peranginan dan laut di sekitar negeri yang terus dicemari sampah dan sisa kumbahan. Tin, plastik, botol, kayu, ranting pokok dan lain-lain lagi adalah antara sampah sarap yang boleh dilihat dengan banyaknya sama ada terdampar di pantai dan terapung di laut Pulau Pinang terutama sekitar Padang Kota Lama dan Batu Feringghi.

Perkara yang dikesalkan ialah Padang Kota Lama contohnya menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong untuk melihat peninggalan sejarah dan keindahan alam bukannya warisan sampah sarap.


AS I SEE IT:
Pendedahan secara ikhlas dan terbuka tersebut telah dibuat oleh Utusan Malaysia hari ini mungkin jika semasa pemerintahan BN dan Gerakan dahulu jika pendedahan ini dibuat sudah pastinya Ketua Pengarang Utusan Malaysia akan dipanggil dan dibelasah oleh Tan Seri Koh Tsu Khoon kerana cubaan mengotorkan nama beliau dan Utusan akan dilabel sebagai konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Perangai kotor di Pulau Pinang khasnya lokasi-lokasi yang strategik dalam bandar datangnya dari peniaga-peniaga Cina yang tegar tidak mahu berpindah ke lokasi lain dan perniagaan mereka sehinga ke gigi jalan. Sisa-sisa makanan dibuang sewenang-wenangnya sesuka hati mereka.

Persatuan-persatuan peniaga kecil tepi longkang ini begitu kuat sekali sehingga sukar ditegur dan disentuh. Mereka merasakan mereka berkuasa menentukan siapa Kerajaan yang akan memerintah Pulau Pinang samada Gerakan atau DAP.

Jika Lim Guan Eng ingin mengekalkan DAP memerintah Pulau Pinang maka Guan Eng terpaksalah ”close one eye” menghalalkan segala kekotoran di Pulau Pinang seperti sekarang.

Jika tidak Guan Eng terpaksalah mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari Uncle Lee Kuan Yew bagaimana PAP mencuci bersih Singapura.

14 comments:

  1. Bagus la, time pembangkang dedahkanlah semua... Penang dari dulu lagi kotor. Bandaraya konon..

    ReplyDelete
  2. PBT Kena jalankan tugas bersama agensi pusat yg lain seperti jabatan kesihatan,DOE,BOMBA,PDRM,JPA3 Dll. Soal kebersihan jangan buat main2 terutamanya kalau berkait rapat dengan makanan,kalau boleh SPRM kena ikut sama sebabnya untuk menghentikan salah satu amalan makan yg tidak sihat iaitu makan suap. 'BERSIH CEKAP DAN AMANAH'. YPS.

    ReplyDelete
  3. Penang memang kotor. Dari dulu pun memang kotor. Tak kira le sapa yang perintah. Che Det dulu pun dah hentam tapi peniaga cina memang kurang ajar. Buang sampah merata rata. Lim-Koh-Lim tak ubah apa apa.

    ReplyDelete
  4. Tolong tunjukkan negeri mana di Malaysia yang 'tidak pengotor' - selain Pulau pinang (cina), apa khabar Kelantan (melayu) dan begitu juga di Kelang (keling)..Inilah juga tiga kaum yang sedang rancak mengotorkan politik Malaysia.

    ReplyDelete
  5. surat kaba kite skang memang cm2...cume mnyampaikn berita yng berat sebelah sahaje...inikah inpian kata nk jadi setnding dgn CNN mcm yng dihebohkn oleh shabery chek dulu...time pmbangkang mmng dedahkn sume..time BN dulu jgn harap...

    ReplyDelete
  6. Hakikatnya kat mana2 pun di Malaysia ni sama je. Memang kotor. Kesedaran tentang kebersihan di kalangan semua kaum di Malaysia memang rendah. Hal kebersihan ni tak sepatutnya dikaitkan dengan politik. Ia tanggungjawab individu & pihak berkuasa tempatan utk membersihkan kawasan sendiri.

    3 tahun berada di luar negara memberi kesedaran kepada saya yg tahap kebersihan di negara kita memang rendah. Kerajaan sepatutnya kena gandakan usaha membersihkan bandar2, sungai2 demi generasi masa depan.

    ReplyDelete
  7. pada saya tak perlu menunding jari kepada orang lain, memang sikap rakyat malaysia pengotor hangit, tak kira bangsa.

    ReplyDelete
  8. Saya sangat bersetuju dgn cadangan mummy hantar orang study Singapore belajar macam mana nak jadi bersih. Kerajaan BN belanja berbilion2 hantar orang pergi sana sini Jepun, Eropah, AS, etc tapi tak sedar jiran bawah sana kita tu sudah dikalangan negara2 'top ten' dalam pelbagai bidang. Sudah la tak pandai, sombong pulak kita dgn jiran kita, sebab kita 'top 50' pun tak dak dalam list. Hampeh.

    ReplyDelete
  9. bergantung pada diri sendiri untuk mengamalkan kebersihan...tak tahu siapa yang salah...pegangan diri kot...sebab di singapore semua rakyat dapat mengamalkan sikap menjaga kebersihan,takut nak buang sampah merata-rata...tapi cuba lihat dan perhatikan bila rakyat singapore datang ke malaysia adakah sikap mereka sama seperti berada di singapore atau sudah berada di malaysia.
    begitu juga rakyat malaysia yang ke singapore secara automatik boleh berubah sikap menjadi pembersih..tilik dan lihat melalui mata hati..

    ReplyDelete
  10. Betul la, jangan nak tuding kat sape2. Kita semua rakyat malaysia adalah pengotor... termasuklah kluangman yang ntahapentahkejadahnya bila mengomen POINTLESS N PRICELESS..

    ReplyDelete
  11. aku setuju dengan kluangman. hahaha! :)

    ReplyDelete
  12. Anon September 3, 2009 12:06 PM sah le hang kalau tak hindu mesti ore kelante... nasib le.

    Belajar belajarlah mengaku..takkan hilang kemaluan awak tu.

    ReplyDelete
  13. aku pun setuju Penang memang kotor,dulu aku biasa kerja kat Penang..bila time banjir besar aritu,abis semua sampah sarap terapung memenuhi jalan...Cina kat Penang ni bukan boleh tegur..dia buat macam aku pulak yg menumpang kat negara dia...bengang betoi...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.