Friday, June 11, 2010

PAS bertindak bijak membuka kepada bukan Islam

Pengundi harus menerima baik tindakan PAS membenarkan bukan Islam mengunakan symbol PAS dalam PRU13 yang akan datang.

Keputusan ini dikira bijak apabila PAS mengambil pendekatan liberal dan keterbukaan dengan kerelaan mengundang kaum lain mendekati parti Islam mereka.

Kaum lain harus diberi peluang mendekati selok-belok berpolitik cara Islam yang diamalkan oleh PAS. Dari membiarkan Lim Guan Eng dari parti DAP yang konon mengambil pendekatan kepimpinan Saidina Omar apa salahnya membuka peluang kepada Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja pemimpin yang bukan beragama Islam dididik dan diasuh cara Islam PAS.

Memetik berita Bernama kata Ustaz Hadi Awang- "Untuk bukan Islam bertanding di bawah PAS kita kena beberapa syarat. Yang pertama mereka perlu terima dasar dan perjuangan PAS dan keduanya calon itu perlu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Jumaat.

Walaubagaimanapun apabila membicarakan tentang akhlak dan moral ternayata PAS mendahului MCA dan Parti Keadilan Rakyat kerana akhlak Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek telah tercemar begitu juga akhlak Penasihat PKR, Saudara Anwar Ibrahim.

Malah tidak mustahil ramai pemimpin dari MCA dan PKR akan berhijrah kepada PAS untuk sama-sama menegakkan moral dan akhlak.

4 comments:

  1. umno pun ada juga sikit akhlak yang koreng baik itu.serupa je la mana parti pun ada la buah busuk.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mummy,
    Sekurang-kurangnya saya dah tahu nak pangkah siapa for next PRU.

    PAS sepatutnya dah lama memberi jalan kepada yang bukan Islam-Islam kan untuk semua.Tapi tak apalah,better late than never.

    ReplyDelete
  3. what a load of rubbish mummy.m pas buka kepada bukan islam untuk tarik undi, bukan untuk tarik masuk islam. dari awal lagi nawaitu tak betul. toksah dok pelemah orang la. untuk tarik non-muslim, sanggup kompromi agama. all three parties share one common bond - benci pada umno/bn. itu saja. oleh itu depa sanggup buat apa saja, even if it means jual agama, to topple bn. saya bukan penyokong bn pun - bn punyalah banyak kepincangan - hanya seorang yang berpijak dibumi nyata. i dont give pas any credit for allowing non-muslims to masuk pas. hanya untuk political expediency semata, nothing to do with islam.

    ReplyDelete
  4. salam.....

    kalau selama ini PAS gagal untuk
    menubuhkan negara/negeri islam dek
    kerna kekangan dan tekanan kerajaan
    pusat kononnya...dan terbukti selamanya alasan ini tidak mampu
    pertahankan.

    akhirnya alasan penolakan non muslim dalam PAS sendiri akan berdendang
    pelusuk negara sebagai alasan
    menyebabkan ketidakmampuan PAS
    menegakkan negara Islam.

    amatlah mulia jika sekaranglah
    masanya untuk bercakap secara jujur bahawa PAS tiada kemampuan
    selagi dalam liga bersama DAP dan PKR!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.