Thursday, January 20, 2011

Biar mereka berbicara apa digusar kritikan mereka - Rosmah tak risau

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

Dalam lawatan itu, Rosmah disertai beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Beliau merupakan tetamu kerajaan Oman, kali pertama dalam tempoh 20 tahun, seorang kenamaan Malaysia diberi keistimewaan itu.

Rosmah juga mengulas mengenai lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini di mana beliau memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.

"Saya dimaklumkan di Riyadh bahawa saya dijemput bukan hanya kerana saya isteri seorang perdana menteri. Apa yang nyata, mereka telah menyelidik dan mengkaji untuk melihat apa yang saya telah sumbangkan kepada pendidikan kanak-kanak terutama bagi yang berumur di bawah empat tahun dan begitu juga dengan kanak-kanak yang berbakat.

"Dan saya sangat gembira bahawa malah di Arab Saudi, mereka telah mengiktiraf kenyataan bahawa adalah sangat penting memberi perhatian kepada pendidikan awal dan jagaan ke atas kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang berbakat," katanya.

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet.

"Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya." - BERNAMA

Apakah rakyat masih tertutup dan mereka mahu isteri Perdana Menteri mereka memerap di dapur sahaja? Usaha yang baik harus sanjungi cuma kurangkan sedikit publisiti.

4 comments:

  1. Kata Rosnah
    "Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."

    "Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet.

    Macik di FELDA mungkin percaya 100%.Atau semuan wanita pertama(yang banyak datang dari Afrika)turut percaya kata-kata Rosmah. Kalu kata sebaliknya nanti kita pula dituduh iri hati/cemburu dan dengki hati terhadap kebolehannya.Memang jua belaiu ada bakat istimewa.

    ReplyDelete
  2. Ini jelas PM Najib kena 'queen control'.

    Kita kena 'pressure' PM Najib supaya menasihati isteri beliau menjadi isteri seorang Muslim bukan menjadi 'business woman' yg sangat2 kaya dan rakus lebih dari isteri Ben Ali dari Tunisia menjahanamkan projek2 kerajaan baik hari ini maupun yg akan datang.

    Tanyalah kepada 'business men' Melayu kita hari ini, semua KERAKUSAN Datin Seri Rosmah adalah BENAR BELAKA!

    ReplyDelete
  3. Wanita2 di Malaysia perlu mencontohi ds.rosmah yg sentiasa tampil yakin di mana2 pentas.cara pikir,bertindak,bergaul,berkomeninikasi rakyat malaysia perlu kedepan..buanglah imej tersipu ayu yg hanya melambangkan ciri2 tak yakin diri..ubah cara fikir,jangan takut pada kesilapan dan kegagalan. yg paling penting terutama wanita2 melayu buang sifat PHD dulu.kita suka wanita malaysia yg boleh bercakap dan suara didengar di peringkat dunia bukan hanya bijak mengumpat jiran tetangga.zaman dah jauh berubah kita akan tertinggal hidu asap kalau sifat PHD disuburkan.

    ReplyDelete
  4. Sebelum phd menular, keluarkan report hasil dari pertemuan DS Rosmah dengan pemimpin-pemimpin timur tengah, biar umum tahu!

    Kalau boleh adik kakak kat kampung nak juga anak mereka terlibat sama.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.